Wajah Putera Aril, Wakeel dan juga Den itu dipandang silih berganti. Masing-masing menayang wajah hairan kerana disuruh berkumpul oleh Putera Han secara tiba-tiba. Tambah-tambah si Den itu, terkejut beruk bila diundang untuk ke istana. Seumur hidupnya, mana pernah dia menjejakkan kaki ke dalam istana Rivendell."Ada apa kau panggil kitaorang ni?" Tanya Wakeel sambil memandang ruangan teater itu hairan. Putera Han ni nak ajak mereka tengok wayang ke?
"Aku ada nak minta tolong kauorang. Aku tak rasa aku boleh buat benda ni sendirian."
"Benda apa yang kau nak minta tolong sampai bersangkut paut dengan aku ni?" Seram sejuk pula Den rasa. Lagi-lagi apabila duduk semeja dengan kerabat itu. Sudahlah dia cuma mengenali Putera Han. Malulah sorang-sorang dia je rakyat marhaen!
"Kamera yang kau bagi dekat aku tu, kau nak nak tahu rakaman apa dekat dalam dia?" Tanya Putera Han seraya menjungkitkan kening kepada Den.
"Apa benda?" Den mengerutkan dahinya. Dipandang wajah tenang Putera Han dengan lama. Hishh! Manusia seorang ni suka betul buat dia berdebar-debar.
"Kauorang tahu kan yang Alginia adalah satu-satunya negara yang buat organ donation ke serata dunia. Rakyat Alginia yang dah meninggal, akan diminta warisnya untuk tandatangan surat derma organ. Tapi it's okay kalau waris tak setuju sebab nama pun donation, right? Jadi kauorang rasa mana pergi hasil organ donation tu semua?" Putera Han mengangkat sebelah keningnya.
"Apa yang aku tahu, organ-organ hasil daripada donation ni akan diberi kepada rakyat-rakyat yang memerlukan sama ada rakyat Alginia sendiri ataupun rakyat daripada negara lain." Ujar Wakeel pula.
"Correct! Itu apa yang mata kita semua nampak. Tapi... Apa yang ada dalam kamera ni, tak sama dengan apa yang kita nampak sekarang ni."
"Apa maksud kau ni, Han?"
"Video yang ada dalam kamera ni. Tengoklah. Enjoy yourself." Dan rakaman pun mulai bermain pada skrin besar di bilik itu.
"Hoi, berhenti!!!"
Laungan kasar yang datang dari arah belakang membuatkan kamera terteleng sedikit. Kelihatan beberapa orang tentera Alginia sedang mengejar susuk tubuh yang memegang kamera itu. Langkah kaki semakin dipercepat sehingga memasuki ke dalam sebuah pintu dan bersandar di sebalik dinding.
"Mana dia pergi?! Cari dia cepat! Mati kita kalau tuan tahu dia hilang!"
Nafas yang sedari tadi tertahan, kedengaran dihela perlahan. Nampaknya tentera-tentera itu sudah pergi meninggalkan tempat itu.
"Bau apa ni?" Kamera di setia di dalam pegangan, dia angkat menghala ke seluruh kawasan. Setapak, kaki itu melangkah.
YOU ARE READING
Bunga, A Lady In Waiting [COMPLETE]
RomancePerkenalan bersama anak raja, hanya sekadar batas perkerjaan. Tidak dibenarkan mempunyai sebarang perasaan. Sayang, cinta dan kasih. Semua ini adalah halangan. Halngan bagi seorang pemangku diraja untuk meluaskan empayar. Sakit? Sudah semetinya. Tap...