MIMPI 19

1K 77 2
                                    

Bunga menoleh tatkala terdengar derapan tapak kaki melangkah memasuki ruangan dapur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bunga menoleh tatkala terdengar derapan tapak kaki melangkah memasuki ruangan dapur. Gelas yang sedang dibasuh itu dibasuh sehingga habis lalu Han dipandang.

"Mana Manis?"

"Manis dah tertidur sebelah Ahmad tadi." Ujar Han lalu menarik salah sebuah kerusi di dapur itu. Air kosong di dalam jug dituang ke dalam gelas sebelum diteguk sehingga habis. Dahaga.

"Ahmad okay? Sekar?" Tanya Bunga lagi. Risau. Mana tak risaunya, Ahmad masih lagi tidak sedarkan diri selepas dibelasah oleh tentera Alginia yang tak guna tu.

"Ahmad okay. Cuma luka dia tu lah. Sekar masih tak okay. Masih risaukan Ahmad."

Bunga mengeluh perlahan. Pelipisnya dipicit perlahan.

"Saya tak faham. Kenapa tentera Alginia buat Ahmad macam tu sekali?"

"Bukan Ahmad je diaorang buat. Rakan sekerja Ahmad, tiga orang yang mati, dua orang cedera parah sebab tentera Alginia buat serangan hendap. Pengecut." Han berkata senada. Dinding kayu dihadapan, dipandang dengan pandangan kosong.

"Jadi... Sempadan belakang Marvis tak ada yang jaga?"

"Ada tapi tak ramai. Marvis tak banyak tentera. Hari ni saja, dah tiga orang yang terkorban."

Bunga mengangguk faham. Sedikit lega setelah mendengar perkara itu. Sekurang-kurangnya tentera Alginia tidak dapat menceroboh masuk kerana masih ada benteng di sempadan belakang. Cukuplah hanya beberapa orang sahaja tentera Alginia yang ada di dalam Marvis. Itu pun sudah cukup untuk menimbulkan kekacauan.

Han pandang Bunga yang termenung panjang itu. Satu senyuman nipis terukir di bibirnya sebelum dia meletakkan sesuatu di atas meja, tepat di hadapan gadis itu.

"Apa ni?" Kening Bunga berkerut sedikit, namun tangannya tetap bergerak mengambil gelang yang diberi oleh Han itu.

"Gelang. Untuk kau."

"Untuk saya?"

"Ya, untuk kau."

"Tapi untuk apa gelang ni?"

"Untuk pujuk hati kau yang tengah merajuk tu. Ambillah. Pakai. Ke kau nak aku tolong pakaikan dekat kau?" Han tersenyum senget. Tangannya berura-ura hendak mengambil gelang dari tangan Bunga.

"Eh, tak payah nak mengada." Bunga melarikan tangannya.

Han tersenyum pendek. Setiap perlakuan Bunga yang memasang gelang tangan itu dipandang dengan penuh minat.

"Cantik. Terima kasih, Han. Saya suka sangat."

"Sama-sama."

"Tapi kan, saya musykil lah. Apa yang awak cakap dekat Rumpin sampai dia setuju untuk lepaskan Ahmad?" Tanya Bunga ingin tahu. Maklumlah, dia kan bersembunyi sedikit jauh dari mereka semua. Jadi dia tak berapa dengar bicara yang diperkatakan.

Bunga, A Lady In Waiting [COMPLETE]Where stories live. Discover now