"Eh, nak balik dah ke? Tak makan dulu? Aara tak ajak makan ke?" tanya Aihan yang baru sahaja selesai menunaikan solat maghrib. Menegur Eleanor di muka pintu rumah yang sedang memakai kasut dan sarung tangan.
"Ha'ah, saya nak balik. Sorry tak dapat join dinner." Tergopoh-gopoh Eleanor memakai helmet.
Atas bawah Aihan memandang Eleanor yang masih berbaju kurung tetapi telah disarung jaket hitam di luar.
"Kau masuk dulu kejap," arah Aihan.
"Aik? Kenapa? Saya dah lambat ni. Nak balik..." bantah Eleanor.
"Jangan degil. Kau masuk dulu kejap," arah Aihan lagi dan terus berlalu ke biliknya.
'Ish dia ni kenapa. Aku dah lambat lah gila...' getus hati Eleanor sedikit marah.
Kembali Eleanor membuka helmet dan kasutnya lalu melangkah masuk kembali ke dalam rumah.
Tidak lama selepas itu, keluar Aihan dari bilik dan menghulur hoodie berwarna kelabu ke arah Eleanor.
"Nah, pergi tukar baju kurung kau tu. Pakai hoodie ni," gesa Aihan.
"Buat apa tukar?" tanya Eleanor pelik. Aryssa dan Sofiyah yang baru keluar dari dapur memerhati gelagat Aihan dan Eleanor di muka pintu rumah mereka.
"Malam-malam ni kau merempit atas motor pakai baju kurung, karang kalau ada lelaki ikut kau balik rumah macam mana? Pakai hoodie ni. Nanti orang tak tahu yang bawa motor tu perempuan. Faham?" Terkebil-kebil Eleanor, Aryssa dan Sofiyah.
"Ha'ah, tukar lah baju dulu Lea. Umi pun takut Lea bawa motor malam-malam ni. Dengar cakap Han tu. Dia tu garang. Umi takut," gurau Sofiyah.
Tersipu-sipu Eleanor ditegur Sofiyah.
"Baik umi, Lea tukar sekejap." Eleanor jalan menunduk depan Sofiyah lalu meminjam bilik Aryssa untuk menukar baju.
"Bila aku cakap, banyak bunyi. Umi cakap terus je pergi tukar," rungut Aihan. Aryssa yang sedari tadi diam mula mengecilkan mata ke arah Aihan.
"Kau kenapa caring sangat ni Han? Selalu kau tak ambil pusing pun hal orang?" Aryssa mula mengesyaki sesuatu. Aihan hanya menjeling kakaknya malas mahu melayan.
Tidak lama selepas itu, Eleanor keluar dari bilik dan bersalam dengan Sofiyah sebelum pamit untuk pulang.
"Nanti saya pulangkan baju awak ni. Thanks Han," ucap Eleanor sambil memakai kasut dan helmet sekali lagi.
"Tak payah, kau ambil je. Hoodie aku berlambak," jawab Aihan dan terus berlalu ke dapur setelah berpuas hati melihat pakaian Eleanor.
Usai sahaja solat Isyak, riuh meja makan rumah Aryssa apabila masing-masing mula menjamu selera dan berbual bersama keluarga Ku Adlee.
"Aara, next week ikut mama pergi fitting baju nikah dan sanding ya. Preparation kena laju-laju ni sebab sebulan je Aara dan Lee bertunang kan?" Kamilah bersuara.
"Err, kalau tangguh jadi dua bulan bertunang boleh ke mama?" soal Aryssa perlahan. Bukan apa, terasa cepat lah pula nak kahwin.
"Nope, sebulan je. Tak payah lambat-lambat. Benda baik kena dipercepat, kan ayah?" bantah Ku Adlee.
"Betul tu Lee. Sebulan pun dah cukup. Korang berdua pun dah kenal dari sekolah kan. Lama sangat dah tu bermain mata," jawab Arian.
"Amboi, ada back up nampak?" bisik Aryssa pada Ku Adlee yang sedang duduk makan di sebelahnya. Ku Adlee hanya tersenyum dan menaikkan ibu jarinya ke arah Arian.
Tergelak semua yang berada di meja makan itu melihat telatah Ku Adlee dan Arian.
