CHAPTER 5: MEMOIR OF LIFE

131 14 2
                                    


BLOCKED SERENDIPITY
BY HDH
CHAPTER 5: MEMOIR OF LIFE
___________________

SISTER ANGELA Masih menunggu Mizzle balik. Selalunya dia tidak pernah balik lewat macam ni. Sudah jam 6 petang. Dia masih tidak kelihatan di rumah. Dia tanya kanak- kanak asuhan yang lain. Semuanya tidak tahu kemana dia pergi. Dia tanya Lagertha yang pergi ke sekolah yang sama dengan Mizzle, pun ikut menggeleng.

Sister Angela terus ke bilik peribadinya. Di situ tempat dia berdoa selalu. Dan di situ juga ada bilik pejabatnya sendiri. Dia menghubungi seseorang dalam keadaan sembunyi- sembunyi seperti tidak mahu ada yang tahu dia sedang membuat panggilan itu.

"This is the First time. Sebelum ini dia tak pernah balik lewat macam ni."

"Saya tak kenal kawan- kawan dia siapa. Tak pernah dia ajak kawan atau kenalan dia ke tempat ini."

"Baiklah. Saya faham."

Sister Angela menamatkan panggilan itu. Dia nampak marah dan sedikit risau. Dia menukar pakaian dan bersedia untuk keluar. Mungkin dia mahu mencari keberadaan Mizzle.

Baru sahaja dia membuka pintu pagar, kedengaran suara Mizzle tertawa dan sepertinya sedang bercakap dengan sesorang di luar pagar rumah asuhan itu. Cepat kaki Sister Angela melangkah. Dia mahu tahu dengan siapa Mizzle sedang bercakap.

"Bye. See you tomorrow." Mizzle tersenyum lebar. Bimble berlari meninggalkan tempat itu tanpa menoleh lagi. Sister Angela menarik tangan Mizzle masuk ke dalam rumah.

"Mizzle, masuk !" Dia dengan tegas memanggil nama Mizzle masuk ke dalam rumah.

Mizzle hanya menurut.

"Ya sister."

PAP! Satu pukulan hinggap di punggung Mizzle. Terkejut Mizzle dibuatnya. Selama ini tidak pernah sister Angela memukulnya seperti itu.

"Siapa budak lelaki tu? Kenapa baru balik. Kenapa tak bagitau sister awak keluar..." marah sister Angela.

Mizzle terus memeluk sister Angela.

"I'm Sorry." Katanya. Sister Angela rasa bersalah. Tak pasal- pasal dia naik tangan. Bukan nak mendera, tapi dia risau.

"Siapa budak lelaki tu?" Tanya sister Angela. Dia ekori Mizzle naik ke biliknya.

"Itu Bimble. Kawan Mizzle." Mizzle ceritakan semuanya kepada sister Angela tentang Bimble. Dan cerita Mizzle begitu membuat Sister Angela terhibur.

"Really? So sekarang korang berdua dah mula berkawan?"

Mizzle angguk kepala. Dia juga tunjukkan sesuatu kepada Sister Angela.

"Look. He drew this." Mizzle keluarkan sebuah lukisan wajahnya yang dilukis oleh Bimble. Soket mata Sister Angela fokus kepada lukisan itu.

"He drew this?" Tanya sister Angela.

Mizzle mengangguk .

"I spent my whole day at his Apartment for this. Dia buat dalam 3 buah lukisan potret.. and one of them dia bagi dekat Mizzle.

Sister Angela hanya diam. Mizzle nampak gembira. Sister Angela tiba-tiba nak tahu juga, macam mana rupa budak yang dia sebut Bimble tu.

"Esok ajak lah dia ke sini... boleh sister berkenalan dengan dia." Tiba- tiba sahaja sister Angela berkata seperti itu. Mizzle tersengih.

"Mizzle cuba ajak dia dulu. Sebab esok Mizzle nak ke Apartment dia juga."

Sister Angela menjeling penuh makna.

"Again? I can trust you right? You don't know him that much. Kalau dari cerita Mizzle, kamu berdua baru sahaja berkawan baik. Don't be too naive Mizzle." Katanya dengan tegas. Mizzle angguk.

BLoCKED SERENDIPITYWhere stories live. Discover now