Bab 5 √

1.3K 92 40
                                    


HARI ini, seawal jam 7.00 pagi Amar sudah terpacak di pintu bilik pejabatnya. Hatinya tidak lagi berasa kacau seperti dulu. Sejak seminggu berulang alik ke tempat Ainnara berjualan sayur, dia berasa tenang. Itulah yang dia rasakan.

Amar tidak bercadang untuk berterus-terang saat ini. Dia tidak mahu lagi membuat kesilapan untuk yang kedua kalinya. Seminggu mengenali Ainnara, dia belum pernah mengenalkan identiti dirinya walaupun sekadar namanya.

Gadis itu sangat formal. Sekali pun tidak bertanya namanya. Namun, panggilan lucu yang terbit dari bibir munggil gadis berpayung merah itu buat dia tidak henti tersenyum sepanjang perjalanan pulang dari tempat itu. Ingatannya pada peristiwa semalam muncul lagi di benaknya. Amar tersenyum sendiri.

"Eh, Encik Kubis datang lagi! Wah! Rezeki saya mesti bertambah hari ni. Encik mesti beli sayur yang banyak lagi. Terima kasih Encik Kubis!" Riang Ainnara menyambut kedatangannya disertai senyuman manisnya.

Amar usap belakang tengkuknya.
'Alahai. Encik Kubis dia panggil aku! Nasib le engkau comel. Kalau tak, mulut tu aku ikat.' Amar mengomel sendiri.

"Encik Kubis nak beli sayur apa hari ni?" Ainnara bertanya lagi.

"Hari ni nak beli sayur lain. Bagi kacang panjang tiga ikat, tomato satu kilo, terung satu kilo dan bayam lima ikat." Amar pandang longgokan sayur di atas para.

"Wah, banyaknya encik! Kat rumah Encik Kubis ramai keluarga, ya?" Ainnara tersenyum sendiri.

"Takdelah! Saja beli untuk jiran sekali." Amar berdiri sambil menyeluk poket seluarnya.

"Murah rezeki encik tolong orang. Saya suka sikap encik. Harap dalam dunia ni ramai orang baik macam Encik Kubis."

Terpempan Amar di situ mendengar omelan Ainnara. Kata 'orang baik ' yang ditujukan buatnya itu benar-benar tidak layak untuknya. Dia bukanlah orang baik seperti yang disangka Ainnara. Dia bukanlah orang baik seperti yang diharapkan gadis itu.

Buktinya, kejadian dua tahun dahulu benar-benar menyaksikan betapa kejamnya dia. Dia lelaki yang tak punya hati. Tidak berperikemanusiaan. Ah! Kisah lama itu buat dia semakin merasa bersalah. Moga saja gadis ini akan memaafkannya satu hari nanti.

SAYO-NARA [CETAK]Where stories live. Discover now