Bab 7 √

1.2K 92 22
                                    


SATU ketukan di pintu buat Amar tidak jadi melangkah untuk merebahkan diri di atas katil. Amar menjeling jam loceng di atas meja kecil bersebelahan katilnya. Sudah hampir pukul 11.30 malam. Langkah diatur malas menuju ke muka pintu. Daun pintu dikuak perlahan.

Elina terpacul di depan muka pintu. Amar mengerutkan keningnya. Biasanya kalau Elina mencarinya waktu jam sebegini, pasti ada sesuatu yang tidak kena di fikirannya. Mommynya itu terlalu mengambil berat akan hal dirinya, diri Aqief, lebih-lebih lagi tentang daddynya.

"Mommy, ada apa mommy?" Soalan pertama muncul di mulut Amar disertai kedua keningnya yang hampir bertaut.

"Mommy masuk sekejap ya, Am? Ada hal mommy nak tanya sekejap. Kamu belum nak tidur kan?" Elina tolak daun pintu.

"Okey, mommy."

Elina meluru masuk ke dalam bilik Amar. Ditenungnya sekeliling seperti mencari sesuatu. Hairan Amar dengan tingkah Elina.

"Mommy cari apa?" Amar aju soalan setelah Elina duduk di birai katil.

"Sini! Duduk." Elina tepuk tempat duduknya, mengarah Amar duduk di hadapannya. Kakinya disilakan.

"Ya, mommy."

"Mommy nak tanya tentang Qief." Elina memulakan bicara. Mata Amar ditatapnya dalam.

"Kenapa mommy? Aqief buat masalah apa pulak kali ni?" Amar mulai merasa risih apabila perbualan menjurus kepada adiknya itu.

"Semalam mommy pergi mall dengan Aunty Aleeza. Mommy nampak Qief dengan sorang pompuan. Mesra sangat. Siapa tu?"

"Yang mana satu, mommy? Qief ramai kawan pompuan. Itu je yang Am tahu. Am tak mahu ambil pusing hal dia, mommy. Am malas." Amar luah kekesalan.

"Kenapa ni? Am tak boleh lepas tangan macam tu je. Kalau Qief buat salah, Am kena tegur. Dia adik Am. Am kena ambil berat pasal Qief. Am kena jaga Qief." Elina gosok bahu Amar.

"Qief bukan budak-budak lagi, mommy. Dia dah besar. Dah boleh keputusan sendiri. Lagipun dia lelaki, bukan pompuan. Jadi, Am tak nak buang masa Am dengan hal remeh temeh ni, mommy." Rambutnya diraut ke belakang.

"Am tak nak cuba untuk berbaik-baik dengan Qief ke? Mommy tak tahu apa masalah kamu berdua sampai tak boleh nak berdamai. Saling memaafkan. Apa yang Qief dah buat pada Am? Apa yang mommy tak tahu?" Elina cuba mengorek rahsia.

"Ada la mommy dua tahun dulu. Masa mommy dengan daddy pergi Australia rumah Uncle Mirza. Biasa la mommy, Qief tu kan suka buat Am marah. Ada je perangai dia, kerenah dia yang menyakitkan hati," cerita Amar namun masih berselindung huraian panjangnya tentang masalah apa.

"Hmm... kan mommy suruh Am jaga Qief, pantau dia. Bukan cari masalah, bergaduh ke apa. Mommy tak mahu kamu berdua bermasam muka. Saling tak sefahaman macam ni." Elina menggeleng tanda tidak mengerti dengan sikap kedua anak lelakinya itu.

"Maaf, mommy. Maaf kalau Am tak jadi macam yang mommy harapkan. Am tahu Am bukan seorang abang yang baik untuk Qief. Am bukan tak sayang Qief. Bukan tak pedulikan Qief. Tapi..." Terhenti di situ kata-kata Amar. Elina tidak tahu apa yang Aqief telah lakukan dua tahun dulu hingga hatinya membatu untuk memaafkan kesilapan Aqief padanya.

"Takpe la kalau Am tak mahu kongsi dengan mommy buat masa sekarang. Am harus ingat, mommy selalu ada untuk Am luah apa saja. Mommy sayang kedua-dua anak mommy. Am anak sulung mommy. Am harapan mommy dan daddy dalam keluarga kita. Mommy cuma mahu Am jadi contoh yang baik pada pandangan Qief. Biar dia bangga ada abang macam Am. Bukan pandang rendah dan benci Am." Elina usap tangan Amar.

SAYO-NARA [CETAK]Where stories live. Discover now