CHAPTER 3: GO GET HER

97 16 1
                                    


BLOCKED SERENDIPITY
By Hayley D. Harper
———————————————————————
CHAPTER 3: GO GET HER

Arghhhh!!

Sejauh 3 KM lorong perjalanan balik ke rumah, saya dikejar oleh Bimble. Pertama kali dalam hidup, saya berlari tanpa berhenti kerana terlalu takutkan Bimble. Dia mengejar saya seperti anjing gila. Sepanjang larian itu saya hanya berdoa mati-matian agar tidak tertangkap. Sampai sahaja di pintu pagar rumah, saya terus masuk ke dalam dan menguncinya. Dari dalam rumah saya masih boleh melihat Bimble berdiri di hadapan pagar rumah dan memerhatikan tempat itu buat beberapa minit sebelum melangkah pergi.

      Ish

Ups! Ten obraz nie jest zgodny z naszymi wytycznymi. Aby kontynuować, spróbuj go usunąć lub użyć innego.

Ish. Gila betul!

Saya masuk ke bilik dan terus duduk kerana badan saya sedang mengigil ketakutan.

"Mizzle? What happend to you?"Sister Angela yang mungkin melihat saya berlari masuk ke dalam rumah tadi berdiri di hadapan pintu bilik dan memerhatikan saya duduk mendiamkan diri berpeluh- peluh.

"Urm. Nothing sister. " Saya cuba menenangkan diri.

"You're sweating like hell. Tak pernah saya nampak awak balik berlari macam tu. Ada orang jahat kejar awak ke?" Tanya Sister Angela lagi.

"Tak sister. Nothing happened. I was just doing excercise a little." Saya tak tahu nak cari alasan apa lagi.

"Kalau macam tu, mandi dan tukar baju. Tolong sister di dapur ya." Pesan Sister Angela.

"Okay. Sekejap lagi saya turun." Saya bangun dan ambil tuala mandi di tepi almari baju.

Sister Angela tersenyum. Saya perlahan melangkah dan terus masuk ke bilik mandi.

Saya tinggal di rumah Sister Angela sejak saya masih kecil. Sister Angela tak pernah bagitau siapa ibu bapa saya. Sebab ada budak- budak lain yang tinggal di tempat itu seperti saya. So dari awal saya dah agak yang kami semua adalah kanak- kanak yang tidak mempunyai ibu bapa. Dan saya tak pernah nak tahu siapa mereka berdua.

_____

Keesokan harinya, Mizzle pergi ke sekolah seperti biasa. Masuk sahaja di kelas dia rasa lega kerana Bimble tidak ada di mejanya.

      Oh ya. Dia sudah berhenti sekolah. So tak akan ada masalah lagi. Tapi seharian di sekolah, Mizzle rasa ada yang tidak kena. Dia seperti kehilangan sesuatu yang sangat besar maknanya. Tiada lagi Bimble yang selalu menjadi perhatiannya. Lorong dan koridor yang selalu menjadi tempat lepak Bimble kini kosong. Mizzle terasa hidupnya agak kosong.

Lonceng berdering. Semua pelajar sekolah beransur meninggalkan kelas masing- masing. Mizzle masih ada di dalam kelas. Dia perhatikan meja belajar Bimble yang kini kosong.

Hmmm. Mizzle pun tinggalkan kelas. Sampai sahaja di depan pintu gerbang sekolah, langkahnya mati.

     "Oi!"Bimble muncul dengan wajah yang masih marah. Sama seperti kelmarin. Mizzle undur selangkah dan terus melarikan diri.

BLoCKED SERENDIPITYOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz