🌼 BAB 23

4.2K 158 0
                                    

Tepat 1 petang, sunyi suasana di tingkat bilik pejabat Ku Adlee Raiz. Tinggal Ku Adlee di biliknya menyemak fail di meja sambil mengunyah roti Subway yang telah dipesan melalui Food Panda oleh Fariha.

Fariha sudah mengerti akan perangai Ku Adlee yang tidak akan keluar makan tengahari selagi kerjanya belum selesai. Ku Adlee pernah berpesan pada Fariha jika hari submission tiba, Fariha hanya perlu memesan makanan untuk mereka berdua dengan menggunakan kad banknya.

Tidak perlu membuang masa keluar dari pejabat untuk makan tengahari.

Ting!

Bunyi notifikasi Whatsapp masuk.

Ku Adlee tidak menghiraukan dan masih meneruskan kerjanya.

Ting!

Tidak sampai dua saat kedengaran lagi bunyi notifikasi.

Ting!

Ting!

Ting!

Ting!

Ku Adlee merengus kerana terasa kerjanya diganggu oleh bunyi notifikasi di telefonnya. Diambil telefon dan melihat gerangan yang menganggu.

Aara Sayang

- Ad...


Aara Sayang

- Ad...


Aara Sayang

- Ad...


Aara Sayang

- Ad...

Terus berubah mood Ku Adlee melihat telatah Aryssa. Selagi tak ada respon, selagi itu Aryssa akan spam Whatsappnya.

- Yes, baby. Why?

Aara Sayang

- Don't call me baby

- Suits you tho 😚

Aara Sayang

- Geli

- Kau dekat mana?

- Office syg. Kenapa tu?

Aara Sayang

- Oww, okay! Stay there. Nanti ada delivery boy
datang. Nanti minta tolong PA kau ambilkan
cupcake dekat boy tu okay? Aku ada buat
3 box. Boleh share2 dengan staff kau sekali


Terangkat kening Ku Adlee membacanya sambil jarinya menekan punat interkom di meja.

"Fariha, boleh turun dekat lobby tak? Tunggu delivery boy send some cupcakes. Nanti ambil and bawa naik atas," arah Ku Adlee.

"Baik Tuan." Laju langkah Fariha ke arah lif untuk turun ke lobby. Tidak sampai 10 minit, Fariha sudah terjengul di pintu bilik pejabat Ku Adlee sambil menjinjit paper bag yang berisi 3 kotak cupcake.

LEE'S: HIS SAVIOUR | C | ✔️حيث تعيش القصص. اكتشف الآن