🤍 BAB 50

4.2K 130 0
                                    

Terjengul kepala Naim di pintu rumah sewanya. Letih pulang bekerja di syarikat kecil yang terletak jauh dari rumah. Hampir dua jam perjalanan menempuh jem setiap hari. Kesal juga tidak dapat bekerja di KR Builders lagi setelah dibuang oleh Ku Adlee.

Heh, lagi sanggup aku ulang alik kerja dua jam dari kerja di bawah Ku Adlee lagi. Walau lelaki itu seorang majikan yang baik, tetap diri tidak boleh menerima hakikat yang kawannya itu melebihi segalanya dari dia.

Kelihatan Raja Emir khusyuk bermain Playstation milik Naim di ruang tamu tidak sedar akan kepulangan tuan rumah itu.

Terasa sofa yang diduduki Raja Emir seperti dihenyak seseorang di sebelah.

"Kau bila nak balik rumah family kau? Sampai bila nak menyorok dekat sini?" soal Naim. Mujurlah pak su dan mak sunya tidak ke sini mencari anak lelaki mereka ini.

"Malas lah, papa dah tahu aku drop degree."

"Yang kau drop asal? Lagi sikit je nak habis. Bodoh jugak kau ni pun. Nak kahwin dengan Aryssa konon. Lepas tu kau nak bagi dia makan apa? Degree tak habis, bapak kau suruh kerja dekat company dia tapi kau tak nak. Pelik lah kau ni. Memang patut lah Aryssa tu kahwin dengan Adlee," bebel Naim sambil melonggarkan tie di leher.

"Bising ah kau ni. Aku tahu lah nak arrange hidup aku. Aku benci orang arah-arah aku buat benda aku tak nak. Aku dah dapat Ryss nanti tahulah apa aku nak buat untuk sara hidup kitorang. Sekarang ni, tolong aku dapatkan dia dulu. Baru sembang benda lain," ujar Raja Emir.

"Hmm, aku dah bagi info Adlee tak ada dekat sini, kau bila nak culik minah tu? Adlee tu tak ada tiga hari je. Lusa dia balik dah."

Terhenti tangan Raja Emir menekan console di tangan.

"Kau kenapa tak cakap Ryss ada bodyguard sekarang?"

"Bodyguard? Seriously? Berapa orang?"

"Sorang je lah."

"Lah, aku ingat sampai sepuluh orang ke apa. Sorang je ke Adlee mampu nak hire? Heh," sinis senyuman Naim.

Raja Emir meraup wajahnya dan melepaskan keluhan.

"Aku kalau boleh tak nak berkasar dengan Ryss. Aku sayang dia. Lama dah aku kawan dengan dia. Aku tak sanggup nak guna kekerasan dekat dia. So aku nak, kau settlekan laki dia. Once laki dia settle, baru aku boleh ambil Ryss dengan mudah."

"So, bilanya nak aku settlekan?" tanya Naim teruja.

"Kita stay low dulu, usyar dari jauh. Ada masa sesuai, baru kita attack," pesan Raja Emir serius. Naim mengangguk setuju. Dia tidak kisah, bila-bila pun dia boleh bertindak.


*****


Aryssa melangkah masuk ke dalam kafe berdekatan dengan pejabatnya. Pagi-pagi lagi dia menerima mesej dari Kaisara sepupu kepada Ku Adlee menyatakan hasrat ingin berjumpa sebentar dengan Aryssa ketika waktu lunch.

Tersenyum Kaisara dari jauh melihat Aryssa berjalan menuju ke meja yang didudukinya.

"Hai Aara," sapa Kaisara mesra sambil menjemput Aryssa duduk di kerusi bertentangan dengannya.

"Hai Sara, sorry lambat, balas Aryssa tersenyum lalu melabuhkan punggungnya di kerusi.

"Sorry, Sara kacau waktu lunch Aara. Aara ada nak pergi mana-mana ke lepas ni?" soal Kaisara sambil melihat pakaian Aryssa yang nampak santai dengan berseluar jeans gelap bersama t-shirt longgar berlengan panjang berwarna kelabu kemas di tuck-in ke dalam seluar jeansnya. Selendang bercorak berwarna kelabu menjadi pilihan Aryssa.

