30

10.6K 471 13
                                    

IAN memandang Elyssa tanpa henti. Sekejap dia tersenyum. Sekejap dia tergelak. Sekejap pipi Elyssa dicubit. Rambut Elyssa diselerakkan.

"Awak ni dah kenapa? Gila? Rosak rambut saya, Darren!" Tangan dia membetulkan rambut yang dirosakkan oleh suaminya itu. Dia betulkan rambut, suaminya selerakkan balik. Penat betul.

"Ikut suka abang lah. Tangan abang," jawab Ian.

"Memanglah. Tapi rambut El. Penat El siapkan rambut nak bagi kemas tadi, alih awak pula serabaikan rambut saya," marah Elyssa. Sejak kenal dengan Ian, hidup dia selalu marah aje.

Pucuk hidung Elyssa dicuit. Tangan Elyssa dicium pula. Dia tahu perempuan itu rimas, tapi bukan selalu. Tangan tak berhenti serabaikan rambut Elyssa. Elyssa geram, terus dia gigit tangan Ian.

"Arghh..." jerit Ian.

"Padan muka. Tangan tak duk diam lagi. Kena lah akibatnya," dengus Elyssa.

"Sayang, abang tengah drive ni. Kalau kita accident nanti macam mana?" Tak sangka pula Elyssa rimas dengan dia sampai sanggup gigit tangannya. Fuh! Sakit.

"Mati."

Ian membulatkan mata. Rahangnya jatuh mendengar satu patah perkataan yang keluar dari mulut Elyssa. Muka Elyssa dipandang, tapi hanya wajah kosong sahaja yang ditayangkan.

"Drive pandang depan bukan muka El. Muka El takde waze untuk dipandang. Kalau nak mati sama-sama boleh lah nak pandang terus." Elyssa berkata tanpa memandang wajah suaminya. Dijeling sekilas wajah Ian untuk melihat reaksi suaminya itu.

Ian terus fokus dengan pemamnduannya. Sekejap dia menjeling melihat Elyssa, tapi isterinya langsung tak mengeluarkan suara. Sunyi betul keretanya tanpa suara, hanya kedengaran bunyi radio sahaja.

Elyssa perasan suaminya sekejap sekejap melihatnya. Pantas dia membuang pandangan ke luar tingkap untuk mengelakkan rasa tidak selesa. Lebih baik dia melihat pemandangan diluar yang jarang dilihat oleh dia disebabkan kekangan waktu untuk keluar.

"Lepas makan kita pergi kedai haiwan sekejap." Selepas lama mereka diam, Ian mula bersuara.

Elyssa memandang sekilas suaminya. "Buat apa? Buka lagi ke?"

"Abang rasa nak bela binatang. Kalau dulu rasa nak bela kucing. Tapi sejak kahwin dengan sayang, abang rasa nak bela binatang lain."

Elyssa mengerutkan dahi. Boleh pula tukar selera binatang bila kahwin. "Nak bela apa?" Dia okay kalau Ian nak bela binatang, yang pasti pandai lah Ian jaga sendiri.

"Cicak," jawab Ian sepatah.

"Gila ke? Mana ada orang bela cicak. Awak jangan macam-macam, Darren!"

Ian gelak dengan kuat sebelum dia meletakkan kereta di kotak parking. Seronok dapat mengusik isterinya. Muka merah dah macam tomato kerana tahan marah.

"Ye, gila. Gilakan sayang. Kalau taknak abang bela cicak, then obey me."

Elyssa hanya menjeling. Sejak Ian tahu dia takut cicak, hanya nama binatang itu yang selalu keluar dari mulut Ian. Dia bukan takut, cuma geli.

Elyssa baru sahaja ingin membuka pintu kereta tapi di haling oleh Ian. "Wait, i'll open it for you."

Kata-kata Ian membuatkan Elyssa mengerutkan dahi. "Saya ada tangan, saya boleh buka sendiri."

"Tak payah. After this, biar abang yang jadi tangan untuk sayang lepasni."

Ian terus keluar dari keretanya dan membuka pintu untuk Elyssa lagak seorang gentleman. Dia hanya memerhati setiap tindakan Ian. Tangan Ian dihulurkan untuk memudahkan Elyssa keluar dari kereta.

"Silakan berry sayang."

Elyssa hanya memandang kosong tangan Ian dan menepis. Dia keluar dari kereta dengan berhati-hati dan terus berjalan tanpa menunggu Ian.

"Haaa elok sangat berperangai macam tu dengan suami. Nanti dapat dosa baru tahu."

