23

9.5K 436 7
                                    

PUAN Sri Ilyana yang sedang menonton drama mendengar bunyi deruman kereta anaknya, dia mengerling pada jam di dinding yang menunjukkan pukul 10 pagi. 'Eh awalnya along balik.'

Kaki Ian melangkah masuk ke dalam rumah. Pintu rumah di ditutup. Dia melihat mama yang berada di sofa sedang melihatnya. Dia menarik nafas perlahan-lahan dan hembus. Kakinya mengatur langkah ke arah mama.

"Awal along balik. Tadi bagitahu ada latihan," lembut suara Puan Sri Ilyana menyapa.

Ian hanya diam. Dia melabuh punggung di sebelah mama. Kepalanya diletakkan di atas pangkuan Puan Sri Ilyana. Matanya dipejam. Puan Sri Ilyana mengusap rambut anak terunanya itu.

"Along ada masalah?" Melihat muka anaknya seakan mempunyai masalah dan sedikit kusut.

"Mama," panggil Ian. Dia merenung mata mama sedalam-dalamnya.

"Ye anak mama. Kenapa ni?" Puan Sri Ilyana memandang anaknya.

"Kalau along cakap along nak kahwin. Mama bagi ke?"

Tangan tadi yang sedang mengusap rambut Ian terhenti. Mata yang sekejap fokus terhadap drama dan sekejap terhadap Ian, akhirnya tertumpu sepenuhnya terhadap Ian. Dia tak salah dengarkan.

"Along nak kahwin?" tanya Puan Sri Ilyana inginkan kepastian.

Ian mengangguk.

"Siapa perempuan bertuah yang bertakhta di hati anak mama ni? Mama tak kisah kalau along nak kahwin. Mama lagi suka dapat menantu. Adik kamu pun dah lama teringin nak kakak. Mesti dia lagi suka." Teruja mama bila dia menyatakan hasrat ingin berkahwin. Tapi, itulah masalahnya.

"Mama marah tak kalau perempuan yang along nak kahwin tu bukan seperti menantu yang mama idamkan?" tanya Ian dengan nada yang perlahan.

"Maksudnya?"

"Perempuan tu tak menutup aurat dengan sempurna. Dia terlalu bersosial dan terlalu mengikut budaya barat. Tapi dia pandai jaga diri," terang Ian seperti ingin membela perempuan yang sudah bertakhta di hatinya.

"Mama tak kisah macam mana menantu mama sekalipun. Mungkin dia di didik cara yang berlainan oleh keluarga. Siapa kita untuk menghakimi pemakaian atau budaya seseorang. Mana tahu nanti along kahwin dengan dia, along boleh ubah dia dengan cara yang baik." Puan Sri Ilyana senyum nipis. Dia faham maksud anaknya itu. Dia tidaklah sejahat yang disangka. Memang betul dia inginkan yang terbaik untuk anaknya. Tapi siapa dia untuk melawan takdir kalau anaknya sudah jatuh cinta dengan perempuan yang tidak pernah terlintas di benak otaknya.

Ian tersenyum mendengar jawapan daripada mama. Dia tahu mama tidak pernah mengatakan tidak dengan pilihan hatinya. Bila teringat perempuan yang bertakhta di hatinya sudah menjadi milik orang, dia mengeluh kasar.

"Haih cakap nak kahwin, kenapa mengeluh?"

"Tapi mama, along sedih. Perempuan yang along sayang dan cinta tanpa along sendiri sedar dah jadi isteri orang. Along terlambat ke? Along tak pernah bagitahu yang along sayangkan dia, cintakan dia. Along selalu buat dia marah, usik dia. Tapi along suka buat dia marah. Muka cemberut dia nampak comel di mata along. Dia benci along mama. Hari-hari kami bergaduh. Kadang tu along terpaksa ugut dia guna cicak, sebab dia takut cicak," gelak Ian menceritakan yang dia selalu mengugut Elyssa dengan cicak. Kerana hanya dengan itu sahaja Elyssa akan mendengar kata.

Puan Sri Ilyana tersenyum. Anak dia dah jatuh cinta terlampau dalam. Dari mata Ian dia dapat lihat keihklasan mencintai perempuan itu.

"Walaupun dia benci along, tapi dia ikut juga cakap along. Dia tak macam perempuan lain, dia terlampau dingin. Dingin sampai orang takut nak tegur dia. Tapi hari tu along terjumpa dia dengan suami dia. Hati along sakit mama. Sakit sangat. Macam ni ke rasa bila perempuan yang kita cinta bukan jadi milik kita, mama? Along bukan ingin menidakkan takdir tuhan, tapi kenapa along kena kenal dia selepas dia dah jadi isteri orang?" Air mata yang ditahan tadi akhirnya tumpah. Dia menangis hanya kerana seorang perempuan. Dan perempuan itu, Elyssa Hayyes Dato Malek.

