Sunyi di dalam Range Rover putih milik Ku Adlee yang dipandu Aryssa. Menjadi kebiasaan jika dia tinggal di mansion, Range Rover putih itulah yang dia lenjan ke sana ke sini.
"Akak, kenapa Civic hitam dekat belakang kita ni macam follow kita je?" Cemas nada suara Raifa. Sekejap-sekejap matanya mengerling side mirror kiri kereta.
"Oh, memang dia ikut kita Rai..." serba salah Aryssa nak beritahu tentang bodyguardnya. Nanti apalah kata Raifa.
"Kenapa dia ikut kita? Rai takut kak. Kenapa akak nampak rileks je ni?" Laju tangan Raifa mencari telefon bimbitnya.
"Rai, Rai... No, It's okay. Tu Chad. Bodyguard abang Adlee," beritahu Aryssa.
"Bodyguard??" tersengih Aryssa. Aduh segan dibuatnya.
"Kenapa Abang Lee hire bodyguard? What happened Kak Aara?" soal Raifa cemas.
"Rai janji dengan akak, Rai takkan bagitahu mama boleh? Akak tak nak mama risau." Raifa mengangguk lalu membuat isyarat mulutnya di zip lalu kunci zip dibuang ke luar tingkap.
Puas Aryssa bercerita tentang peristiwa honeymoonnya dengan Ku Adlee yang diserang Raja Emir dan Naim, dan beberapa kali Raja Emir cuba bertemu dengannya ketika ketiadaan Ku Adlee.
Terlopong mulut Raifa. Tangannya kelihatan menggigil sambil menutup mulutnya.
"Ya Allah Abang Naim! Abang Naim!" jerit kecil Raifa dengan mata terbuntangnya.
"Ke– kenapa Rai?" soal Aryssa pelik.
"Ya Allah, patutlah Abang Naim asyik tanya Rai aktiviti Abang Lee! Rai tahu dia dah tak kerja dengan Abang Lee. Dia kata dia berhenti sebab kena kerja dekat company pak cik dia. Rai percaya. Rai keep cerita apa aktiviti Abang Lee dan bila Abang Lee outstation. Ya Allah, rupanya dia bersekongkol nak harm akak dengan Abang Lee! Rai tak tahu akak," pecah tangisan Raifa di kerusi penumpang sebelah Aryssa.
Terpempan Aryssa dengan kata-kata dari Raifa. Kereta sudah diberhentikan di hadapan HQ KR Builders untuk menurunkan Raifa.
Matanya tidak berkelip cuba menghadam kata-kata Raifa sebentar tadi.
"Akak, Rai minta maaf!" Raifa menarik tangan Aryssa dan dicium semahunya meminta ampun.
"Rai buta cinta, Rai cintakan Abang Naim sampaikan Rai tak tahu perangai sebenar dia pada Abang Lee. Ya Allah, Rai risaukan Abang Lee tapi rupanya Rai penyebab Abang Lee hidup lagi susah! Ampunkan Rai Kak Aara. Rai sumpah tak tahu. Kau tunggu Naim. Kau tunggu..." menggigil suara Raifa menahan marah.
"Rai, it's okay. Tak apa. Rai jangan buat apa-apa. Bahaya. Dorang pun dah lama tak kacau akak," pujuk Aryssa.
"Tapi Naim tahu Abang Lee tak ada dekat sini sekarang. Akak dalam bahaya," bergetar suaranya cuba mengawal rasa takut.
Terdiam Aryssa. Cuba menenangkan dirinya yang sudah mula berasa cemas.
"Tak apa, Chad ada. Rai jangan risau okay?" Dielus lembut kepala Raifa yang ditutup tudung bawal merah itu.
"Akak, kalau jadi apa-apa, terus call Rai okay? Rai masuk office dulu."
"Okay Rai, balik nanti akak tunggu sini jemput Rai."
"Okay kak. Babai," dikesat air matanya sebelum turun dari kereta. Perlahan kereta Aryssa bergerak menuju ke pejabatnya pula.
Khusyuk Aryssa menatap laptopnya membuat comparison harga yang baru diterima dari sub-kontraktor sambil menyedut air ribena yang dibelinya tadi sebelum masuk ke pejabat.

ANDA SEDANG MEMBACA
LEE'S: HIS SAVIOUR | C | ✔️
Romance1st HIS Series Ku Adlee Raiz x Aara Aryssa 'Hope to see you again' - KAR Nota yang ditinggalkan menjadi seribu tanda tanya buat Aara Aryssa. Kelakuan dan prihatin lelaki beku itu membuatnya keliru. Adakah mereka berkongsi perasaan yang sama? 10 tahu...