CHAPTER 8: FEELINGS

100 14 0
                                    

BLOCKED SERENDIPITY
By HDH
CHAPTER 8: FEELINGS
—————————————————————

       Menu makan malam yang disediakan oleh Mizzle membuat Bimble terharu. Sudah lama dia tidak menikmati makanan yang di masak seperti itu. Selepas ibunya meninggal dunia, dia hanya bergantung kepada makanan segera dan makanan yang dia pesan di luar.

Malam itu dia baru menikmati makanan yang sebenarnya.

Melihat wajah sedih Bimble ketika makan, Mizzle ikut sedih. Mengapa agaknya wajahnya seperti itu? Rasanya dia masak semua menu dengan sempurna. Tapi kalau tak sedap dan tak sesuai dengan selera Bimble, dia tak boleh salahkan dia juga .

      "Hmmm. Janganlah paksa telan makanan tu kalau tak nak telan. Tak sedap ke?" Mizzle kedengaran merajuk. Bimble pantas menggeleng.

Mizzle salah faham dengan reaksi wajahnya.

      "It's So good. Remind me of Mom. Dia masak macam ni juga. Sedap." Kata Bimble. Wajahnya menarik muka sedih. Mizzle serba salah. Nak telan nasi pun jadi susah. Dia letak sudu dan dia dekati Bimble.

      "Bimble... nak tanya sikit boleh?" Mizzle cuba ubah perhatian Bimble dengan hal lain yang mungkin boleh buat dia lupa tentang ibunya buat seketika. Bimble minum air. Dia berhenti mengunyah. Matanya fokus kepada Mizzle.

       "Apa dia?" Jawab Bimble.

       "What is Your dream?" Tanya Mizzle.

Bimble sentuh pipi Mizzle.

       "Should i tell you? I thought you already know." Jawab Bimble.

Mizzle hanya diam dan tarik senyuman nipis.

      "Orang boleh berubah. Kita berdua ada banyak masa lagi. We're still Young! Saya tak nak simpan harapan terlalu tinggi." Kata Mizzle.

Bimble hanya diam. Mungkin Mizzle masih tidak yakin dengan perasaannya? Mungkin dia anggap apa yang dia luahkan selama ini hanya mainan cuma? Atau hanya luahan perasaan seorang remaja lelaki yang masih terlalu mentah dan tidak tahu apa- apa tentang cinta dan tanggungjawab? Bimble genggam erat tangan Mizzle.

       "I already made my decision." Bimble bangun. Dia meninggalkan Mizzle di ruang meja makan sendirian untuk ke balkoni. Dia keluarkan kotak rokok dan merokok sendirian di situ sambil termenung jauh memerhatikan pemandangan kota malam.

Mizzle menghabiskan sup yang belum pun dia sentuh sejak tadi. Dia fokus kepada Bimble sampai dia lupa untuk makan. Tapi dia sendiri tidak yakin dengan perasaannya terhadap Bimble.

Did we attached to fast. But he seem very serious about It.

Tapi benda macam ni selalunya akan berakhir dengan tragis. What if perasaan dia cuma satu curiosity? Dan bila semua yang dia bayangkan sudah berlaku, dia akan tinggalkan semuanya dengan alasan, semuanya hanyalah satu kesalahan.

We're too Young.
I di It because we are too Young.
We Make mistake while we are Young. Everyone Make a mistake right?

No! Mizzle tidak mahu menjadi mangsa cinta monyet gagal yang bakal menghancurkan masa hadapannya. Tapi dia tak nafikan dia sangat peduli dengan Bimble. Tapi dia tidak tahu sama ada perasaannya itu cukup kuat untuk dia boleh hidup selamanya bersamanya.

Dia juga mempunyai impiannya sendiri. Dia perlu berjaya dan menjadi seorang yang dikenali ramai. Dia perlu menjadi sangat terkenal agar namanya sampai ke telinga ahli keluarganya yang telah membuangkan di rumah asuhan. Dia mahu mereka tahu, yang dia tetap boleh berjaya memiliki kehidupan yang luar biasa walaupun dia dibuang keluarga. Dia akan mencipta namanya sendiri tanpa kehadiran nama keluarga yang sebenar.

BLoCKED SERENDIPITYWhere stories live. Discover now