BLURB

104 7 0
                                    


Kerana sebuah tragedi, hidup seorang Addin seperti diganggu mimpi. Dia tidak tenteram saat mahu melelapkan mata. Sudahnya dia membuat keputusan untuk mencari kisah di balik tragedi hingga dia jatuh cinta pada tulusnya si gadis buta.

Mereka ditakdirkan serasi bersama, namun sebuah rahsia dan pengkhianatan membuat Addin terluka. Dia bangkit menuntut hak yang dirampas dan mengharapkan kemaafan setelah segalanya terbongkar.

Addin menebus kesalahan dengan membuat si gadis buta mampu tersenyum semula apabila melihat sinar mentari yang selama ini cahayanya adalah sebuah kegelapan.

“Maafkan kesilapanku. Aku janji akan menebusnya.”- ADDIN. 

“Haruskah aku berterima kasih padanya setelah aku tahu siapa dia? Namun apa daya, aku mencintainya...” AINNARA. 

Walaupun sudah bahagia, namun ada saja yang menghalang. Kisah silam menjadi duri dalam sebuah perhubungan. Hadirnya Marsyanda si bekas kekasih bersama Aqief si adik, menggugat keharmonian rumah tangga yang dibina Addin dan Ainnara. 

Akhirnya sebuah perpisahan dipinta si isteri. Remuk jiwa menahan rasa sakitnya sebuah pengkhianatan si adik dan bekas kekasih. Pelbagai cara dicari untuk memujuk namun akhirnya dia pasrah. Hanya takdir yang menentukan semuanya. 

Rupa-rupanya ada sesuatu yang berlaku di sebalik sebuah pengkhianatan yang diduga selama ini. Segalanya terjawab saat Aqief ditemui semula setelah berapa lama menghilang. 

Bahagia mungkin menjelma semula. Ainnara sudah tahu cerita sebenar lalu sekeping hati haruskah dibuka semula buat seorang Amar Addin?

 Ainnara sudah tahu cerita sebenar lalu sekeping hati haruskah dibuka semula buat seorang Amar Addin?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Alhamdulillah cerita SayoNara akan menemui pembaca dalam versi novel cetak pula

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Alhamdulillah cerita SayoNara akan menemui pembaca dalam versi novel cetak pula. Sesiapa yg pernah mengikuti dan ingin mendapatkan dalam bentuk novel, boleh pm wasap saya ya 0126816031.

arenayidin
26 September 2023

SAYO-NARA [CETAK]Where stories live. Discover now