EC:AA4

2.8K 167 6
                                    

"KENAPA?" Soal Ayana hairan.

Firdaus memandang gadis itu tidak percaya.

"Kenapa?! Kau tanya aku, kenapa?! Eh kau ni gila eh?!" Marah Firdaus.

"Apa?" Selamba Ayana bertanya kepada Firdaus. Mukanya tidak menunjukkan sebarang reaksi yang mengatakan dirinya bersalah.

"Tadi! Yang kat dalam tu! Apahal kau buat macamtu?!" Tertahan-tahan nada Firdaus.

Dia bukan lelaki dayus, dia takkan tinggikan suara dekat wanita.

"Oh yang kat dalam tu. Be grateful, man! I just saved your RM20 hinggit tau!" Ujar Ayana dengan riak bangga.

"No, aku lagi rela bayar 500 hinggit daripada jadi laki and bapak anak kau!" Marah jejaka itu.

Mana dia nak letak muka?! Nanti semua orang ingat aku taken! Pastu aku takde bini sampai mampuh!

Berubah riak wajah Ayana. Kecewa? Ya!

"Auch, Firdaus. That's offensive. Jangan terlalu lantang berbicara ya, sayang... We don't know our future macam mana... Jangan sampai kau yang gila bayang dengan aku!" Ugut gadis itu.

Meremang bulu roma Firdaus. Nada yang digunakan oleh gadis itu sangat meyakinkan- HUWARGH TOKSEE LA!

"Eee Ya Allah! Kenapa kau buat macam tu? Nanti semua orang ingat kita dah kahwin... Kalau orang taknak kahwin dengan aku nanti macam mana?" Firdaus cuba slowtalk dengan gadis psycho dihadapannya ini.

"Kenapa aku buat semua tu? Firdaus Honey... I kan dah catch feeling dengan you. Memang aku kejar kau sampai dapat... Biarlah orang ingat kau dah kahwin. Senang kerja aku, tak payah nak berebut kau dengan perempuan-perempuan lain," balas Ayana dengan senyuman.

Firdaus meraup wajahnya sebelum berlalu pergi.

"Perempuan gila!" Jeritnya. Ayana yang langsung tidak terkesan dengan jeritan itu, mengikuti langkah Firdaus.

Firdaus sedar Ayana sedang mengikutinya. Dia berniat ingin membawa Ayana kesatu lorong dan membunuh gadis itu disitu juga.

Oleh kerana dia sudah tidak tahan, lelaki itu berhenti mengejut. Ayana yang dibelakangnya tidak sempat brek, dan akhirnya... Kepala gadis itu berlaga dengan belakang jejaka tersebut!

"EEE KENAPA KAU IKUT AKU?!" Bentak Firdaus sambil menghentakkan kakinya.

"Sebab aku suka kau?" Balas Ayana saja mengusik.

"EH WANITA! Aku cakap elok-elok ni, kau pasang telinga kau betul-betul! Aku! Tak! Suka! Kau! Faham tak?!" Tengking Firdaus.

Ayana menutup matanya.

"I heard you. Tak payah nak tinggi-tinggi suara dekat aku," balas Ayana jengkel.

"Dahtu?! Tak reti nak berambus?!" Bentak jejaka itu lagi. Dia terpaksa bersikap kasar dengan gadis seperti Ayana ini.

Kalau tidak, makin menjadi-jadi!

Ayana mengeluh kuat.

"First, kejar kau tu pilihan aku. Terserah aku lah nak kejar kau ke tak, kalau kau rimas pun... Takde kena mengena dengan aku! Itu masalah kau!" Ujar Ayana sambil menyilangkan tangannya didada.

"Yang kau kejar tu, aku. Kau buatlah apa pun tapi kalau aku dah taknak tu... Kau buat apa pun semua tak jalan!" Balas Firdaus sinis.

"You really underestimate me, Firdaus Azieq. Sekali aku dah catch feeling, I will do anything until you're mine," ugut Ayana.

Dia mendekati Firdaus beberapa langkah.

"Cara baik... Or cara buruk. Kau akan jadi milik aku," sinis gadis itu berbicara.

"Aku ada girlfriend," ujar Firdaus tiba-tiba.

"And nobody cares. Oh yang kedua, motor aku sebelah motor kau," ujar Ayana lalu mengenyitkan matanya kepada Firdaus.

Firdaus termalu sendiri. Pergh beria aku sound pompuan ni, rupanya motor dia sebelah motor aku!

"Don't be embarrassed... Memang aku kejar kau pun. Don't worry," ejek Ayana lalu menyarungkan helmetnya.

Firdaus hanya memandang gadis yang bergerak menjauh darinya itu.

"Perghh gila gila gila! Semua ni gila," Firdaus meraup mukanya.

××××

AYANA membuka pintu rumahnya. Kini, dia dan ketiga rakannya sudah duduk sekali.

"Hamboih anak dara balik lewat malam ni pasaipa!" Marah Arya sambil mencekak pinggangnya.

Ayana tersengih. Inilah kelebihan duduk bersama rakan-rakannya... Dia sentiasa dijaga.

"Aku ada hal lah," balas Ayana selamba.

"Hal or race motor?!" Soal gadis itu lagi. Dah macam pegawai polis !

"Eh hello biarlah aku nak gi mana punn! Mak aku pun tak marah aku balik malam!" Bentak gadis itu.

Ya Ayana degil.

"Mat hang sedaq dak mak hang dah takdak ni? Kitorang la kena ambik alih tugas mak kau... Nanti kau terpesong jauh, kitorang nak jawab apa dekat Allah?" Bebel Arya.

Ayana menunduk.

"Yelah aku minta maaf... Tadi aku race motor..." ujar Ayana.

"KAU LUMBA LAGI?!"

"Wey.. Tapi aku menang!" Ujar Ayana sambil tersengih.

"Kau menang? Alhamdulillah syabas anak mudaaa! Maruah kita tak tercalar Alhamdulillah!" Sekelip mata nada Arya berubah ceria.

Kedua gadis itu berjabat tangan.




Hoho
🌸-natarysss-🌸

1|| Firyana's Toxic Love {EBOOK} Where stories live. Discover now