Chapter 20

13 0 0
                                    

"Kanda. Kenapa kejam sangat? Kasihan Bendahara." Aku kekal menunjuk reaksi tenang. Lavender... Soalan kau tu boleh menguji kesabaran aku, tau. Member dah Anjingkan aku kot!

"Dinda... Kalau kasihan dengan bendahara. Kasihanilah Kanda. Kira baik tau Kanda baling terompah. Ikutkan hati, keris Kanda pun dah melayang sama."

Aku berbisik. Senyuman masih tidak lekang bibir aku. Macam pasangan bahagia? Meh sini! Kau duduk untuk ganti tempat aku sekarang! Aku dengan Lavender tengah gaduh ni. Cuma tak tunjuk je!

Memang rare betul gaduh waktu bersanding!

"Tapi kanda dah cemarkan air muka Dinda. Malu tahu tak?" marah Lavender. Tapi nada suaranya masih berbisik.

Aku menarik wajah Lavender menghadap aku. Senyuman lebar terlakar. Tak lama kemudian bertukar sinis. Dahi aku dan dahi Lavender berlaga.

"Sejak bila Dinda ada air muka?" nak tahu apa reaksi Lavender? Mestilah dia marah!

"Auch..." Bibir bawah aku gigit. Pedih bhai. Tengan je kecil. Tapi, sekali cubit. Mahu bengkak peha aku dikerjakan.

Aku menarik senyuman manis untuk menutup kesakitan di peha aku. Mata Lavendar dipandang lembut. Tangan kekar aku mengusap lembut pipi isteriku.

"Sakitlah, Humaira. Ampunkan kanda. Kanda bergurau saja..." Lunak suara aku berubah lembut. Mata aku sengaja dilayukan. Pipi isteri aku yang sudah berubah merah dicubik lembut.

Kau jangan tanya kena aku pujuk isteri aku. Dia, kalau merajuk. Mahu malam pertama aku tidur luar! Hu... Tidak sanggup patik biarkan itu terjadi.

"Jahat." Aku merasakan pukulan manja Lavender singgah ke dada bidang aku. Apabila Lavender ingin menjauhkan tangannya. Pantas, aku mencengkam pergelangan tangannya. Kali ini, aku memaksa tapak tangan kecil Lavender menyentuh dada kiri aku.

Jelas, gadis itu sedikit tersentak.

"Dapat rasa tak?" Aku bertanya. Mata Lavendar terkebil-kebil. Tak lama kemudian Lavender tertunduk malu. Wajahnya sudah merah menahan malu.

"Setiap kali melihat keindahan depan mata kanda. Degupan jantung kanda makin laju. Terasa indah hati kanda melihat wajah manis isteri kanda." Sambung aku lagi. Sekarang, wajah Lavender makin merah!

Aku mencengkam lembut dagu isteri aku. Dahi aku dan Lavender sudah sekian lama bercantum, aku jarakkan. Aku mendongak sedikit kepala Lavender. Memaksa gadis itu memandang wajahku.

"Humaira kanda... Tak suka tengok muka kanda ke?" nada suara aku semakin menggoda. Aku melirikan mata. Semakin lama, jarak aku dengan Lavender semakin rapat. Pinggang Lavender dililit dengan tangan kekarku. Mata aku dilayukan. Mata Lavendar direnung. Sungguh cantik mata hazel isteri aku. Tidak pernah jemu aku memandang.

"Ma...mana ada." Lavender menepis tangan aku dari terus menyentuhnya. Akhirnya aku akur. Lavender dah malu sangat tu. Ya Allah... Kenapa lambat pula masa berlalu ni. Aku nak berduaan dengan Lavender sahaja!

"Bahagia betul beta tengok." Aku tersentak apabila Sultan Al-Fattah menegur aku. Mata aku membulat besar. Baru aku sedar Sultan Al-Fattah berdiri betul-betul depan kami.

Kemudian, aku memandang bekas berisi bunga mawar. Allah... Leka sangat aku usik Lavender. Sampai bapak angkat aku nak renjis air mawar pun tak sedar.

Aku melihat ayah saudara atau ayah susuan aku menghulurkan tangan. Dengan penuh hormat. Aku Salam tangan Sultan. Aku mencium kekura tangan ayah susuan aku. Senyuman lebar terlakar. Kelopak mata dikuyu apabila Sultan mengusap lembut kepala aku.

"Jadi suami yang bertanggungjawab ye, Laksamana." Aku angguk kepala. Senyuman aku makin pudar apabila sultan merenjis air mawar pada aku. Sebak hati ini. Mungkin aku rindu untuk mengusik Sultan. Kena jadi lelaki baik dikatakan...

Genggam Tanganku Puteri Lavender Where stories live. Discover now