CHAPTER 11: I'VE BEEN WAITING

73 10 0
                                    

BLOCKED SERENDIPITY
By HDH
CHAPTER 11: I'VE BEEN WAITING
————————————————
                🌸🌸🌸

      Pagi itu, bila Bimble terjaga dari tidur, dia terus mencari Mizzle. Tapi bilik Mizzle nampak sudah kosong, bermakna dia sudah benar- benar meninggalkan Apartment itu semalam. Pergaduhan semalam dia terus lupakan.

It's normal when people was arguing over something. Dan bila mendengar impian Mizzle malam tadi, dia memahaminya. Dia sempat membesar dan mempunyai peluang merasai kasih sayang seorang ibu, dan Mizzle langsung tidak ada semua itu. Mungkin normal jika dia mahu mencapai impiannya. Tiada yang salah.

Bimble duduk di sofa. Dia benar- benar rasa sunyi tanpa Mizzle di dalam hidupnya. Lalu, apa yang dia harus lakukan?

Mizzle tak bersalah. Dia sepatutnya tahu, dia tidak boleh mengawal hidup Mizzle. Dia sudah tentu mempunyai impiannya sendiri. Untuk mengheretnya di dalam hidupnya dengan cara paksaan adalah sangat tidak masuk akal.

Impian mereka berdua boleh dikejar suatu masa nanti. Ia boleh ditangguh. Mereka masih mempunyai banyak masa untuk menjadikan impian mereka satu kenyataan. Bimble masih boleh menunggu sampai masanya akan tiba nanti.

Kahwin? 18 tahun? Bimble tersenyum sendiri. Entah mana dia dapat kekuatan untuk mengatakan itu semua kepada Mizzle.

Mungkin disebabkan duit yang ada di dalam Apartment itu? Tapi dia lupa, Mizzle tidak perlukan itu semua. Dia tentu saja boleh memiliki lebih dari itu semua dengan caranya sendiri. Bimble tutup mata. Dahinya di urut perlahan dengan jemarinya. Dia sedang fikir, apa yang perlu dia lakukan untuk menghilangkan rasa bosan dan rasa rindu kepada Mizzle saat dia tidak berada di Apartment itu.

2 MONTH LATER

BIMBLE masuk ke dalam Apartment. Dia baru kembali dari pergi memancing hampir seminggu. Sejak Mizzle pergi, dia banyak habiskan masa pergi memancing dan masuk ke dalam hutan untuk berkhemah sendirian. Dia habiskan masa melukis sendirian dan memerhatikan dunia luar melalui cara hidupnya sendiri. Adakalanya dia tertawa sendiri.

Macam mana dia nak bahagiakan Mizzle dengan cara hidup yang membosankan seperti itu.

Yang membaca pun pasti rasa berat hati apa lagi Mizzle yang ada di situ dengannya. Bimble geleng kepala.

Dia akhirnya balik ke Apartmentnya petang itu dan mengemas Apartment yang sudah lama dia tinggalkan.

Bila dia buka HP, ada banyak mesej masuk. Ketika dia berada di hutan, dia langsung tidak berhubung dengan dunia luar. Bila dia dengar bunyi mesej masuk berkali- kali, Bimble terus membacanya. Satu persatu. Semuanya datang daripada Mizzle. Dia memberitahunya apa kegiatan yang dia lakukan sehari- hari di tempatnya berada kini. Bimble hanya tersenyum.

Dia periksa akaun media social Mizzle. Dia tersenyum. Whoa. Banyak yang berubah. Dia semakin dikenali orang ramai. Dan dia sangat cantik. Bimble tinggalkan penyapu lantai dan terus baring di sofa. Gambar Mizzle yang dihantar lewat whatsapp dia perhatikan satu- persatu.

       "My Mizzle." Bisik hati Bimble. Dia keletihan lalu tertidur.

🌸🌸🌸🌸

BIMBLE POV

It's was late at night when i hear my Apartment door was knocked.

Mulanya saya rasa malas nak  pergi buka. Tapi bila Handphone di atas meja mula bergetar, saya sudah tahu siapa yang ada di depan pintu.

Mizzle?!

Saya berlari membuka pintu. Dan tepat dugaan saya. Dia berdiri di depan pintu bersama dengan crown kemenangan dan gaun putih yang membuat jantung saya berdetak kencang. Oh Wow.

BLoCKED SERENDIPITYWhere stories live. Discover now