'Cantik betul isteri kau Lee. Simple tapi cantik sangat,' getus hati Kaisara.

"Tak apa Sara. Aara nak pergi site lepas lunch ni."

"Oh, patutlah Aara pakai safety boot. Sara dah pelik dah, ingat Aara pakai safety boot tu sepanjang hari. Nak pergi site rupanya," tergelak kecil Kaisara.

Aryssa hanya tersenyum membalas. Tidak tahu kenapa dia rasa janggal dengan Kaisara sejak insiden di meja makan hari tu.

"Sara nak jumpa Aara kenapa ya?" soal Aryssa sambil menyedut air coklat yang baru sahaja dipesannya ketika baru sampai tadi.

"Oh ya, emm, Sara nak minta maaf bagi pihak mak long. Hari tu lepas makan, tak sempat nak jumpa Aara. Sara rasa serba salah bila mak long ungkit kisah lama Sara dengan Adlee dulu."

Berdebar rasa hati Aryssa. Kenapa ya dengan masa lalu mereka? Ada apa-apa yang dia tidak tahu ke? Jauh melalut dah fikirannya saat ini.

"Aara jangan risau, tak ada apa-apa yang serius pun dulu. Untuk pengetahuan Aara, jujur dulu memang Sara ada hati dekat Lee. Dari sekolah Sara simpan perasaan dekat dia. Cuma tu lah, Lee ni dia tak suka layan perempuan. Perempuan yang dia layan baik, adik beradik dan mama dia je," jelas Kaisara lagi.

"Puas Sara cuba pikat hati dia. Sara belajar masak, every weekend Sara datang mansion, hantar makanan dekat dia. Tapi dia tetap tak peduli dekat Sara. Sampai lah satu masa tu, Sara geram sebab dia ignore Sara. Sara peluk dia dari belakang depan semua orang dekat mansion tu. Dia mengamuk teruk sangat waktu tu. Sejak tu, dia benci dengan Sara. Dia langsung tak nak tengok muka Sara. Mak long puas pujuk Lee kahwin dengan Sara sebab Sara kemurungan kena reject dengan dia. Lee berkeras tak nak," panjang lebar Kaisara buka cerita.

"Jadi, apa yang buatkan Sara move on dengan Adlee?" soal Aryssa. Kelat pula rasa air coklat di hadapannya ini. Ada orang peluk abang sebelum Aara rupanya. Huwaaaa! Seperti mahu menjerit geram rasanya sekarang ni.

"Lee cakap dia tak ada hati dengan perempuan lain. Ada satu nama je yang ada dalam hati dia. Kalau perempuan tu dah jadi milik orang lain, then that's it. Dia tak akan terima mana-mana perempuan lagi. Dia sanggup membujang. Keras betul hati Lee waktu tu," jawab Kaisara tersenyum.

"Siapa?"

"I don't know. I guess, it's you. Sara terus give up waktu tu. Kebetulan lepas tu Sara kenal dengan suami Sara sekarang. Alhamdulillah kahwin."

"Sara minta maaf lagi sekali bagi pihak mak long. Sara nak Aara tahu, Sara betul-betul dah tak ada hati pada suami Aara. Benda dah lama lepas. Sara harap, Aara tak ambil hati ya? Jaga lah Lee sebagaimana Lee jaga hati dia untuk Aara," senyum Kaisara lagi.

"Pasal mak long tu, Sara jangan risau, Aara dah lupakan. Sara dah ceritakan semuanya ni pun, Aara dah rasa lega. Tak apa, benda pun dah lama lepas kan? Aara okay je. Sara jangan lah rasa serba salah sangat..." ujar Aryssa dan kembali menyedut air coklatnya.

"Thank you Aara, lega dah rasanya. Berapa hari Sara terfikir-fikir perasaan Aara lepas kejadian tu. Tengok Lee mengamuk hari tu pun dah buat Sara seram. Teringat terus memori lama kena tengking dengan dia. Hahaha," terlepas tawa Kaisara dan Aryssa.

LEE'S: HIS SAVIOUR | C | ✔️Where stories live. Discover now