PROLOG

25 1 0
                                    

Mata aku memandang figura yang baru melabuhkan duduk di hadapan aku. Aku menongkat dagu. Senyuman nipis terlakar. Mata aku masih terpaku melihat gerak geri gadis itu membelek beberapa kertas.

Gadis itu mencari beberapa bukti dan klu untuk mencari cucu cicit permaisuri Orked. Mungkin gadis itu tidak tahu asal-usul dan sebab aku mencari Orked Elviena. Pandai ye Orked. Mungkin gadis itu pesan pada cucu mereka mesti guna mana orkid pada nama depan. Itu kalau perempuan je.

Oh! Depan aku ni, Nur Maisarah Syahira. Tuan baru aku. DID keturunan ke 6 aku. Atau lebih tepat, cucu cicit aku. Kalau gadis itu tahu. Mahu dia kata aku ni gila. Tapi, sampai masa nanti, dia akan tahu.

"Syamin. Syamin!" Aku tersentak apabila mendengar suara gadis itu memanggil aku. Jauh juga aku berangan ye. Aku tersengih melihat wajah Syahira masam mencuka. Marah sebab dipalaukan barang kali.

"Ye, My Queen Could." Aku menarik senyuman lebih lebar. Ha... inilah nama aku. Syamin Azleo. Cuma, itu mana yang diberi oleh Irqmal. Orang yang ajak aku join P.K.A. nama sebenar aku ialah Syed Syamin Azmindin. Kenapa Syahira tak letak nama Sharifah? Dah aku kahwin dengan puteri berasal dari Cina. Memang hilanglah arab tu.

"Kerja yang bagus." Puji aku. Mata aku melihat beberapa titik merah di peta yang baru ditanda oleh Syahira. Senyuman mengejek terlakar. Aku memang dah lama nantikan saat ini!

"Weh... aku rasa tak sedap hatilah... kau... betul-betul lindungi aku kan? Macam mana kejadian tu berlaku lagi? Rizwan tak ada nak lindungi jasad aku ni." Aku terkelu mendengar keluhan Syahira. Matanya merenung dalam kornea mata hazel Syahira. Kepala aku tertunduk lemah. Teringat detik Rizwan ditikam atas kecuaian aku. Tapi, aku tak akan biarkan itu terjadi lagi!

"Syahira... dengar sini baik-baik. Saya..." aku menarik nafas dalam-dalam. Mata aku terpejam rapat. Kemudian aku menghembuskan nafas perlahan-lahan. Kelopak mata aku kembali dibuka. Mata aku merenung lembut retina mata Syahira.

"Saya akan sentiasa dengan awak, Syahira. Walau dunia benci awak. Saya, Syamin Azleo akan berada di sisi awak." Mata Syahira terkebil-kebil. Mata Syahira berkaca. Kemudian dia menundukkan kepalambAku dapat rasakan Syahira tersentuh dengan kata-kata aku. Tak lama kemudian Syahira menarik senyuman nipis.

"Eh... awal blushing..." aku tersenyum sengek. Kening sengaja dijungkitkan. Tapi, senyuman Syahira tiba-tiba mati!

"Tak der makna kau! Kalau My Asy Mr. Cool. Mungkin aku blushing. Tapi, kalau dengan kau, jangan harap!" Muka aku berubah kecewa. Aku tertunduk lemah. Tak habis-habis Rizwan! Mentang-mentang Rizwan lagi hot dari aku!

"Yelah... lepas awak kahwin dengan Asy awak tum dah lupa nak dating dengan saya..." aku mencebik. Tangan disilang ke dada. Kemudian menoleh ke arah lain. Merajuk ni...

"Hak ala... acah-acah merajuk pula kau... tak bagi kau keluar malam, baru tahu!" Mata aku membulat besar. Kepala secara drastik menoleh ke hadapan. Mata aku terkebil-kebil. Terkejut beruk aku bila Syahira bagi aku keluar. Yey! Ini satu peluang!

