Bab 1 √

2.5K 124 38
                                    


"JANGAN pergi!"

Lelaki berbaju hitam itu melambai tangan ke arah gadis yang sedang meninggalkan tempat itu dengan tergesa-gesa. Entah kenapa, sakit yang dia rasakan. Gadis itu buat dia penasaran. Buat dia tidak keruan.

"Jangan pergi!" Amar terjaga dari tidurnya. Jeritannya membuatkan dia bingkas bangun lalu duduk berlunjur di atas katil.

Peluh yang merinik di dahinya diseka perlahan. Mimpi itu berulang lagi. Entah yang ke berapa kali untuk minggu ini. Apa yang dia rasa, dia juga tidak tahu. Yang pasti, gadis di dalam mimpi telah membuat dia semakin gelisah.

Amar melepas keluhan panjang. Dia turun dari katil seraya menuju ke dapur mencari botol mineral di atas meja. Air itu ditogok sehingga habis. Hilang rasa dahaganya.

"Awak boleh janji, tak?"

"Janji apa?" Amar jongket kening. Dia hairan dengan tingkah aneh gadis itu.

"Bantu saya untuk cari seseorang."

"Siapa?" Amar semakin pelik. Permintaan gadis itu tidak jelas pada perkiraannya.

"Tak mengapalah! Saya pergi dulu."

"Hei... tunggu! Tunggu duluJangan pergi!"

Amar teringat kembali mimpi tadi. Kemudian beralih pula pada beberapa keping peristiwa yang terjadi di alam nyata. Hingga kini, ia semakin menjadi tanda tanya.

Apakah sebenarnya kisah di balik mimpi itu ada kaitan dengan apa yang terjadi di dunia nyata? Amar semakin keliru. Entah kenapa ada rasa bersalah yang menghujani hatinya setiap kali gadis itu berlalu dari mimpinya.

'Siapa dia agaknya? Macam kenal je.' Amar mengomel sendiri hingga dia tidak sedar ada seseorang di belakang yang sedang memerhatikan tingkah anehnya.

"Am! Kamu buat apa kat dapur ni?" Elina, sang ibu menegur hingga lelaki itu sedikit terkejut. Lamunan singkatnya pecah di situ.

"Mommy! Fuh, nasib baik Am takde sakit jantung." Tangan kanan mengusap dada kirinya.

"Termenung dari tadi kat situ kenapa, Am? Mommy dengar suara kamu menjerit tadi. Ada apa?"

"Am mimpi, mommy! Takde apalah. Mommy kenapa tak tidur lagi?" Berkerut dahi Amar menyoal Elina.

"Mommy panas. Haus. Aqief belum balik ya, Am? Dah lewat ni. Dia ke mana?"

"Hmm... biasa la mommy! Ke mana lagi? Keluar dengan kekawan dialah! Kalau tak ke club, ke rumah Fizo kawan rapat dia tu. Kalau tak jam tiga pagi, mana mahu dia balik, mommy."

Elina geleng kepala. Apa nak jadi dengan anaknya yang seorang itu. Pening dia dengan sikap Aqief. Sudah berbuih mulutnya memberi nasihat. Namun, semuanya bagaikan menjirus air ke daun keladi. Tidak dia dengari, apalagi untuk menyedari.

Satu keluhan berat dilepaskan. Mug berwarna coklat di tangan, diletakkan di atas meja. Elina memaut lengan Amar. Diusapnya perlahan.

"Am pun jangan la selalu berkasar dengan Qief tu. Mommy tak nampak yang kamu berdua ni boleh berbaik. Ada je yang tak kena. Beralah dengan dia, Am. Am lebih tua dari dia." Elina mengharap jawapan positif dari Amar.

SAYO-NARA [CETAK]Where stories live. Discover now