Chapter 16

9 0 0
                                    

Angin malam menampar-nampar wajahku. Pokok-pokok mula mengikut angin. Hujan semakin lama semakin reda. Perasaan risau mula hadir dalam hatiku. Sesekali aku mengusap lengan aku yang terdedah. Sejuk hingga menusuk tulangku.

"Laksamana?" Aku tersentak. Badan aku menghadap tingkap dipaling ke belakang. Mata aku memandang wajah tua Tarbit Jamal. Jelas, lelaki tua itu tersenyum tawar.

"Puteri Lavender tak apa-apa. Mungkin dia tertekan. Maklumlah, kebelakangan ini Tuan Puteri selalu gelisah sejak Hidayah cari bahan untuk bekalan ubat." Aku hanya mendiamkan diri. Perasan juga. Sejak Hidayah pergi masuk hutan. Lavender macam... lain. Sultan Al-Fattah pun perasan juga.

"Pak Jamal tahu tak kenapa Lavender risaukan Hidayah? Bukan selalu Hidayah masuk hutan ke?" aku mula soal siasat. Melihat wajah tabit Jamal sudah pucat. Aku merasakan ada sesuatu yang aku tak tahu. Apa hubungan Lavender dengan Hidayah?

"Sebenarnya..." Aku tersentak apabila mendengar bunyi helang aku dari jauh. Kepala aku berpaling semula ke tingkap. Mata aku membulat besar melihat satu bekas berwarna biru gelap. Itu bekas Taufiq!

Aku menghulurkan lengan aku untuk Hicren mendarat. Setelah aku membuka bekas itu. Aku membaca isi surat itu. Mata aku membulat besar. Dada aku makin sesak. Sebab ini ke Lavender jatuh sakit?

"Hi...dayah... Se...la...matkan... di..."

"Tak mungkin..." Tangan yang memegang surat terlepas. Kenapa aku rasa hubungan Hidayah dengan Lavender bukan sekadar kawan? Kenapa aku rasa Lavender... Dapat firasat Hidayah dalam bahaya?

"Pak Jamal! Jaga Lavender. Patik kena pergi sekarang!" Aku menyuruh Hicren terbang. Kaki aku melangkah laju ke pintu keluar. Aku memberi isyarat pada anak buah aku untuk keluarkan kuda aku. Gigi aku diketap kuat. Macam mana Hidayah boleh diculik?

Ah! Kalau Lavender tahu. Mungkin kebencian Lavender pada Taufiq makin hebat!

..........

Mata aku merenung tajam memandang jalan. Berkali-kali tali yang aku genggam melibas kuda aku. Memaksa kuda itu gerak lebih laju.

Aku perlahankan kuda apabila rumah usang yang dikatakan oleh Hakimi mula kelihatan. Aku memaksa kuda aku berhenti. Melihat figura Hakimi baru masuk. Aku turun dari kuda. Kaki aku melangkah mendekati gerbang pintu rumah usang itu.

"Jangan cakap Hidayah dekat daerah tu?" Aku terdengar perbualan Hakimi dan Taufiq. Kaki aku melangkah mendekati mereka berdua. Aku sudah bercekak pinggang. Mata aku berubah dingin. Perasaan geram menguasai diri aku.

"Macam mana Hidayah boleh kena culik? Kamu berdua buat apa?" Aku melihat Taufiq dan Hakimi terkejut mendengar suara aku dari belakang. Mereka dengan ragu-ragu memusingkan kepala ke belakang. Jelas, riak wajah mereka kelihatan pucat tak berdarah.

"Sya...Syamin... Jangan marah... Nanti cepat tua." Pujuk Hakimi.

"Aku memang dah tua pun kalau dengan kamu berdua!" Nada suara aku naik seoktaf. Apa reaksi dia orang? Hakimi gelabah teruk. Perginya dia menyorok belakang tubuh Taufiq. Takut aku pukul dia lah tu.

"Dua orang tak boleh jaga Hidayah? Kau orang buat apa? Makan gaji buta?" Nada aku sama naik seperti tadi. Tahu pula kau orang menikus... Aku jaga Hidayah tak pernah kena culik, tau!

"Sa...sabar Syamin. Aku dah jumpa kedudukan musuh yang serang Taufiq. Kau... pernah kena serang dengan lelaki ni tak?" Aku melihat Hakimi menghulurkan satu kertas usang. Mungkin dia ambil kertas Hidayah. Pantas aku merampas kasar kertas itu.

"Hah!" Aku tersentak. Lidah aku terkelu. Lelaki ni? Bukan ke... dia anak Pak Jamal? Kenapa dia serang Hidayah? Aku tahu dia ni siapa. Yang Fang, berasal dari negara Cina. Aku dengar pernah jumpa dengan dia. Tak sangka selepas dia mengembara. Dia bakal jadi musuh aku!

Genggam Tanganku Puteri Lavender Where stories live. Discover now