"Betul ke?" Soal aku. Manakan tidak. Sejak aku dan Syahira datang ke Itali. Syahira terlalu sibuk dengan kelas. Dengan ujian ketenteraan lagi waktu malam. Memang aku hanya mampu melihat apa yang Syahira buat saja.

"Kelas cansel. Aku bagilah kau peluang. Jangan kau buat bukan-bukan pula." Aku tersenyum nipis. Kepala aku dah macam burung belatuk angguk tanpa henti. Gila tak gembira?

"Chau dulu." Aku tertawa besar. Terasa berair pula hujung mata aku. Pantas, aku kesat air mata. Aku melihat Syahira sudah memejamkan mata. Mata aku turut terpejam. Apabila aku mencelikkan mata. Aku merasakan tubuh aku lebih ringan. Aku bangun dari duduk. Kaki aku melangkah ke almari pakaian Syahira. Pintu almari dikuak. Laci dibuka. Mata aku memandang buku diari arwah isteri aku. Kemudian aku memang rantai yang aku beri pada Syahira.

"Lavender..." bisik aku. Senyuman nipis terlakar. Hatinya terpukul sayu. Bibir aku menggigil hebat. Turbin mata aku terasa hangat. Jantung aku berdegup kencang. Rindu pada isteri aku makin menebal.

Namun, senyuman aku mati serta-merta apabila lampu bilik tiba-tiba mati. Elektrik terpadam. Kipas juga mati. Tak guna! Ada musuh pecah masuk. Laci kembali kunci. Rantai kembali disangkut ke leher aku. Pintu almari ditutup.

Tudung sarung Syahira disarung ke kepala. Dah Syahira tu perempuan. Memang hukumnya wajiblah! Telinga aku mendengar derapan kaki seseorang. Kaki aku melangkah perlahan ke laci bersebelahan dengan katil single. Laci ditarik. Senyuman mengejek terlakar. Pantas, pistol diambil. Pintu laci ditutup perlahan.

Kaki aku melangkah ke arah langsir. Aku cuba untuk tidak melakukan sebarang bunyi. Pantas, aku menyorok di sebalik langsir. Debaran di dada semakin hebat. Mata aku terpejam rapat. Nafas kau cuba diaturkan. Bukan never. Tapi, paru-paru Syahira mula buat hal!

Seperti yang aku jangka. Pintu bilik dikuak dari luar. Mata aku perlahan-lahan dicelikkan. Gigi aku diketap kuat apabila melihat bilik Syahira sudah diselongkar.

Aku berundur beberapa tapak ke belakang. Namun, malang juga nasib aku apabila kaki kau terlanggar pintu kaca. Musuh sudah menoleh ke arah aku. Aku gigit bawah bibir. Tak guna bersembunyi lagi. Dia dah buka almari Syahira!

Bang!

Aku melepaskan tembakan. Aku dapat menangkap suara musuh meraung kesakitan. Kaki aku melangkah ke hadapan. Aku merasakan kain langsir menampar lembut wajah aku. Pandangannya mata aku menikam tajam mata musuh.

"Berani betul ye, kau sentuh diari tu dengan tangan kotor kau." Gigi aku diketap kuat. Hatinya bertambah panas. Aku memijak hujung buku kemudian ditarik jauh dari tangan kotor musuh. Pistol diacukan ke wajah musuh. Aku dapat melihat wajah musuh berubah pucat apabila mendengar aku mengeringai.

"Kau dah masuk kandang singa. Apa-apa pun.... Welcome to the hell, cicit Black Tiger." Mata aku mengerling sekilas buku di atas lantai. 'Genggam Tanganku Puteri Lavender'. Itulah tajuk diari buku Lavender. Aku melemparkan pandangan membunuh. Mata aku memang musuh sudah memejam mata.

Bang!









Bersambung...

Genggam Tanganku Puteri Lavender Where stories live. Discover now