Chapter 12

4 0 0
                                    

"Maaf. Banyak pula nyamuk dekat sini... Kau tak rasa begitu ke, Azmin?" Aku tersentak. Mata aku merenung wajah Taqrim. Jelas, dia sedang menahan diri dari menghamburkan kemarahan.

"Hmm..." Balas aku ringkas. Sejujurnya kalau aku buka suara. Takut dua orang tua tak sedar nak mampus tu lari litang pukang je. Serius, aku tak boleh bersabar serentak dia orang gelarkan Lavender perempuan murahan!

Hina sangat ke Lavender? Kenapa kau orang sebarkan fitnah yang melampaui batas? Sungguh. Hati aku hancur berkecai. Aku yang ada dengan Lavender sejak kecil lagi. Kau... Hina dia macam dia tak reti jaga maruah dia!

"Tadi tak panas pun... Kenapa tiba-tiba rasa panas ye?" Soal Taqrim sinis. Gigi aku diketap kuat apabila telingan aku menangkap mulut longkang dua betina itu sebarkan fitnah. Mata aku terpejam rapat. Lavender yang melihat aku terkejut apabila urat di dahi aku sudah timbul.

"Mana tak panasnya... Kalau ada pula makhluk hati busuk dekat sini! Hati orang kita tak boleh kawal. Rasa diri tu hebat sangat! Sedangkan diri sendiri pun tak sempurna mana!" Aku dapat rasakan dua orang tua itu jeling tajam pada aku. Kau terasa ke sial? Bagus! Memang itu aku nak buat!

"Abang..." Aku menjeling tajam wajah Lavender. Gadis itu tertunduk lemah. Tolong Lavender. Orang kalau tak sedar diri. Memang macam tu!

Kalau aku bukak aib kau. Mahu satu kawasan ni terkejut kau orang berdua bekas pelacur!

"Kau orang kenapa hah? Kurang ajar betul! Mak ayah kau orang tak ajar hormat orang tua ke?" Aku tertawa sinis. Kepala aku digelengkan. Hormat? Kau, hormat ke Lavender? Kau? Reti ke rasa bersalah sebarkan fitnah. Jangan ajar aku cara hormat oranglah, perempuan gila!

"Lah? Kau terasa ke? Baguslah! Senang aku nak cakap. Kau, berhenti sebarkan fitnah! Kain sendiri pun banyak berlubang. Ada hati nak jaga kain orang? Berambuslah!" Sinis je aku balas. Pantang betul bila kau masukkan keturunan aku! Mak aku ajar aku budi pekerti. Ayah aku je yang aku tak mengaku!

Bedah dan Timah bangun dari duduknya. Kakinya melangkah mendekati meja aku. Matanya memandang aku dan Taqrim atas bawah. Apa pandang-pandang? Nak cari modal hina aku?

"Kau siapa hah, nak halau kami? Kau tu sedar sikit. Ayah kau, punca semua orang menderita dulu. Pihak diraja buang kau! Kau tu hanya nelayan jelah! Sebab itu kita mak kau mati. Sebab dia pun syirik!" Aku menepuk meja sekuat hati aku. Gigi aku diketap kuat. Hati aku membakar panas. Kau... Hina mak aku? Kau? Hina mak aku?

"Kau ceramah aku tentang agama? Aku ceramah aku tentang hormat? Bodoh! Kalau diri kau tu hebat sangat. Kenapa kau pernah buat dosa? Betina! Kau tahu tau, kau dah jadi bekas ramai jantan. Tapi apa aku buat? Aku diam. Tapi! Bila kau hina mak aku. Sumpah! Pelacur macam kau ni tak layak diberi peluang!" Nafas aku turun naik. Kau patut bersyukur, betina! Tiada orang dekat sini kecuali Makcik Intan, Taqrim dan Lavender. Kalau tak. Semua orang akan hina kau lagi teruk dari aku!

"Tak guna!" Aku terkejut apabila perempuan itu mengangkat tangan. Belum sempat aku nak menangkap tangan itu. Terasa satu tangan menggenggam erat lengan aku. Aku tersentak apabila Lavender menjadikan wajahnya mangsa tamparan Bedah. Terteleng kepala gadis ini akibat tamparan kuat betina itu.

"Astaghfirullahalazim... Bedah!" Aku tersnetak apabila mendengar suara Makcik Intan. Kaki wanita itu dilajukan mendekati meja kami. Aku menarik lengan Lavender. Bahu Lavender dicengkam kuat. Aku memandang selama wajah Lavender. Hancur hati aku melihat pipi Lavender sudah memerah.

"Apa kamu dah buat ni? Lavender tu anak yatim. Apa dosa dia dekat kamu! Kamu kenapa tampar anak angkat saya, hah?" Nada suara makcik Intan naik seoktaf. Aku melihat wajah terkejut Bedah. Acah-acah rasa bersalahlah sangat!

"Makcik... Tak apa... Sikit je ni. Lavender pernah kena lebih teruk dari ni." Gigi aku diketap kuat. Mata aku berkaca hebat. Tak, Lavender. Kau tipu! Kau tak pernah kena teruk dari ini. Sultan dan Raja Hing Tan Men tak pernah tampar kau sampai bibir kau pecah!

Genggam Tanganku Puteri Lavender Donde viven las historias. Descúbrelo ahora