Puan Sri Ilyana yang mendengar luahan hati Ian menahan sebak. Dia tidak pernah melihat anak lelakinya menangis. Lelaki itu lebih suka menyendiri jika dia bersedih. Tangannya mengusap lembut kepala Ian dan menyapu air mata Ian. Tangannya menepuk lembut bahu Ian untuk memujuk.

"Ada hikmah kenapa Allah pertemukan kita dengan seseorang, sama ada untuk kebahagiaan atau pengajaran. Tiada yang sia-sia. Jadi, jangan menyesal yang along pernah kenal dia. Memang Allah sengaja menemukan along dengan dia, supaya along sedar bahawa along hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Dia dalam apa jua keadaan. Berdoalah kepada Dia, supaya dia tunjuk jalan yang sepatutnya. Buanglah perasaan along kat perempuan tu. Tak baik simpan perasaan kat isteri orang." Bukan niatnya ingin menghalang rasa cinta terhadap perempuan itu, tapi dia taknak Ian menjadi punca masjid yang dibina itu runtuh.

Sesungguhnya perbuatan mencintai isteri orang lain adalah punca kepada keruntuhan dan kehancuran rumah tangga sesebuah keluarga dan perbuatan tersebut sangat dimurkai. Risau jika anaknya terlampau mencintai perempuan itu sampai hilang kewarasan.

"Cintailah Allah yang paling atas, jangan sesekali letak manusia yang along cinta di nombor satu. Kejar cinta Allah, nanti dia akan hadirkan seseorang yang tepat untuk along," sambung Puan Sri Ilyana lagi. Dia pernah muda seperti lelaki itu, jadi dia faham. Untuk jatuh cinta dan putus cinta di fasa itu adalah normal.

Ian yang mendengar kata-kata yang keluar dari mulut mama tersentap. Betul lah, dia terlampau inginkan perempuan itu sampai dia lupa yang Allah dapat membolak-balikkan perasaannya. Hanya kepada Allah dia mampu berdoa dan berserah.

"Mama doakan along kuat ye? Ini rahsia kita. Jangan bagitahu papa. Cukuplah cerita ni habis sampai sini. Doakan along dapat lupakan dia." Ian bangun dari pangkuan Puan Sri Ilyana dan berlalu naik ke bilik.

Kakinya melangkah ke bilik air dan mengambil wuduk untuk solat sunat. Sejadah di hampar mengikut arah kiblat. Songkok yang diletakkan di atas meja berdekatan dicapai lalu disarung ke kepala yang masih basah dek air. Takbir di angkat.

Selesai menunaikan solat, dia pun bersungguh-sungguh memohon doa. "Ya Allah ya tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepada engkau. Berilah kekuatan kepada hambamu yang lemah ini untuk melupakan seseorang. Kau buangkan lah perasaan ini jika dia bukan jodoh yang tepat buat hambamu ini. Jika kehadirannya hanya ingin menguji diriku, sesungguhnya aku tidak kuat seperti yang engkau sangka. Kehadirannya menambahkan lagi rasa cinta ini sampai aku lupa bahawa perempuan itu sebenarnya milik seseorang. Ya Allah, jauhkan lah diriku dengan perempuan itu. Amin ya rabbal alamin." Tangan yang menadah tangan tadi ditekap ke muka menandakan solatnya sudah selesai.

Baru sahaja ingin merebahkan badan di atas katil, telefon berbunyi menandakan ada pesanan masuk. Pantas matanya memandang telefon yang tidak jauh darinya. Ian mengambil dan membaca pesanan yang di masuk.

Dahlia Rose

- Ian, you boleh datang rumah I malam ni? I ada buat majlis sikit, semperna I gantikan tempat daddy. You datang tau. Kalau segan nak datang sorang, you bawa lah Firash sekali. Dah lama kita tak jumpa lepas masing-masing bawa haluan sendiri.

Ian Darren

- InShaaAllah, kalau takde halangan I datang.

Hanya satu ayat sahaja yang di balas. Dia baru berdoa supaya di jauhkan daripada Elyssa, adakah doanya tadi tidak diterima? Terasa diri dia semakin dekat dengan Elyssa. Untuk pergi rumah Rose, dia akan berjumpa dengan Elyssa. Seseorang yang ingin dia melupakan. Kuatkah dia.

Keluhan dilepaskan. Untuk harini sahaja, sudah banyak keluhan yang dilepaskan.


tbc... 

Kesian Ian hmm. Macam tu je kena tipu di Elyssa. Sampai menangis dia. 

Don't forget to vote and comment for next chapter :)

HAYYES DARREN ©️Onde histórias criam vida. Descubra agora