Ohhh, crap!
Dia di sini lagi. Sebuah perkampungan yang langsung tiada kemajuan. Tiada televisyen, tiada telefon pintar, dan tiada sebarang peralatan-peralatan canggih. Beberapa orang lelaki yang lalu lalang sambil membawa tanggungan gundi di atas bahu mereka dipandang keliru.
Aneh. Kenapa tahun 1975 di kampung ini kelihatan sangat mundur? Kereta dan motorsikal pula hanya boleh dibilang dengan jari. Yang lain semuanya hanya berjalan kaki untuk bergerak ke sesuatu tempat. Di kampung ini terlihat lebih klasik sedangkan Bunga rasa Emmeria pada tahun 1975 boleh dikatakan sudah maju.
Bunga berjalan dan terus berjalan. Dia tiada hala tuju. Dia sendiri tidak tahu di mana dia sedang berada sekarang. Adakah dia Emmeria? Atau di tempat lain? Kakinya berhenti melangkah apabila sampai ke satu tempat seperti... pasar?
Penjual-penjual di pasar itu cumalah menghampar sekeping tikar mengkuang di atas tanah dan mereka duduk bersama barang jualan yang disusun rapi atas tikar. Pembeli pula harus turun membongkok ataupun duduk mencangkung apabila hendak membeli barang.
Bunga terpaku di situ. Keadaan pasar yang riuh itu dipandang keliru. Kenapa mimpi dia begitu aneh?
"Kakak."
Rasa aneh Bunga terus terhenti. Tubuhnya direndahkan supaya menyamai paras tinggi kanak-kanak lelaki itu. Bibirnya menarik satu senyuman manis.
"Jom pergi ke gerai saya. Saya ada jual banyak barang!" Ajak kanak-kanak lelaki itu. Tangan Bunga dipegang lalu ditarik sehingga ke gerai.
Terpinga-pinga Bunga dibuatnya. Barang-barang di atas tikar, dia pandang satu persatu. Ada sikat kayu, cermin, beberapa ketul batu yang unik bentuknya, dan banyak lagi. Apa yang dia boleh simpulkan, ini semua adalah barangan terpakai.
"Kakak tolonglah beli satu barang. Harini, satu barang pun tak terjual. Macam mana Ayed nak beli makanan untuk adik nanti?"
Lidah Bunga terkelu. Wajah penuh berharap itu, dia pandang serba salah. Pipinya digaru perlahan sebelum matanya terpaku pada sebatang cucuk sanggul yang mempunyai ukiran bunga di hujungnya. Laju sahaja tangannya mencapai cucuk sanggul itu.
"Ini... berapa?" Soal Bunga.
"Harga cucuk sanggul ni sepuluh saja. Kakak nak?" Ayed pandang Bunga dengan bersinar-sinar. Akhirnya ada juga orang beli barang jualannya.
Bunga tersenyum senang mendengar harga itu. Murah! Poket skirt diseluk dan senyumannya langsung mati. Macam mana nak beli kalau duit pun dia tak ada?
"Maaf, tapi kakak tak ada duit sekarang. Nanti bila akak dah ada duit akak janji akak datang beli. Boleh?"
Bunga mengigit bibir. Ayed yang sudah tertunduk memandang ke bawah itu dipandang serba tidak kena. Lagi-lagi apabila ada air jernih yang jatuh dari tubir mata kecil itu. Lagi lah buat Bunga rasa serba salah. Aduhh, yang dia pun pergi fakehope buat apa? Kan senang kalau dia cakap tak nak beli dari awal tadi. Tak adalah budak ni nangis macam ni.
YOU ARE READING
Bunga, A Lady In Waiting [COMPLETE]
RomancePerkenalan bersama anak raja, hanya sekadar batas perkerjaan. Tidak dibenarkan mempunyai sebarang perasaan. Sayang, cinta dan kasih. Semua ini adalah halangan. Halngan bagi seorang pemangku diraja untuk meluaskan empayar. Sakit? Sudah semetinya. Tap...