13

9.5K 417 4
                                    

ROSE berlari mengejar langkah Ian yang kedepan daripadanya. "Ian, tunggu!" laung Rose sambil tangan melambai-lambai ke arah Ian. Ian berpaling seperti ada yang memanggilnya.

"Eh? You rupanya Rose. I ingat siapa lah panggil tadi," ujar Ian.

"I panggil you daripada tadi. Laju je you jalan sampai tak dengar I panggil," lembut Rose berkata. Nak mengambil hati Ian lah tu.

"Sorry tak dengar. Sebab dah lewat ni. Jom jom." Ajak Ian. Mereka pun berjalan seiringan masuk ke dalam kelas.

Banyak mata memandang pasangan itu berjalan. Ada juga yang cemburu dengan Rose sebab dapat berkawan dengan seorang lelaki yang kacak seperti Ian, tapi ada juga yang menjodohkan mereka berdua. Katanya, sesuai. Sama cantik sama sepadan bagai pinang dibelah dua. Apalagi, bangga lah Dahlia Rose bila ramai yang mengatakan mereka pasangan yang sesuai.

Tapi tidak bagi Ian Darren. Dia tidak suka dengar gosip murahan. Kadang disebabkan ini juga boleh dijatuhkan fitnah. Dia langsung dan tak pernah ada hati pada Rose. Mereka hanya sekadar kawan, untuk lebih daripada itu sememangnya tidak. Kerana hatinya sudah dimiliki oleh seseorang tanpa sedar.

"You jangan ambil hati sangat gosip murahan daripada dorang. I tahu you rasa tak selesa bila orang jodohkan you dengan I. Sebab I pun sama," kata Ian. Dia taknak Rose terasa. Nanti elok-elok jadi kawan tetiba jadi musuh pula.

Rose terkedu. Tak nampak ke yang dia bahagia, suka bila orang jodohkan mereka berdua. "Takpe. I tak ambil hati pun. Biasalah." Rose senyum palsu. Tahu lah dia, bahawa Ian memang tiada hati langsung pada dia.

Elyssa yang dengar gossip tadi hanya tersenyum sinis. "Sesuai sangat. Sorang perangai macam syaitan, sorang suka mengarah orang. Elok berjodoh dua ketul tu," gumam Elyssa perlahan dan berlalu masuk ke kelas. Nasibnya baik kerana pensyarah masih lagi tiada di dalam kelas.

Ian dan Rose berjalan masuk kelas dan mengambil tempat di tepi Firash. Sempat lah kena berleter di pensyarah mereka kerana lewat masuk kelas. Kerana mereka berdua memberi alasan yang kukuh, pensyarah membenarkan mereka menyertai kelas.

"Kenapa lambat? Datang sekali ke?" tanya Firash

"Takdelah. Aku ada hal tadi sebabtu lambat," kata Ian tergelak. Boleh pula otak dia teringat kejadian cicak dalam kereta tadi.

"Yang kau gelak ni kenapa? Rasanya soalan aku takde yang lawak." Naik hairan Firash. Lelaki ni sudah la susah senyum. Tiber pula gelak. Lagi menghairankan.

Ian mengemamkan bibirnya menahan gelak. Rose hanya memerhati daripada tepi. 'Ini mesti ada kaitan dengan Elyssa,' bisik hati kecil Rose.

Sementara itu, Elyssa di kelasnya mendapat notifikasi whatsapp dari kawan Visionaries.

Visionaries

Anne

- El! Kau kena datang sini sekarang.

Midas

- Woi El! Bacalah. Sebab kau, pihak atasan mengamuk.

Shawn

- Dah lama kau tak buat hal, tetiba minggu ni kau buat hal ea. Aku yakin, nanti kitorang pun kena tempias.

Zarif

- Kau hidup lagi ke tak El?

Alex

- Sabar kawan-kawan. Tanya elok-elok. Benda boleh bawa bincang.

Elyssa mengerut dahinya. Masalah apa yang aku buat sampai bos mereka tengah mengamuk. Rasanya misi semalam semuanya selesai. Takkan lah Rayyan mengadu dekat bos yang dia hampir terbunuh rakan kerja. Tapi bukan salah dirinya.

Elyssa

- Lepas kelas aku datang.

☘☘☘

HABIS kelas, Elyssa cepat-cepat membuat tempahan grab untuk ke markas. Tentang Ian dilupakan begitu sahaja. Kalau bos mengamuk ni, mesti ada benda yang tak kena. Beberapa minit kemudian, grab yang ditempah tadi muncul, dengan cepat dia melangkah masuk ke dalam kereta menuju ke Virtuosos.