Elyssa menghentak kaki. "Sikit-sikit guna kuasa veto." Dia berpaling menunggu suaminya melangkah ke arahnya.

Mereka berdua melangkah masuk café kegemaran Ian. Terasa seperti dejavu. Kalau sebelum ini mereka datang bersama sebagai stranger, tapi sekarang dia datang sebagai suami isteri.

Mereka mengambil tempat di sudut yang tidak kelihatan orang ramai. Ian melabuhkan punggung di depan Elyssa. Serentak itu pelayan yang sama pada hari itu datang.

Pelayan lelaki yang berkaca mata itu memerhati pasangan itu. Tak silap dia, dia pernah nampak pasangan ini. Bezanya sekarang tangan pasangan itu dilengkapi dengan inai. "Akak dan abang pernah datang sama-sama kan sebelum ni? Dah kahwin ke?"

Ian mengangguk dan tersenyum bangga. Akhirnya perempuan itu milik dia walaupun mereka berkahwin bukan seperti yang dirancang.

"Nak order apa?" tanya lelaki itu.

"Hot tea. Lepastu bagi saya nasi putih ayam buttermilk. Sayang?"

"Sama jelah. Tapi air nak Americano with eight extra shots."

"No coffee. Air lain."

"Taknak. Nak yang tu juga."

"Air lain lah sayang. Air tu pahit untuk sayang. Dik, bagi hot babycino. Itu sahaja." Menu diserahkan kepada pelayan lelaki itu.

Elyssa mendengus kerana Ian memandai order air lain untuk dia. Dia tak suka manis. Tekaknya sudah biasa dengan benda pahit.

Ian perasan perubahan Elyssa. Dia mengeluh. "Berry dengar dulu apa abang nak cakap boleh?"

Elyssa memandang Ian. "Cakaplah."

"Bukan abang tak bagi langsung sayang minum Americano. But not this time. Tak elok kalau asyik minum coffee, tak baik untuk kesihatan. Selama abang tak kenal sayang, agak-agak dalam sehari berapa kali sayang minum?"

Elyssa hanya diam mendengar pertanyaan suaminya. Langsung tidak menjawab.

"Abang tahu sayang tak suka manis dan sayang selalu sangat rasa benda pahit. Apa kata sayang cuba neutralkan rasa pahit sayang. Tak salahkan mencuba? Lagipun air yang abang pesan tadi tak manis pun."

Dia faham maksud Ian. Tersangat faham. Walaupun Ian tidak tahu masalah yang selalu melanda dirinya, tapi Ian pernah menyaksikan di mana dia di tengking oleh kedua ibu bapanya. Elyssa cuba melarikan pandangan daripada bertembung mata dengan suaminya.

Sambil menunggu pesanan sampai, sesekali mata Elyssa mencuri pandang pada suaminya yang kusyuk bermain telefon. Tidak dinafikan, lelaki yang sudah menjadi gelaran suami itu agak tampan di mata dia. Hanya memakai cap, kemeja hitam yang dibiar tidak dibutang dua atas. Lengan kemeja disingsing hingga ke siku menampakkan urat-urat. Nak pergi makan pun pakai handsome macam ni.

"Are you done eye raping me, berry?"

Suara Ian membuat Elyssa tersedar. Dia terbatuk kecil. Dia melarikan pandangan. Telinga sempat tangkap tawa halus suaminya.

"Kenapa nak malu? I'm yours."

Elyssa mengetap bibirnya. Dia selalu kantoi kalau semua benda mengenai Ian Darren. Mata lelaki tu cekap menangkap setiap perbuatan yang dilakukan oleh Elyssa.

Beberapa minit kemudian, akhirnya makanan yang dipesan sampai juga. Mereka berdua menikmati makanan masing-masing tanpa mengeluarkan suara.

"Lepasni kita pergi kedai haiwan. Abang nak bela binatang."

Elyssa mampu meraut wajahnya. Dia sangka perbualan ni dah habis dalam kereta sahaja. Tak sangka berlarutan sampai dalam café. "Mana ada orang jual cicak. Lagipun haram lah bela cicak."

"Okay. Tak payah bela cicak. Abang bela haiwan lain," ujar Ian lagi. Dia tak tahu Elyssa takut binatang apa selain cicak.

"Ikut suka lah. Janji awak bahagia." Malas sudah nak dilayan Ian. Janji suaminya tidak bela haiwan yang dia takut sudah. Kalau diikutkan semua haiwan dia takut.


tbc... 

Don't forget vote and comment for next chapter :)

HAYYES DARREN ©️Where stories live. Discover now