Chapter 21

13 0 0
                                    

Aku menulis surat untuk dihantarkan pada raja Itali. Sesekali dahi aku berkerut. Kenapa rasa lain sangat ayat ni? Ah! Aku kena mula dari awal!

Krik...

Allah! Terkejut aku dibuatnya. Gila tak terkejut kalau bunyi pintu dikuak dari luar kuat sangat. Aku melihat figura yang ada di depan pintu. Aku mengurut dada. Aku ingat hantu kebaya manalah tadi.

"Kanda..." Aku terkaku melihat Lavender tersenyum manis. Jantung aku bagai hilang tempoh denyutan apabila lirikan manja Lavender terhidang cantik di krone mataku. Derapan kaki semakin kuat menyapa gegendang telingaku.

"Marilah makan. Kerja tu bila-bila masa boleh selesaikan." Aku tersentak apabila Lavender merampas kasar pena di tangan aku. Mata aku terkebil-kebil melihat riak wajah Lavender berubah serius. Air liur ditelan kelat. Cepat betul Lavender berubah mood!

"Dinda... Kanda kena selesaikan malam ni juga. Jika tidak, proses hantar surat permohonan jadi makin lama." Aku memberi alasan. Baru saja aku ingin bangun merampas pena dari tangan Lavender. Mata aku membulat besar apabila Lavender menjauhkan tangannya daripada aku. Mata aku terpejam rapat. Gigi diketap kuat. Ya Allah... Geramnya aku!

"Dinda... Berikan semula pena kanda. Kanda balut dinda dalam selimut. Baru dinda tahu..." nada suara aku masih lembut. Aku kekal menarik senyum manis. Hati aku tengah mendidih ni!

Aku tersentak apabila Lavender mencengkam rahang aku. Tubuh aku ditarik hingga jarak wajah aku dengannya hanya sejengkal. Renungan tajam Lavender buat aku makin kecut perut. Seramnya! Bini siapa ni? Lupa... Bini akulah oi!

"Kanda jangan sampai dinda jadi janda malam ni juga... Dinda kata makan. Tolong ikut." Jantung aku secara automatiknya hampir terhenti dengan suara Lavender berubah dingin. Sungguh, aura isteri aku terlalu menyeramkan!

"Ba...baiklah. Kanda makan." Sekali lagi. Aku terkaku apabila Lavender tersenyum manis. Double kill, hampir meletop jantung aku bila Lavender mengucup pipi aku. Wajah aku dah merah macam cili api ni...

"Sa...yang kanda!" Trepel kill! Lavender kucup sekilas bibir aku!

Glup!

Kelatnya air liur aku telan... Aku melihat Lavender berjalan keluar dari bilik. Mata aku terkebil-kebil. Tak lama kemudian aku menyentuh bibir aku. Kemudian aku melihat kesan pelembap bibir di hujung jari aku.

"Allah! Kenapa aku dapat bini suka mengusik ni...! Ahg...! Jantung aku nak pecah ni!" Bahang betul muka aku. Tersembam sudah wajah ini ke atas meja. Aku rasa memang dunia ini kejam!

..............,.......

Aku melihat Lavender meletak pinggan berisi nasi di atas meja. Wajah Lavender ditatap lama. Tak lama kemudian aku tersenyum nipis.

Mulai sekarang. Lavender tinggal di rumah aku. Terletak bersebelahan dengan istana. Aku memang sengaja pilih rumah kayu yang luas ini berdekatan dengan istana.

Tujuannya jika ada pencerobohan di istana. Mudah aku bergerak dengan kuda. Tapi, alhamdulillah tidak pernah berlaku percerobohan.

"Apakah kanda mahukan?" Aku memandang wajah Lavender apabila mendengar soalan Lavender. Senyuman lebar terlakar. Mata aku merenung lembut wajah jelita isteri aku.

"Bolehkan Kanda mahu dinda?" Dia menongkat dagu. Senyuman penuh makna makin galak terlakar. Seronok betul tengok wajah Lavender sudah bahang.

"Kan...kanda jangan merapu. Ambil sahaja semua lauk yang dinda masak." Melihat Lavender sudah memasukkan lauk ke dalam pinggan aku. Tak lama kemudian muka aku berubah cuak.

"Dinda! Hentikan." Aku menghalang Lavender meletak lagi lauk yang aku tak suka. Mata Lavendar membulat besar. Riak wajah terkejut terpancar di wajahnya. Aku merenung lama pinggan.

Genggam Tanganku Puteri Lavender Where stories live. Discover now