CHAPTER 9: PATHS OF LIFE

66 13 0
                                    

BLOCKED SERENDIPITY
BY HDH
CHAPTER 9: PATHS OF LIFE
——————————

       Lagertha masuk ke dalam Bullet train dalam keadaan tergesa- gesa. Dia nampak berada dalam keadaan takut dan berhati- hati pada masa yang sama. Di dalam Bullet train dia duduk sendirian. Dan jika ada yang lalu mendekati, dia sembunyikan wajah.

Apabila Bullet train itu sudah mula bergerak, dia nampak kena. Bag sandang dia pegang erat.

        "Finally i can Leave this town! I will never go back to this place again! Ever!" Jerit hati Lagertha. Dia sudah nekad.

___________

Ketika Bimble menjerit memanggil nama Mizzle di tengah keributan malapetaka yang berlaku, seorang kanak- kanak yang juga penghuni rumah asuhan itu datang menghampiri. Petugas yang sedang menenangkan Bimble membiarkan kanak- kanak itu mendekati Bimble.

       "Sana... Jom ikut saya.' Mizzle ada di situ." Kata kanak- kanak itu. Pantas Bimble ekori dia.

Di tengah sekumpulan orang awam, ada beberapa penghuni rumah asuhan yang sempat dikeluarkan sebelum rumah terbakar dengan total. Salah satu daripada mereka adalah Mizzle.

Tetapi keadaannya sangat tenat. Dia sedang diusung masuk ke dalam ambulance dan Bimble tidak sempat mendekati Mizzle yang kini sudah dibawa pergi dari tempat itu. Bimble tidak ada pilihan lain kecuali berlari mengekori ambulance itu ke hospital.

Hampir 3 jam dia menunggu, Bimble masih berada di ruang menunggu. Degup jantung yang sedang menggila kerana risau masih belum reda. Dia hanya boleh tenangkan diri dengan melelapkan mata walaupun jiwanya sedang berkeliaran.

       "Hey... awak... kawan Mizzle kan?"

Tiba- tiba suara itu kedengaran. Bimble
Buka mata. Seorang jururawat sedang berdiri di hadapannya.

      "Ya. Macam mana dengan Mizzle?" Tanya Bimble.

Jururawat tu hanya senyum.

      "Syukur dia Okay. Tapi awak belum boleh datang tengok dia. Dah lewat ni. Esok pagi baru datang semula ya." Kata Jururawat itu.

Bimble menggeleng.

      "Urmm. Saya nak pindahkan dia ke tempat lain boleh? Saya nak dia dirawat dengan lebih baik..." gesa Bimble tiba- tiba .

Jururawat itu hanya memandang Bimble.
____________

Mizzle meniup lilin hari jadinya. Semua kanak- kanak sedang menunggu dengan sabar ketika menyanyikan lagu hari jadi untuknya. Semua mahu menikmati kek itu sebentar lagi.

Namun, hari gembira berubah drastik. Rumah asuhan tiba- tiba menjadi gelap dan kedengaran bunyi letupan dari arah dapur. Kanak- kanak menjerit ketakutan. Tiba- tina sahaja api memenuhi ruang rumah asuhan itu.

Sister- sister yang panik bertindak membawa kanak- kanak asuhan keluar. Mizzle masih dalam keadaan terkejut. Bila dia sedar sesuatu yang buruk sedang berlaku, dia tarik kanak- kanak keluar dari rumah itu .

Boom! Satu letupan kuat berlaku lagi. Mizzle dan beberapa kanak- kanak yang ada bersamanya terhumban jauh ke luar kediaman asuhan itu.

—————-

       "Arghh!" Mizzle menjerit. Dia buka mata dan dia tidak berada di rumah asuhan lagi.

Hmmm! Dia lihat sekeliling.

       "Mizzle? Awak dah sedar? Jangan risau. Awak ada di Hospital. Kami akan jaga awak sehingga awak sembuh ya." Seorang wanita berpakaian serba biru datang mendekati Mizzle. Dia periksa keadaan Mizzle dan berborak dengan beberapa rakannya yang ada di situ.

BLoCKED SERENDIPITYWhere stories live. Discover now