25 (TW)

11.5K 518 31
                                    

TERKEJUT mereka semua yang berada di situ mendengar jeritan Rose. Datin Farida, Dato Malek dan Arshad terus berlari ke bilik tetamu yang berada di dapur. Tetamu yang berada di rumahnya pun di minta balik. Rosak majlis.

Firash juga berada di situ kerana dia datang bersama Ian. Tidak sangka ini yang akan berlaku terhadap kawannya. Ian di minta untuk menelefon kedua ibu bapanya, untuk menyelesaikan kes ini. Walaupun bukan salahnya, tapi dia sedikit pun tidak menghalang Elyssa dari memeluknya.

Mereka semua berkumpul di ruang tamu. Muka Rose merah dan nafasnya tidak teratur kerana menahan nafas. Lelaki yang dia suka berpelukan dengan adiknya.

"Apa kau buat ni Elyssa?! Kau memalukan aku! Kau berpeluk dann berduaan dengan lelaki dalam rumah ni dan lelaki tu kawan kakak kau sendiri!" Mata Dato Malek berapi. Dia bukan apa, dia malu dengan tetamu bila melihat perangai Elyssa.

Elyssa menunduk, kepala yang pening di tahan. Dia akui, memang salah dia bertindak sejauh itu. Dia sudah cuba untuk menjauhkan diri daripada manusia, tapi salah lelaki itu masuk ke bilik tetamu. Biasalah, perempuan mana salah.

"Tak habis-habis memalukan aku!" jerkah Dato Malek.

"Kau sedar tak apa yang kau buat Elyssa? Hidup kau selalu menyusahkan aku! Tak cukup kau bunuh abang kau sendiri, sekarang kau menconteng arang ke muka aku dengan daddy!" marah Datin Farida. Elyssa selalu membuat dia marah.

Membulat mata Ian dan Firash mendengar perkataan bunuh yang keluar daripada mulut Datin Farida.

"Please! Don't talk about abang Eiyad! Benda ni takde kena mengena dengan abang Eiyad!" keras suara Elyssa berbunyi. Bukan depan tetamu. Cukup rahsia ini hanya keluarga sahaja yang tahu.

"Aku nak kau kahwin dengan dia! Aku tanak dengar apa-apa alasan, kau kahwin dengan lelaki ni!"

Birai mata Elyssa terasa basah. Dia tak melakukan apa-apa dengan lelaki itu. Tapi kenapa kena kahwin. Hanya untuk menutup malu ahli keluarga? Hatinya? Dia langsung tidak cintakan lelaki itu.

"El taknak! Jangan nak paksa Elyssa!" bentak Elyssa.

"Kau jangan nak lawan cakap aku!"

"Pernah ke El lawan cakap daddy? Selama ni daddy maki, marah El. Sikit pun El tak lawan. Tapi yes, kebelakangan ni El lawan cakap daddy. Sebab El tak tahan asyik kena fitnah! Sedangkan benda tu El tak buat! Mummy daddy ingat El ni patung ke? Yang sesuka hati untuk mengikut arahan orang."

Ian dan Firash daripada tadi hanya memerhati. Nak masuk campur, tapi bukan urusan mereka. Terbit rasa bersalah dalam hati Ian. Kalau dia tak masuk dalam bilik tetamu tu, mesti semua benda ni tak terjadi.

"Kalau aku tahu hidup kau hanya nak memalukan keluarga. Baik aku bunuh je kau! Dari kecil sampai besar aku tak pernah sayangkan kau!" tengking Datin Farida.

Elyssa ketap bibir. Air mata ditahan dari jatuh. Dia taknak nampak lemah di mata Ian. Dia bangun dari tempat duduknya dan berlalu ke dapur. Pisau di ambil dan dia berdiri di depan mummy dan daddy.

Terkejut Arshad dengan tingkah Elyssa. Tak pernah dia melihat Elyssa berperangai seperti itu. Seolah sudah hilang kewarasan. Ini bukan Elyssa yang dia kenal.

"Kak El buat apa ni?" takut-takut Arshad berrsuara.

"Mummy daddy cakap hidup El selalu menyusahkan keluarga ni. Nah ambil pisau ni, bunuh El! Asyik cakap nak bunuh El, tapi tak bunuh-bunuh. El dah tak larat nak hidup dalam kebencian lagi!" jerit Elyssa. Air mata di tahan tadi akhirnya jatuh.

Mereka semua diam membisu.

"Kill me now!" Arah Elyssa dengan mata yang merah. Tangan daddy di tarik dan pisau yang di ambil tadi diletak atas tapak tangan Dato Malek.

HAYYES DARREN ©️Onde histórias criam vida. Descubra agora