EC:AA2

3.7K 200 6
                                    

Meremang Firdaus dibuatnya. Gadis dihadapannya ini hantu atau manusia?!

"Kau dah buat aku catch feeling dengan kau... Jadi, disebabkan aku baik, aku bagi kau peluang. Jangan tunjuk muka kau depan aku... Kalau kita jumpa lagi, ketahuilah... You're mine," ujar Ayana lalu superbikenya membelah jalan.

"EEE SERAMNYA YA ALLAH !" Jerit Firdaus. Tidak betah berlama disitu, dia turut pulang.

××××

FIRDAUS membuka kunci pintu rumahnya lalu masuk kedalam. Helmet diletakkan diatas meja, jaket kulit disangkut dan kunci motor diletak bersebelahan dengan helmet.

Lelaki itu merebahkan badan diatas sofa empuk miliknya. Fikirannya memikirkan gadis yang baru sahaja dia temui sebentar tadi.

Macam pernah lihat, tapi dimana ya?

"Eee mana-mana ja lah! Ya Allah janganlah bagi dia muncul lagi depan aku Ya Allah! Perempuan tu gila!" Berdoa Firdaus disitu.

"Gila-gila pun cantik- EH APA NI ASTAGHFIRULLAH!" Firdaus meraup mukanya. Takkan aku angau kottt!

"Harini malam jumaat... ARGH MESTI HANTU TU!" Jerit Firdaus lagi sebelum dia berlari ketingkat atas rumahnya. Bilik menjadi tujuan.

DRRT ! DRRT !

Telefon berbunyi menandakan ada mesej yang baru masuk. Firdaus terus membuka telefon miliknya dan menekan aplikasi Whatsapp.

khaizulariffindukung
Oi mat, esok ada reunion. The girls ada sekali! Jangan lupa mai nah! Esok pagi Naufal hantaq location kat hang... Kita jumpa lepas zohor tau!

Firdaus hanya liked mesej itu. Tak sabar rasanya hendak berjumpa dengan kawan-kawan sekolah menengahnya esok!

Sudah 3 tahun semenjak kali terakhir mereka bertemu. Persahabatan dia bersama dengan para jejaka, sudah seperti adik beradik! Rapat sangat!

Manakala dengan para gadis, ya mereka itu sahabat baiknya juga.

Sambil-sambil seketul Firdaus Azieq membayangkan kenangan dia dan sahabat-sahabatnya, tanpa disedari, lelaki itu tertidur~

××××

BUNYI notifikasi berbunyi bertubi-tubi.

"Yeee aku on the way la ni halamak ai!" Rungut Ayana. Dia membuka loudspeaker dan meletakkan telefon itu disampingnya...

"Kau tu Melayu kau tahu tak! Cepatlahhh lagi 2 minit ni!" Gesa Felisha.

"Lah diorang tak sampai lagi kan? Lek duluu! Ye aku nak naik motor dah ni, nanti aku sampai. Ya okey bye!" Terus Ayana mematikan panggilan.

"Kalut-kalut nak pi mana? Rumah aku dekat ja tau halah halah halah!" Bebel gadis itu.

Dia mengambil helmet lalu mengunci pintu rumahnya. Dengan lafaz Bismillah, gadis itu memulakan perjalanan setelah menaiki superbike miliknya.

-CAFE' ULALA-

Ayana masuk kedalam cafe tersebut. Wajah rakan-rakannya dicari. Setelah menganalisis dan mengenal pasti sasaran, gadis itu tersengih sinis.

Perlahan-lahan dia berjalan mendekati meja yang diduduki oleh keenam manusia itu.

"MMBAAA!" Sergah Ayana kuat.

"MAKKK!" Terjerit para jejaka. Gadis-gadis pula ketawa terbahak-bahak.

Ayana membuka helmet miliknya lalu duduk dikerusi yang kosong. Mask dimuka masih belum dibuka. Jadi, mereka semua hanya nampak mata gadis itu sahaja. Sisa tawa masih ada HAHAHAHA !

"Eh buduh, kau ni memang buduh eh?!" Marah seorang lelaki diberi nama Hariz.

"Uolss yang lemah semangat... Don't blame me, my friend!" Ejek Ayana lagi.

"Kau kenal kitorang lagi tak ni? Maklumlah aku ni dah glow up, ghiso kau tak kenal pula!" Naufal menyelak rambutnya kebelakang dengan senyuman bangga.

"Honestly, aku tak ingat sebenarnya... You look uglier than before- issokey, aku nak try teka nama korang hehe," kata Ayana jujur.

Ketiga-tiga jejaka itu memegang hati masing-masing. Uglier than before eh? Auch hurts.

"Muka macam pervert ni mesti Khaizul... Yang senyum macam psychopath ni pulak mesti Naufal. Haa kau, kau ni... Hm... Sorry kalau kau terasa tapi yang nampak bodo-bodo ni selalunya Hariz," selamba Ayana meneka.

"Betul... Tapi entah kenapa saya rasa sakit hati dengar huraian awak ni," balas Khaizul yang membuatkan seisi meja ketawa.

"Sorry I'm late," ujar seorang lagi jejaka yang baru tiba. Dia mengambil tempat dihadapan Ayana.

Ayana memandang jejaka itu pelik. Helmet pikachu pula? Haritu dah jumpa yang rabbit, harini kok pikachu sih?

"Kau dengan perempuan ni, dua-dua melayu!" Marah Naufal lalu membuat handshake dengan jejaka berhelmet itu.

"Sorry la, traffic jam," balas jejaka itu selamba.

Tiba-tiba, pandangan mata Ayana dan lelaki itu bertemu.

"Psst! Ni siapa?" serentak Ayana dan Firdaus bertanya kepada Naufal dan Felisha.

Naufal dan Felisha ketawa.

"Fir, cuba kau bukak helmet kau," arah Naufal.

"Na, kau pun tariklah mask kau tu," Felisha turut mengarahkan sahabatnya untuk menunjukkan muka.

Maka, pasangan dua sejoli itu menurut arahan dan menunjukkan wajah mereka.

Apabila mata bertentang mata... TERKEJUT MEREKA BERDUA DIBUATNYA ?

"Mr Rabbit?!"

"Miss Psycho?!"

Keenam-enam manusia itu memandang Ayana dan Firdaus pelik.

Aik? Tak kenal lagi ke?




Oyeah
🌸-natarysss-

1|| Firyana's Toxic Love {EBOOK} Where stories live. Discover now