6

10.5K 471 7
                                    

"AKU tak pentingkan dalam hidup dorang," Lirih. Suara berbaur kecewa. Raut wajah Elyssa jugak nampak sendu.

Jemari Elyssa dia sentuh perlahan. Lalu genggam. Segaris senyuman terukir di bibir.

"Kau okay tak?"

Pandangan dilontar ke tasik yang berhadapan dengannya.

"Okay." Sepatah. Dalam suaranya.

Anne menghela nafas kecil. Semakin eratkan genggaman pada jemari temannya. Sedut nafas dalam-dalam, lalu dia hembus panjang.

"Aku kenal kau dah lama El. Kau boleh tipu diri kau, tapi bukan aku."

El hanya ketawa kecil. Namun nampak janggal. "Kau je boleh nampak sisi rapuh aku, Anne"

"Kau sebenarnya sakit kan? Saki dalam ni." JAri Anne menunjuk tepat ke hati Elyssa.

Diam. Bibir kelu sesaat. Dia melontar pandangan ke sepasang suami isteri yang sedang bergurau sambil berjalan. Alangkah bahagianya jika dia pun mempunyai keluarga macam itu. Dia berharap suaminya akan menyayangi dia sebagaimana lelaki tadi menyayangi pasangannya. Jika dia tidak bahagia dengan keluarganya. Dia harus bahagia dengan suaminya.

"I get jealous over a liltle things, right? Kau tengok pasangan  tu." Jaring menunding ke arah keluarga tadi.

Anne menoleh.

"Pasangan tu nampak bahagia. Family aku pun tak boleh bahagia kan aku, jadi aku nak suami yang boleh bahagiakan aku,"

Pantas Anne alih pandangan kearah Elyssa. Mata Elyssa seperti berkaca.

"Kau terlalu fikir negatif El. Tiada mak ayah yang tak sayangkan anak. Aku yakin mummy daddy kau sayangkan kau. Cuma diorang tak tunjuk."

"Nope." Elyssa menggeleng kepalanya.

"Kalau betul dia sayang aku. Diorang takkan sesuka hati tengking aku, marah aku, hina aku. Seolah aku takde perasaan. Aku sakit Anne. Sakit. Tapi pada siapa je aku nak mengadu. Aku jadi macam ini disebabkan dorang. Salah aku ke dilahirkan didunia ini?" Sambung Elyssa lagi. Matanya sudah berair. DIa menyeka air mata yang telah jatuh. Dia taknak nampak lemah.

"El... Aku tahu, kau jadi dingin, tak bergaul dan sertai team disebabkan dorang. Tapi ingat El, kau tak salah lahir atas dunia ini. Jangan fikir bukan-bukan. Aku harap, suatu hari nanti kau akan jumpa prince charming yang dapat sembuhkan hati kau." Jawab Anne.

"Sudah lah. Aku malas nak fikir. Yang penting sekarang ni, aku dah boleh join team." Kening dijongket berkali-kali. Dia buat gaya muka puas hati. Gembira habis!

"Yes! That's my girl!" peluk Anne.


☘☘☘


Selesai Ian Darren membersihkan diri, tubuhnya direbahkan di atas katil. Tangan kanan diletakkan di atas dahi. Fikirannya terganggu. Dia memikirkan perempuan itu. Perempuan yang melanggarnya. Perempuan yang menumpang balik dengannya.

"Aku ni dah kenapa?" Ian menggeleng geleng kepalany. Supaya fikirannya itu kembali normal.

Tidak lama kemudian, telefon bimbitnya berbunyi tanda ada orang menelefonnya. "Hmm. Nak apa?" jawab Ian malas.

"Viper ajak pergi markas. Ada benda nak bincang. Cepat! Aku dah on the way ni." Fahim berkata selepas mendengar suara Ian menjawab.

"Yela. Aku bersiap jap. Nanti aku sampai." Ian terus bangun menukar pakaian. Dia mengenakan turtleneck hitam dan seluar berwarna hitam. Rambutnya digayakan dengan kemas. Selepas puas dengan penampilannya, Ian mengambil kunci keretanya.

HAYYES DARREN ©️Where stories live. Discover now