EC:AA10

2.4K 144 4
                                    

                    "KORANG ni bagitahu laaa!" Desak Firdaus. Dirinya dibungkus didalam selimut tanpa sebab yang muhasabah.

"Senyaplah kau! Dahla beban!" Marah Khaizul.

Setelah memastikan pintu bilik ditutup dan dikunci rapat, barulah mereka semua duduk bersila dihadapan Firdaus.

"Sekarang ni... Kita tunggu. Aku taktahulah tahun ni dia nak buat apa! Tapi tahun lepas dah teruk dah kitorang kena," cerita Naufal. Berpeluh tangannya.

"Kau jangan main-main dengan budak-budak ketot tu wey..." nasihat Hariz pula. Masing-masing duduk rapat dengan Firdaus yang masih berbungkus didalam selimut.

Beberapa minit sudah berlalu... Masing-masing masih senyap.

"T-Tahun ni dia tak kacau kot noh... Senak perut aih. Aku pi jambat sat tau!" Ujar Naufal seraya masuk kedalam tandas didalam bilik tersebut.

"Jaga-jaga... Kita tak boleh teka rancangan diorang," ujar Khaizul. Naufal mengangguk patuh.

Masuk sahaja Naufal didalam tandas, mereka bertiga kembali bercerita. Belum sempat Khaizul ingin membuka bicara, kedengaran jeritan Naufal memenuhi ruangan tersebut.

"MAKKKKKK!!!"

Naufal berlari keluar dari bilik air tersebut. Baru selangkah kakinya keluar, kedengaran bunyi letupan kuat didalam tandas itu.

BOOM !

"DIA BALING MERCUN BOLA LA SIAL DALAM JAMBAN!" Jerit jejaka itu sambil memeluk Hariz.

Menggigil badan lelaki itu dibuatnya, air mata Naufal jatuh membasahi bumi. Trauma!

"Gila-"

Khaizul belum sempat menghabiskan bicaranya, sebiji mercun mendarat betul-betul dihadapan mereka.

"LARI BODO LARI!"

BOOM !

BOOM !

BOOM !

Bertubi-tubi bunyi letupan didalam rumah tersebut. Keempat jejaka itu seperti berada dimedan perang. Jiran tetangga semua keluar dari rumah mereka untuk melihat apa yang berlaku.

Disisi lain, Arya serta Aishlyn sedang mencucuh mercun tersebut dengan riang. Aishlyn mencucuh manakala Arya membaling mercun tersebut kedalam rumah para jejaka.

"PEREMPUAN TAK GUNA !"

Kedengaran bunyi jeritan dari dalam rumah tersebut. Aishlyn dan Arya ketawa terbahak-bahak.

"Rasakan! Ha tu la kau, tipu Ayana lagi... Padan muka!" Ejek Aishlyn dibawah.

"Ayana patut berbangga dengan kita. Prank hantu tahun lepas pun kita yang plan hehe! Tahun ni lagi epik!" Ujar Arya pula.

"OH KORANG DUA EKOR RUPANYA! AKU DAH AGAK DAH BUDAK KETOT NI!"

Arya dan Aishlyn melangutkan kepala mereka. Kelihatan keempat-empat jejaka itu sedang merenung mereka berdua dari balkoni tingkat atas.

Tersengih-sengih Aishlyn dan Arya.

"Hehe, peace! Bye korang! In Shaa Allah next year kita jumpa lagi," ujar Arya sinis sebelum dia dan Aishlyn lompat keluar dari halaman rumah tersebut.

Sekali lagi, mercun bola dibaling kedalam bilik para jejaka.

"BANGANG SIA DIA NI!"

××××

                           AYANA tersenyum sinis apabila Felisha melaporkan kepadanya bahawa Arya dan Aishlyn sudah berjaya melaksanakan rancangan mereka.

"They did a great job," puji Felisha yang duduk dengan gaya menyilangkan kakinya.

"I know I can count on those two," ujar Ayana pula. Dia puas hati!

Itu baru sikit, Firdaus belum kenal dia siapa! Dia harap Naufal, Hariz dan Khaizul akan menceritakan tentang dirinya kepada Firdaus supaya jejaka itu tidak berani cari pasal lagi!

"Back to our topics, macam mana?" Soal Ayana lagi.

"Kau nak aku tangkap abang ipar kau tu? Baik kau suruh Naufal, gila... Apa function dia jadi polis?" Balas Felisha pula.

"Kenapa? Kau tak boleh tangkap dia ke?" Soal Ayana jengkel. Felisha menjeling gadis itu.

Wey dia ingat kami tak berani ka?

"Boleh ja... Tapi, better ajak Naufal la. Abang ipar kau tu abuser tau! Kena kumpul bukti dulu baru boleh tangkap, yang leceh tu nak kena dapatkan warrent nak geledah rumah la bagai-" ayat Felisha terhenti apabila Ayana memotongnya.

"Okey finee! Kita ajak Naufal!" Putus Ayana. Felisha tersengih kambing. Yeay takyah buat kerja sangat!

"Tapi... Kalau nak siasat pasal kakak kau, aku boleh buat," ujar Felisha sambil mengacau airnya. Ayana menaikkan sebelah keningnya.

"Are u sure? Kau taknak ajak Naufal pulak hal ni?" Perli Ayana.

"Ish kau ni! Aku tahu la kau tahu aku suka dia, tapi bukan semua benda aku nak ajak dia bengong!" Maki Felisha geram.

Ayana ketawa kuat.

"Tapi sumpah la? Kau boleh tolong aku cari kakak aku?" Soal Ayana dengan serius. Kini giliran Felisha yang memandang Ayana jengkel.

"Trust issues, huh?" Perli gadis itu sinis. Ayana menjeling gadis itu. Benda lama jangan ungkit!

"Honey, I can help you with that. Lemme do my job, then biar Naufal tangkap si abuser tu," ujar Felisha dengan lagaknya.

Ayana mengangguk.

"Bila kau nak start?" Soal Ayana.

"Bila kau nak aku start?" Soal gadis itu kembali. Sengaja bermain tarik tali dengan Ayana.

Kang dia langgar aku pakai superbike tu mampos!

"Asap, sha. Asap," ujar Ayana. Felisha mengangguk patuh.

"Kau dengan Firdaus amacam? Apa kau nak buat dengan dia?" Soal Felisha.

"For now... Jangan sampai aku nampak muka dia, kalau nampak jugak... Tahulah apa aku nak buat. Kalini, lebih teruk. Aku ikat dia," ujar Ayana sinis.

"Ikat?"

"You know what I mean," balas Ayana lagi.





Nasib dia baling mercun, kalau dia tembak meriam buluh lagumana? HAHAHAHAH

🌸-natarysss-🌸

1|| Firyana's Toxic Love {EBOOK} Where stories live. Discover now