EC:AA5

2.6K 156 3
                                    

                   AISHLYN turun ketingkat bawah. Matanya memandang Arya dan Ayana yang sedang membelek trofi kemenangan Ayana.

"Weh korang tahu tak? Firdaus ada girlfriend?" Ujar gadis itu.

Ayana memandang Aishlyn tajam.

"Mana? Siapa girlfriend dia?!" Bentak Ayana.

"Lek aaa wey kau kenapa nak marah? Biorler dia ada girlfriend pun," celah Felisha.

"Aku suka dia. Dia aku punya!" Balas Ayana psiko.

"Eh wehhhhhh! Apahal si Firdaus ni couple dengan perempuan gedik ni Ya Allah! Takdak taste la jantan tu," marah Arya sambil menunjukkan gambar Firdaus bersama perempuan 'gedik' itu.

❤️ 78975 likes

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


❤️ 78975 likes

firzieq bersama tersayangg a.k.a cinta hati ! @qisyaa

"EEEE macam takdak perempuan lain la dia tu! Si Qisya tu jugak dia nak!" Kutuk Felisha pula.

"Firdaus. Aku. Punya!" Ayana menggenggam telefon itu dengan penuh rasa benci.

"Ha ye Firdaus kau punya- TAPI TELEFON NI AKU PUNYA! Jahanam la telefon ni nanti sibat." Arya merampas telefon miliknya dari genggaman gadis psiko itu.

"Ayana, pompuan ni musuh tradisi kau tau dulu," Aishlyn sengaja mengapi-apikan Ayana yang jelas berapi HAHAHAH !

"Aku akan rampas Firdaus dari pompuan takguna ni," nekad Ayana.

"Saya selalunya tak sokong aksi ramas meramas ni-"

"HOI BUKAN RAMAS LA!" Marah Arya.

"Psst! Rampas wey rampas," bisik Aishlyn kepada Felisha yang tersasul itu.

"Oh HAHAHA! Ha aku ni tak sokong aktiviti rampas merampas ni... Tapi kalini, saya sokong. Please weh aku nak tengok pompuan tu sakit hati!" Ujar Felisha sambil tersengih.

"Heh... Ni Ayana Nayla lah. I want it, I got it," Ayana tersengih sinis. Matanya merenung tajam gambar Firdaus dan Qisya tersebut.

Ketiga sahabat gadis itu berpandangan sesama sendiri. Ayana ni, dia punya psiko jangan bawak main!

××××

                     FIRDAUS keluar dari sebuah kedai bersama buah hatinya, Qisya.

"Baby, I nak pergi toilet kejap tau. Perut memulas tiba-tiba," pinta Qisya sambil menghulurkan beg plastik miliknya kepada Firdaus.

"Okeyy! I tunggu sini tau. Take your time," balas Firdaus mengambil beg plastik yang dihulurkan Qisya.

Qisya meninggalkan Firdaus sendiri. Firdaus menekan kunci kereta dan membuka bahagian belakang kereta tersebut.

Elok sahaja dia tutup bonet kereta itu, alangkah terkejutnya dia apabila melihat Ayana berdiri dengan senyuman manis disebelahnya.

"MAKKK!" Terjerit Firdaus dibuatnya.

"Ish kau ni kenapa kat sini?! Buat terkejut orang jelah kau ni!" Marah lelaki itu sambil mengusap dadanya.

Fuh kus semangat!

"Keluar dengan girlfriend ke?" Soal Ayana sinis.

"Girlfriend? Oh yes... Haah aku keluar dengan girlfriend aku," balas Firdaus bangga.

Ayana mengangguk perlahan.

"Betul ni girlfriend? Dah berapa lama? Ke kau ambik dia sebab nak lari dari aku?" Teka Ayana lalu ketawa.

Firdaus terdiam. Tekaan Ayana betul.

"We've been dating for 3 years. And no, aku tak lari daripada kau. Kenapa aku kena lari daripada kau?" Firdaus berlagak selamba padahal didalam hati, sudah ingin pecah jantungnya.

Bila dengan Ayana, dia rasa takut, gelisah, resah dan semua yang negatif.

"Who knows... Maybe kau terlalu takut dengan aku kan?" Ejek Ayana.

"Jadah nak takut dengan kau! Aku pilih Qisya sebab aku suka dia, benda ni semua takde kaitan dengan kau. Janganlah nak perasan sangat!" Cemuh Firdaus.

Ha memang aku kejam!

Ayana membuka telefonnya dan menekan gambar milik Firdaus dan Qisya.

"So sweet! Pegang-pegang, peluk-peluk bahuu! I thought you tahu halal haram ni? Apa ni?" Ejek Ayana sambil menunjukkan gambar itu kepada Firdaus.

"Eh perempuan... Jangan nak sembang hukum hakam dengan aku. Kau tahu hukum menggedik dengan jantan tu haram kan? Kita dua takde beza. Jangan nak cakap macam diri kau tu sempurna sangat," bidas Firdaus panas.

Ayana tersengih.

"See? Kau pun akui kita dua takde bezaa~ jodoh kan cerminan diri? Maksudnya kita berdua ada jodoh la kan?" Balas Ayana selamba.

"You bimbing I, I bimbing you. Then we're gonna be the perfect couple ever! What do you say?" Ujar Ayana lagi.

Firdaus meraup mukanya.

"Ayana kau faham bahasa tak? Aku. Tak. Suka. Kau! Apa susah sangat nak faham ni?!" Bentak lelaki itu.

"Aku. Suka. Kau! Aku dah berjanji dengan diri aku sendiri, kau akan jadi milik aku! Aku rampas kau daripada Qisya. Kau tunggu," balas Ayana sinis.

"Jangan kacau hubungan aku dengan Qisya boleh tak," Firdaus menahan amarahnya daripada meletus.

"Okey fine. Kau cari boyfriend dekat aku. Lepastu aku takkan kacau kau dah! Deal?" Tawar Ayana dengan wajah yang polos.

Firdaus memandang gadis itu pelik. Ish risau la aku kalau perempuan ni rancang benda bukan-bukan!




Pening la kami dengan budak dua ketul ni- cuba kahwin ! HAHAHAHAH

🌸-natarysss-🌸

1|| Firyana's Toxic Love {EBOOK} Where stories live. Discover now