Bab 6 √

1.2K 97 53
                                    


JAM tujuh pagi. Hari ini, Amar membuat keputusan untuk ke tempat Ainnara di waktu pagi. Gadis itu dan ibunya berjualan sayur dua kali sehari di waktu pagi dan petang. Kerana Aqief sudah mula rajin masuk pejabat setelah diberi amaran oleh daddy mereka, hari ini Amar ingin bercuti.

Sepanjang perjalanan yang memakan masa hampir dua jam dari rumahnya itu, Amar tak putus tersenyum. Dia sendiri tidak tahu, entah kenapa lelaki korporat sepertinya terjebak dengan situasi begini. Tak ubah seperti Mak Cik Murni, pembantu rumahnya pula.

'Haish Amar!'

Sudah menjadi rutin pula ia memandu sejauh ini semata-mata untuk membeli sayur yang dijual Ainnara sedangkan sayur itu tidak juga dibawanya pulang ke rumah. Jika tidak diberi kepada orang di tengah jalan, dia menyerahkannya kepada Pak Cik Rosli, pemandu peribadi mommynya untuk diberi kepada jiran-jiran lelaki berumur 53 tahun itu.

Alasannya cuma satu. Dia tidak mahu bersoal jawab dengan Elina. Akan panjang pula ceritanya nanti. Jika pointnya cuma sejengkal, di hadapan Elina huraiannya harus menjadi sedepa. Elina cerewet. Banyak yang perlu Amar persiapkan jika kisah Ainnara ini sampai ke telinganya.

Lamunan tentang mommynya terhenti apabila tiba-tiba ada orang tua melintas jalan dengan tiba-tiba. Amar mengurut dada kerana terkejut. Pedal brek yang ditekannya tadi dilepaskan semula setelah orang tua itu menghilang dari pandangannya.

'Ainnara!'

Entah kenapa tiba-tiba terasa ada sesuatu pula. Hatinya bergetar saat nama gadis itu dia sebut. Sama seperti saat dia membuka pintu hatinya seluas-luasnya kerana mencintai Marsyanda.

Setelah dua tahun hatinya dipalu derita, kini ia dijentik semula agar kembali membuka hati yang pernah ditutup kerana terluka. Namun, haruskah buat si gadis buta? Bagaimana hubungan mereka setelah ini?

"Encik Kubis datang lagi!"

Terngiang tawa riang Ainnara saat dia datang membeli sayur. Entah kenapa, dia menyukai panggilan itu. Dia tidak marah malah tidak melarang Ainnara memanggilnya begitu. Mungkin juga setelah ini Ainnara akan memanggilnya dengan nama Encik Sawi, Encik Tomato dan mungkin juga Encik Terung, apakah dia juga tidak akan keberatan?

Amar geleng kepala. Mengapa dia jadi begini? Apakah kerana demi menebus rasa bersalahnya kepada Ainnara, dia rela dipanggil Encik Kubis oleh gadis itu? Entahlah. Dia sendiri tidak tahu. Yang pasti, dia senang jika itu yang buat Ainnara mampu tersenyum.

Toyota Camry milik Amar berhenti di destinasinya setelah hampir dua jam dia memandu. Jalan hari ini agak sesak pula. Mungkin kerana selepas hujan turun. Parkirnya sedikit jauh dari gerai jualan Ainnara dan ibunya.

Seperti biasa, Amar melangkah perlahan menuju ke tempat gadis itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seperti biasa, Amar melangkah perlahan menuju ke tempat gadis itu. Hari ini, Amar menyaksikan Latifah ibu Ainnara ada bersama gadis itu. Jika sebelum ini, dia tidak pernah berkesempatan untuk menemui ibu gadis itu.

SAYO-NARA [CETAK]On viuen les histories. Descobreix ara