43 (M)

11K 508 23
                                    

DIA mengangkat tubuh isterinya lalu diletakkan di atas katil. Elyssa tertidur selepas terima rawatan tadi. Baru dia ingin pergi untuk menyalin pakaian, tangannya ditarik oleh Elyssa.

"Jangan tinggalkan saya," ujar Elyssa perlahan tapi matanya masih pejam.

Ian tersenyum nipis. Sebelah tangannya lagi mengusap kepala isterinya. "Abang nak salin baju, nanti abang dating balik ye." Tangan Elyssa dilepaskan perlahan-lahan.

Dia melangkah kaki ke arah wardrobe sebelah tangannya lincah mengambil tuala mandi yang disangkut situ. Lalu dirinya masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri. Selesai mandi, pajama tidur dikenakan di tubuh sasanya.

Selesai urus dirinya, tuala dan pajama Elyssa dicapai oleh Ian dan bergerak menuju ke isterinya yang sedang lena tidur. "Sayang, bangun. Kita mandi dulu. Baju sayang penuh dengan darah." Ian mengejutkan isterinya dari tidur.

Perlahan-lahan Elyssa mencelikkan mata dan melihat suaminya yang sudah lengkap dengan pajama. "Awak dah mandi?"

"Dah. Pergi mandi. Lepastu abang nak sapu ubat kat belakang sayang," ujar Ian kepada isterinya.

Elyssa sekadar mangangguk lalu bangun menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.

Ian yang menunggu isterinya selesai mandi membelek telefonnya. Ada satu notifikasi dari Fahim.

Fahim

-Aku dah cuba cari siapa yang serang kau dengan Elyssa haritu. Tapi susah, bro! Aku rasa dia kenal cara kau dan Elyssa bekerja.

Dia melepaskan keluhan. Siapa yang berdendam dengannya? Ataupun Elyssa. Dia ingin bertanya isterinya, tapi Elyssa sejenis yang susah menceritakan sesuatu. Pasal Hayder pun Elyssa tak bercerita sampai sekarang. Dia pun bukanlah sejenis yang suka memaksa orang bercerita.

Telefon yang dipegangnya tadi dicampakkan di atas meja yang bersebelahan di katil. Kelibat Elyssa yang sudah mandi dilihat. Dia suka melihat penampilan Elyssa ketika rambut perempuan itu basah. Jiwa lelakinya goyah. Tapi cuba ditahan.

"Meh sini! Abang nak sapu ubat." Tempat disebelahnya ditepuk. Menyuruh isterinya itu duduk di sebelahnya. Elyssa hanya menurut sahaja.

"Pusing," arah Ian. Baju tidur isterinya diselak dan matanya memandang jahitan yang dijahit tadi.

"Tahan tau." Elyssa mengangguk. Ubat tadi disapu di belakang badan Elyssa.

Selesai sahaja, ubat itu disimpan kembali ke tempatnya dan badan isterinya dipusing untuk menghadap dirinya. Elyssa hanya terkelip-kelip melihat suaminya.

"Abang nak tanya sesuatu, boleh?" soal Ian. Dia pun teragak-agak ingi menanyakan soalan ini kepada isterinya. Tapi dia sebagai suami, dia perlu tahu.

"Tapi, kalau sayang tak sedia nak jawab persoalan abang, takpe. Abang tanya lain kali."

"Tanyalah. Kalau El boleh jawab, El jawab." Mata bulatnya masih memandang wajah suaminya. Sesekali dia memuji kekacakkan Ian di dalam hati.

"Boleh abang tahu kenapa daddy selalu cakap yang sayang bunuh anak dia?" tanya Ian dengan penuh berhati-hati. Takut kalau pertanyaan dia mengguris hati isterinya.

Elyssa hanya senyum. "Abang Eiyad?"

"Abang Eiyad anak sulung daddy. Daddy sayang sangat abang Eiyad, sebab dia lah satu-satunya anak lelaki yang daddy ada. Dia baik, tak pernah lawan cakap mummy daddy. Kalau El kena marah dengan mummy atau daddy, abang Eiyad lah yang selalu bela El. Ada sekali tu, El tak sengaja pecahkan pasu kesayangan mummy. Tapi abang Eiyad cakap dia yang buat, padahal El yang pecahkan." Elyssa tergelak kecil bila teringat kejadian itu. Beria dia berlari menyorok dalam bilik, sekali Eiyad cakap dia tak sengaja pecahkan. Sampai sekarang tiada siapa tahu punca sebenar pasu tu pecah.

HAYYES DARREN ©️Where stories live. Discover now