Chapter 9

6 0 0
                                    

"Akhirnya... tuan hamba sudah dapat ini Taufiq wa Hidayah..." aku menadahkan tangan. Hidayah yang pandang aku pelik aku abaikan. Aku dapat lihat bertapa malu-malu kerbaunya Taufiq. Heh! Dulu kau kenalan aku kan? Dulu juga aku kata, ada ubi ada batas, ada hari aku balas.

Hari ni aku nak balas balik apa yang Taufiq buat dekat aku dulu! Mua...hahaha...!

"Abaikan Laksamana. Dia lupa makan herba ayahda." Aku terkedu apabila tabit mengutuk aku. Terasa ada batu yang menghimpap kepala aku. Muka aku sudah berpeluh ni... Lavender... tengok tabit Jamal ni! Dia buli aku...

"Boleh buka baju?" Aku melihat wajah Taufiq sudah berubah merah. Aku apa lagi. Menahan ketawa saja mampu... mahu tabit Jamal halau aku. Tak fasal-fasal, peha Lavender jadi mangsa air mata aku.

"Ala... malu-malu anjing pula..." sempat juga aku sindir Taufiq. Tak usah dikatakan... tajam je Taufiq pandang aku. Kalau mata Taufiq tu pedang. Mahu tembus wajah kacak aku ni.

"Tabit Jamal. Boleh halau laksamana tak? Rasa menyesal pula selamatkan laksamana dekat kapal." Aku tertawa kecil. Kening tak gatal digaru. Alamak! Bendahara Taufiq marahlah... Hidayah! Pujuk cepat!

"Hidayah nak bandahara buka baju, kan? Tak apa! Biar Laksamana yang kacak dan budiman bantu Hidayah yang cantik ni..." aku tersengih. Kaki aku melangkah mendekati Taufiq. Baru saja aku ingin membuka baju Taufiq. Aku terasa seperti lengan aku ditarik. Mata aku memandang wajah Taufiq berubah cuak.

"Kau gila ke? Dia bukan mahram aku, bodoh! Suruhlah dia keluar." Bisik Taufiq. Tegas. Aku tersenyum penuh makna. Bahu Taufiq ditepuk kasar.

"Rezeki kau, Taufiq. Bukan senang nak tengok badan Bendahara. Alang-alang kau godalah Hidayah..." aku tersenyum penuh makna. Kening aku sengaja dijungkitkan. Ambik kau! Dulu kau bagi alasan dekat aku waktu aku suruh kau bagi balik baju melayu aku kan? Aku pulangkan balik kata-kata kau!

"Macam tahu-tahu... je nak jumpa Hidayah. Selalu kau biarkan rambut kau panjang macam perempuan." Perli aku lagi. Kali ini tangan ligat membuka baju Taufiq. Memang kebetulan betul! Sebelum berangkat balik ke Tahan Melayu. Taufiq minta tolong potong rambut. Aku apa lagi. Potong sampai pendek. Paling tak boleh bla. Lavender tergoda tengok Taufiq! Menyirap... je aku dengar Lavender puji Taufiq kacak!

"Tabit nak patik tolong apa-apa?" Soal aku pada tabit pula. Carilah alasan agar tak kena halau!

"Kita kehabisan benang, Laksamana!" Aku menepuk dahi. Ah sudah... kalau macam tu, rambut siapa yang jadi korban ni? Aku? Rambut aku dah pendek ni. Eh! Aku dulu kini dah selamanya pendek. Rimas!

Aku memang wajah Taufiq. Kau memang! Saat genting nilah kau potong rambut. Eh! Salah aku juga. Mamat tu kata jangan pendek sangat. Aku langgar juga. Rimas aku tengok hari-hari.

"Tak apa, anakda ada idea." Aku menoleh ke wajah Hidayah. Dahi aku berkerut seribu. Aku memerhati gerak geri Hidayah. Cucuk sanggul ditarik. Rambut panjang Hidayah terlurai. Hidayah memejam mata. Dia menggelengkan kepala hingga rambut ikal maya Hidayah beralun terbang ke udara. Aku memandang Taufiq pula.

Bagai gugur jantung Taufiq melihat keindahan depan matanya. Mata Taufiq terpaku melihat Hidayah. Kemudian mata aku beralih pula pada halkum Taufiq. Bergerak-gerak halkumnya menahan nafsu yang memakan dirinya. Aku tersnetak. Makin lama, takut Taufiq sakit-sakit pun menjadi oi!

"Tunjuklah pandanganmu, wahai Bendahara..." aku melihat Taufiq tersentak. Kepalanya tertunduk malu. Dia menekup dada kirinya. Nampak sangat jantungnya berdegup kencang.

Taufiq tersentak apabila tangan halus menyentuh perutnya. Kepalanya menoleh ke tuan punya tangan..jelas, gadis itu masih tekun menjahit. Kalau nak jahit luka dalam. Memang biasanya Hidayah. Sebab perlihatan Tabit Jamal sangat buruk. Kalau dia jahit. Bukan jahit perut Taufiq. Mahu dia jahit 'benda lain'.

Genggam Tanganku Puteri Lavender Where stories live. Discover now