Berhenti je grab yang dinaiki tadi depan pagar Virtuosos, Elyssa lalu mengeluarkan sekeping not Rm50 dan dihulurkan kepada pakcik itu. "Keep the change."

"Terima kasih cik," ujar pakcik grab. Elyssa hanya mengangguk.

Elyssa keluar dari kereta dengan tergesa-gesa dan melangkah masuk Virtuosos. Risau apa yang akan berlaku terhadap dirinya nanti. Memang lah dia selalu buat hal, tapi tiada lah sampai dipanggil ke sini. Sekadar dapat panggilan sahaja.

Visionaries yang melihat Elyssa tadi memandang sesama sendiri. Penampilan Elyssa di luar jangkaan mereka. Terlihat sopan di mata mereka. Elyssa yang rasa diperhati terus berpaling. "Why?"

"You look different today," ujar Shawn selepas lama memerhati Elyssa.

"Takpe. Aku suka." Semua memandang Alex. Mereka tahu Alex mempunyai perasaan terhadap Elyssa. Tapi Elyssa je buta tak nampak semua.

"Sudah! Lebih baik kau jumpa bos sekarang sebelum dia mengamuk." Zarif hanya memerhati tadi bersuara. Lagi lama Elyssa kat sini, takut makin mengamuk orang tua tu dalam pejabat.

Elyssa cepat-cepat melangkah ke pejabat bos mereka. Pintu diketuk. "Masuk!" Tegas suara Tuan Rashid bersuara. Elyssa yang mendengar itu menarik dan menghembus nafas. Seolah persediaan untuk di maki.

Kakinya melangkah masuk ke pejabat Tuan Rashid. "Ada apa Tuan nak berjumpa dengan saya?"

Tuan Rashid yang sibuk dengan kertas kerja terus mengangkat kepala bila mendengar suara Elyssa. "Ada orang mengadu yang kamu bawa balik pistol syarikat. Any explanation?" Dia tidak suka marah lagi-lagi kalau pekerjanya itu Elyssa Hayyes. Walaupun perempuan di hadapannya itu seorang yang keras kepala tapi dia cekap dalam menjayakan misi. Tanpa perempuan itu, Virtuosos mungkin bukan Virtuosos yang sekarang.

Tapi dia terpaksa memanggil perempuan itu ke pejabat kerana hal ini sudah didengari oleh orang atasan. Benda ini juga menyalahi undang-undang syarikat biarpun Elyssa mempunyai lesen senjata.

"Saya tak sengaja," jawab Elyssa sepatah. Tiada guna dia ingin memberi penjelasan walaupun akhirnya dia akan dikenakan tindakan.

"Saya tahu pistol itu ada nama kamu Blackrose. Tapi pistol itu dibuat atas nama syarikat. Kalau pistol itu jatuh di tangan orang yang tak sepatutnya. Teruk syarikat kita yang kena. Saya taknak cakap panjang, kamu tahu kan apa akan jadi bila orang atasan dah bersuara hal ini?" terang Tuan Rashid panjang.

'Tuan dah cakap panjang dah pun' gumam Elyssa.

"Apa?" tanya Tuan Rashid.

"Hah? Saya takde cakap apa-apa," balas Elyssa sahaja.

Dia dengar apa yang digumamkan oleh Elyssa. Bilik ini sunyi ibarat kau kentut pun orang boleh dengar walaupun jauh beberapa langkah. Tapi disebabkan malas nak melayan. Dia hanya mengangguk.

"Jadi awak tahu kan awak akan dikenakan tindakan?" tanya Ruan Rashid sekali lagi.

"Ye. Digantung selama seminggu."

"Jadi, awak boleh pulangkan balik pistol tu dan datang balik selepas seminggu. Awak boleh keluar." Dia menghalau Elyssa keluar.

Elyssa melangkah keluar dari pejabat Tuan Rashid. Apa malang betul nasib dia harini. Balik rumah nanti, belum tahu lagi ribut apa yang akan menimpa dia. Cuma dia terfikir, siapa yang mengadu dekat bos sedangkan hanya Ian sahaja yang tahu. Bercakap mengenai Ian, baru dia teringat pistolnya berada di tangan Ian. Macam mana dia nak pulangkan. Menyusahkan!


tbc... 

Jangan lupa vote and comment for next chapter :)

HAYYES DARREN ©️Where stories live. Discover now