"Hah, lagi satu Yan, lepas ni tak payah dah datang rumah aku jadi driver Raina dan Raisa. Kau rehatlah Yan dengan Sofi," ujar Kamilah.
"Tapi hutang aku tak terbayar lagi Kamilah."
"Kau tak ada hutang pun dengan keluarga aku, yang berhutang tu arwah Ariq. Dia pun dah dihukum Yan. Cukup lah tu. Aku bagi kau kerja dekat rumah tu pun sebab kau yang beriya. Tak payah pun sepatutnya," lembut Kamilah memujuk.
"Tak apa ke Ina, Icha? Pak Yan tak hantar ke universiti lagi dah lepas ni..." tanya Arian.
"Eh, tak apalah Pak Yan. Lagi pun mama dah hire driver baru dah.." jawab Raina.
"Tapi mesti tak best macam Pak Yan.. Pak Yan selalu rajin layan kitorang bawa pergi singgah shopping mall lepas habis kelas," muncung mulut Raisa menjawab.
"Arian! Kau bawa budak berdua ni mengular? Patut lah kadang-kadang lambat diorang balik rumah!" bebel Kamilah dengan jegil matanya pada Arian.
"Alamak, sorry Pak Yan terbocor rahsia kita," Raisa menutup mulut.
Tersengih-sengih Arian menggaru kepalanya yang tidak gatal.
*****
Penuh karisma langkah Ku Adlee melangkah masuk ke ruang lobby pejabatnya. Sekejap-sekejap kepalanya mengangguk kepada staff yang menegur 'Morning Tuan' atau pun 'Morning Ku Ad'.
Selalunya staff wanita yang terasa dirinya rapat dengan Ku Adlee sahaja memanggil Ku Adlee sebagai Ku Ad. Acah terpaling rapat lah tu pakai nama manja!
"Fariha, come in." Tersentak gadis itu yang sedang meneguk air kopi yang baru dibancuhnya.
Fariha menjeling ke arah tuannya yang laju masuk ke bilik pejabat.
Nasib tak tersedak kopi. Kot iya pun bagilah salam ke apa. Muka je handsome tapi...
Merungut-rungut pun tangannya tangkas mengambil fail-fail untuk disemak dan ditandatangan Ku Adlee.
"Morning tuan," sapa Fariha sopan.
"Ni fail submission yang akan dihantar hari ni Tuan." Perlahan dua fail diletakkan di meja besar ku Adlee.
"Okay, thanks. Fariha, last week I cuti Jumaat tu, please jangan ada sesiapa tahu I cuti sebab I bertunang," pinta Ku Adlee.
"Baik Tuan. Tapi kenapa Tuan nak rahsiakan?"
"Dalam Islam kan pertunangan seeloknya dirahsiakan," jawab Ku Adlee mendatar.
"Ooo, ingat Tuan nak sorok Cik Tunang," perlahan suara Fariha cuba bergurau.
"Boleh jadi juga I nak sorok tunang. Tunang I tu cantik, comel, sweet. Biarlah I simpan untuk I sorang je," sengih Ku Adlee membalas. Tidak sangka dia akan seangau ini selepas bertunang.
'Elok lah aku kahwin cepat. Dah dalam kategori terdesak dah ni,' getus hati Ku Adlee.
Meremang bulu roma Fariha mendengar balasan dari Tuannya itu. Buat dia lagi tertanya-tanya siapalah yang dah curi hati beku Tuannya ini.
Mahu juga berterima kasih kerana sejak angau, beku Tuannya pun dah mula mencair. Selalu dalam mood baik pun iya juga.
'Senang kerja aku kalau hari-hari macam ni,' getus hati Fariha.
"Aww, so sweet. Insyaallah I zip zap mulut sampailah kad kahwin Tuan sampai ke seluruh warga office ni nanti," senyum Fariha.
"Thanks Fariha. That's all for now. You can leave," senyum Ku Adlee tiga saat sebelum wajahnya kembali beku menatap fail dihadapannya.

YOU ARE READING
LEE'S: HIS SAVIOUR | C | ✔️
Romance1st HIS Series Ku Adlee Raiz x Aara Aryssa 'Hope to see you again' - KAR Nota yang ditinggalkan menjadi seribu tanda tanya buat Aara Aryssa. Kelakuan dan prihatin lelaki beku itu membuatnya keliru. Adakah mereka berkongsi perasaan yang sama? 10 tahu...