CHAPTER 7: DREAM

81 11 0
                                    

BLOCKED SERENDIPITY
By HDH
CHAPTER 7: DREAM
————————————————————

       Bimble!

Mizzle menolak bila dahinya hampir menerima ciuman daripada Bimble.

      BUKK!
Lagertha terduduk di atas lantai. Dia mengaru kepala. Dia terbangun bila melihat Mizzle menyebut nama Bimble berulang kali dalam tidurnya. Dia mendekati Mizzle untuk memastikan dia dalam keadaan baik. Tetapi tiba- tiba sahaja dia ditolak.

      "Ish. Mimpi apa si Mizzle ni. Sakitnya... dalam tidur pun boleh tolak orang." Lagertha bangun perlahan. Dia perhatikan sahaja Mizzle menolak- nolak dinding di tepi katil sambil menyebut nama Bimble. Lagertha tertawa sendiri. Dia ambil bantal tidurnya lalu dia buang ke arah Mizzle.

        DUSHH! 
Pukulan bantal itu menghempap kepala Mizzle. Ketika itu, Mizzle yang sedang dibuai mimpi terkejut bila tiba- tiba sahaja Bimble tolak dia dari bangunan yang tinggi.

      "Arghh!"Mizzle terus terjaga. Dia bangun dan menoleh kiri dan kanan. Kemudian dia pegang bahu dan dahinya. Lagertha menjeling penuh makna.

      "Amboi. Sampai sebut- sebut nama Bimble dalam tidur. Awak mimpi apa tadi?" Usik Lagertha. Mizzle nampak kebingungan .

Oh. Semuanya hanya mimpi. Tapi ciuman tadi betul- betul terasa di dahinya. Dia mencekup bibirnya. Ohh. Bimble tolak dia dari bangunan yang sangat tinggi. Hmm.

He kissed me on the lips too? Semuanya mimpi. Mizzle memeluk bantal tidur. Hampa atau lega? Dia hanya diam.

Lagertha menggeleng. Tsk. Tsk. Tsk.

       "Kita dah nak Exam ni Mizzle. You spent too much time with Bimble. Sampai termimpi- mimpi macam ni... awak dan dia... ada hubungan apa sebenarnya?" Tanya Lagertha.

Mizzle geleng kepala. " Kawan." Jawab Mizzle acuh tak acuh.

        Dia cuba sambung tidur semula tetapi gagal. Perasaannya tidak enak. Dia asyik memikirkan Bimble. Mizzle cari Handphone bawah bantal. Dia scroll skrin sejenak, check whatsapp dan tiada apa- apa pesanan daripada Bimble.

      "Bimble. What's wrong." Mizzle tertanya- tanya dalam hati. Dia cuba menghubungi Bimble. Panggilannya tidak dijawab sejak petang tadi.

Mizzle cuba lagi. Bimble tidak menyambut panggilannya. Mizzle membungkamkan wajah di atas tilam.

       "Why? Did Something happened?" Tanya Lagertha. Dia juga tidak boleh tidur. Jam sudah menunjukkan jam 12:30 AM. Mereka mula masuk tidur dalam jam 10 PM. Itu adalah peraturan di rumah asuhan itu.

      "Bimble tak balas whatsapp dan tak jawab call." Luah Mizzle.

Lagertha tersenyum.

      "So awak risau lah ni? Sampai tak Boleh tidur awak risaukan Bimble? sebab dia tak jawab call dan tak Jawab WhatsApp. By the way, jauh ke apartment Bimble dari rumah asuhan ni?" Tanya Lagertha.

Mizzle geleng kepala.

     "Tak lah jauh sangat. Maybe dalam 3 km. Kalau jalan kaki pun tak ada masalah. But kenapa awak tanya?" Mizzle memerhatikan kotak yang sister Angela berikan kepadanya. Dia ambil kotak yang dia letak tepi meja itu dan dia buka sejenak.

Lagertha curi pandang. Sejak tadi dia agak tertarik dengan kotak di tepi meja milik Mizzle. Belum pernah dia lihat kotak itu sebelum ini.

       "Kotak apa tu? Hadiah ke?" Tanya Lagertha. Mizzle geleng kepala.

       "Nothing. Jom lah tidur. Esok lepas balik sekolah saya akan ke Apartment Bimble." Gesa Mizzle. Lagertha angguk kepala. Setuju.

Mereka berdua pun sambung tidur semula.

BLoCKED SERENDIPITYWhere stories live. Discover now