Chapter 22

13 0 0
                                    

"Wǒ de tiāntáng... Bangunlah... Dah subuh ni." Dahi aku berkerut apabila terasa seperti tubuh aku digoncang lembut. Mata aku cuba dicelikkan. Aku tersentak apabila tubuh Lavender tindih tubuh aku yang terbaring atas katil.

"Wǒ de tiāntáng... Kita dah lambat solat subuh ni..." Nada suara Lavender kedengaran cukup menggugat iman aku. Aku terkedu apabila dada bidang aku yang terdedah diusap lembut. Peluh dingin membasahi dahi aku.

"Wo... Wô de tiāntáng?" Tergagap aku bertanya. Bukan aku tak tahu maksud bahasa China itu. Syurgaku? Kenapa?

"Sebab... Syurga dinda kan... Ada dekat tapak kaki kanda... Sebab itu dinda paling kanda wô de tiãntáng..." Aku menarik nafas dalam-dalam apabila merasakan tangan Lavender sudah meraba tubuh aku. Lavender. Kau ajak aku solat subuh ke? Kau ajak aku benda lain? Lain macam kau punya godaan ni!

"Hmmm..." Aku menggenggam erat tangan kecil isteriku. Kemudian menjauhkan tangan itu dari menyentuh aku. Pantas, aku melilit pinggang rampingnya. Aku mendengar Lavender me jerit terkejut.

"Dinda tipu... Dua puluh minit lagi baru masuk waktu subuh..." Aku kembali memejamkan mata. Kacau aku lagi. Aku masih mengantuk lagi ni.

"Sudahlah semalam ganas! Seram dinda dengan kanda semalam." Aku mengambarkan bebelan Lavender. Tubuh Lavender dipeluk lebih erat. Wajah aku bahang apabila merasakan kehangatan tubuh isteriku.

"Siapa mula dulu? Kanda dah pesan." Aku mencelikkan sebelah mata. Kemudian mengerling wajah Lavender sudah terbenam ke dada bidang aku. Aku dah elak ye. Ni! Minah ni melebih. Memang aku mulakan malam pertama kami.

"Tidur..." suara aku semakin lemah. Penat sangat. Makin dilayan. Makin menjadi Lavender ni.

"Alang-alang. Nak sambung lagi tak?" Aku tersentak mendengar soalan berlapik Lavender. Minah ni!

"Dah mandi wajib kan? Jangan mengada! Kanda tak larat mandi malam. Sejuk!" rungut aku. Tubuh Lavender ditolak ke tepi. Aku bangun dari katil. Baru saja aku ingin melangkah keluar. Lavender mencengkam lengan aku.

"Nak pergi mana?"

Aku menoleh ke belakang. Senyuman nipis terlakar.

"Nak ambil wuduk, Humairaku. Kanda dah terbiasa ambil wuduk 15 minit lebih awal," ujar aku. Lavender turut turun dari katil. Aku tersentak. Kaget apabila Lavender memanjat tubuh aku dari belakang.

"Nak ikut..." ketawa halus terlepas dibibir aku. Kepala tergeleng dengan gelagat manja Lavender. Aku tersenyum nipis. Kaki Lavender sudah melilit perut aku. Tangan Lavender yang sudah melilit leher aku ditarik lembut. Punggung Lavender ditahan agar tidak jatuh. Kaki aku melangkah ke hadapan. Keluar dari bilik.

Usai saja aku mengambil wuduk. Aku meletakkan kain tuala atas kepala Lavender. Perlahan-lahan, aku melangkah masuk kedai dalam rumah.

Ye... Bilik air berada di luar rumah. Semestinya ada orang lalu lalang. Aku tak nak orang lain tengok aurat isteri aku!

"Kanda?" Aku memang wajah Lavender. Senyuman nipis terlakar. Pandangan lembut merenung wajah jelita isteri aku. Tenang saja hati ini.

"Nak sentuh." Senyuman aku serta merta mati. Tangan yang memegang kain tuala terlepas. Aku mengelak apabila Lavendar cuba sentuh tangan aku.

"Kanda tak sayang dinda ke...?" Bibir Lavender mengigil hebat. Matanya berkaca. Nangislah! Tak nak aku pujuk.

"Bukan tak sayang. Kanda ada wuduk. Batal juga wuduk ni," cebik aku.

"Dinda pun ada wuduk!"

"Kalau wuduk kanda sahaja yang batal. Tak apalah. Dinda tu! Jauh tau. Dah nak sampai bilik ni. Letih pula dinda kalau kena patah balik." Lavender terkaku wajahnya merona merah. Mungkin tidak sangka aku akan cakap macam tu.

Genggam Tanganku Puteri Lavender Where stories live. Discover now