MIMPI 2

1.5K 72 3
                                    

Prang!!!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Prang!!!

Prang!!!

Iris mencekak pinggang. Kepalanya digeleng tatkala terpandang lantai yang sudahpun dipenuhi dengan serpihan kaca itu. Dengan langkah berjaga-jaga, Iris berjalan mendekati Bunga yang masih berjalan bersama pinggan di atas kepala itu.

"Dada kau tu kena naik, Bunga. Bila dada kau menaik, baru dagunya kau mendongak. Dan waktu tu lah pinggan atas kepala kau tu tak jatuh." Tegur Iris.

Bunga tidak berhenti melangkah. Di ikut segala teguran yang Iris katakan dan menyambung kembali langkahnya. Terlalu fokus dengan postur tubuhnya, Bunga langsung tidak sedar bahawa kaki sudahpun mencapai ke penghujung. Terkebil-kebil matanya memandang dinding di hadapan menandakan dia sudah berjaya.

"Tahniah, Bunga. Akhirnya kau dapat juga sampai ke penghujung." Ujar Iris lalu pinggan kaca di atas kepala Bunga diambil. Kalau tunggu gadis itu, mungkin pinggan itu akan pecah lagi dek kerana Bunga yang sibuk mengelamun itu.

"Aku... Aku berjaya buat ke, Iris?!" Bunga memandang Iris. Apabila gadis itu mengangguk, dia melompat gembira dengan kejayaannya itu. Siapa sangka dia berjaya lakukan perkara yang paling tidak disukainya itu.

"Next class Puan Daisy akan ternganga bila tengok aku buat benda ni depan dia." Ujar Bunga bangga. Tidak sabar hendak menunjuk hasil kerja keras itu kepada Puan Daisy nanti.

"Jangan bangga dulu, Bunga. Kau kena praktis lagi. Biar lagi pro. Kau cuma kena ingat, make sure dada kau menaik then dagu kau pun akan automatik terdongak sikit. So pinggan atas kepala kau tu akan stabil." Lagak orang yang sudah professional, Iris memberi tips kepada Bunga.

"Terima kasih, Iris. Kau lah cikgu aku yang paling baik dan cantik daripada Puan Daisy tu." Tubuh Iris dipeluk erat.

"Kau cakaplah kuat-kuat. Puan Daisy dengar nanti." Iris menepuk-nepuk belakang Bunga supaya melepaskan pelukan. Boleh mati kalau kena peluk dengan gadis itu lama-lama.

"Tak kisah pun." Dia yakin wanita itu sudahpun pulang ke rumah. Mana mahu wanita itu duduk di rumah ini lama-lama.

"Tapi aku masih tak faham, kenapa kita mesti belajar teknik ni sedangkan kita tak perlu guna pun waktu jadi dayang istana nanti."

"Dia sebenarnya macam ni. Kau tengok eh, orang yang nak jadi doktor, kenapa diaorang kena belajar agama, bahasa, dan matematik? Sepatutnya diaorang belajar je lah sains kan? Orang yang nak jadi pelukis, sepatutnya belajar lukis je lah. Tapi diaorang still kena belajar subjek yang lain. Sama lah macam kita. Kita tetap kena belajar benda ni walaupun kita tak perlu guna pun nanti. Sesetengah perkara kita tak perlu guna pun dalam hidup kita, asalkan kita tahu dan ada ilmu tentang perkara tu."

Bunga tersenyum kelat sebaik sahaja mendengar ujaran panjang dari sahabatnya itu. Bahu Iris dipeluk dari tepi lalu kepalanya dilabuhkan pada bahu gadis itu.

Bunga, A Lady In Waiting [COMPLETE]Where stories live. Discover now