EC:AA15

3.1K 131 3
                                    

PANG !

Satu tamparan hebat melayang kepipi Firdaus. Terteleng kepala jejaka itu dibuatnya.

Masing-masing terkejut.

"M-Mama..."

"Mama didik kamu elok-elok, ini yang kamu balas, Firdaus?!" marah wanita tua itu. Tangannya sekali lagi naik ingin menampar muka anak lelakinya itu.

"Auntie! Auntie sabar auntie! Kita dengar dulu apa diorang nak cakap," pujuk Aishlyn sambil menahan tangan Puan Ella daripada singgah dipipi Firdaus.

"Nak sabar macam mana? Dia dah conteng arang dekat muka auntie," ujar Puan Ella kecewa.

"Ma... I didn't do it! Firdaus tolong dia ja tadi, tak buat apa pun!" ujar Firdaus. Letih nak cerita dekat sorang-sorang.

"Tipu! You touched me! Kau sentuh aku lepastu nak lepas tangan! Kau memang nak orang nampak aku macam perempuan murah kan?!" jerit Ayana pula.

Air matanya masih lagi mengalir lebat.

Puan Ella mengeluh melihat keadaan Ayana.

"Eh kau ni kang..." Firdaus berura-ura menghampiri Ayana untuk memukul gadis itu. Namun Ayana lebih pantas bersembunyi dibelakang rakan-rakannya.

"Fir, Fir hoi takkan nak pukul perempuan kot?" ujar Arya sambil melindungi Ayana dibelakangnya.

"Kau tepi, Arya! Perempuan belakang kau ni patut kena sepak mulut dia tu!" marah Firdaus lagi.

"Wey kau ni bukan dayus tau, takkan nak jadi bapak setan pulak kot?" marah Felisha pula. Dia sedang memeluk Ayana dibelakang Arya.

"Eee aku boleh jadi bapak setan la kalau dengan dia tu! Geramnya aku!" ujar Firdaus lagi mahu menghampiri Ayana.

"Fir, Fir enough! Look at me, this is not you!" pujuk Naufal. Dia memeluk tubuh tegap lelaki itu.

Firdaus akhirnya tenang. Dia menjeling Ayana sebelum pergi menjauhi gadis itu.

"Jadi macam mana ni, Puan?" soal lelaki tua itu kepada Puan Ella. Puan Ella menjeling Ayana dan Firdaus tajam.

Tetapi jelingannya lebih tajam apabila matanya dan Ayana bertemu. Hal ini kerana, Puan Ella percaya Firdaus tidak akan melakukan perkara terkutuk itu.

"Bagi saya bincang dengan diorang dulu," ujar Puan Ella dingin sebelum menarik baju Naufal dan Hariz. Khaizul masih setia didalam jamban itu.

Hariz pula menarik baju Arya dan Arya menarik baju Aishlyn dan Felisha. Mereka membuat satu bulatan.

"Ni nak panggil apa ni?" soal Puan Ella kepada tiga gadis itu.

"Saya Felisha... Yang tu Aishlyn, yang ni Arya. Yang kena tangkap basah tu, Ayana. Kitorang berempat memang satu geng dengan Firdaus," cerita Felisha.

Puan Ella mengangguk sebelum tersenyum manis. Yey, dapat anak angkat baru!

"Jadi, korang rasa macam mana ni?" soal Puan Ella.

"Apa kata kita kahwinkan je diorang? Benda dah jadi, auntie," ujar Hariz. Mereka yang lain bersetuju.

"Ish tapi auntie tak rasa anak auntie buat benda tu... Korang sendiri tahu kan perangai Firdaus macam mana? Mustahil lah!" tegah Puan Ella pula.

"Tapi auntie, Ayana tu pun bukan senang nak nangis. Dia literally tak pernah nangis, kali ni dia nangis pulak... Saya rasa betoi la Firdaus buat sesuatu, sentuh-sentuh sikit ka apa," celah Aishlyn pula.

"Tapi ada possibility jugak tau, sebab Firdaus laki kot... Ayana pulak cantik, siapa je tak tergoda? Laki tu baik tegha mana pun, dia tetap ada nafsu, auntie," sokong Naufal.

"Tapi kalau kita kahwinkan diorang, macam mana kalau tak betul? Macam mana kalau perempuan tu buat cerita? Macam mana kalau Firdaus dianiaya? Haa berdosa kita..." ujar Puan Ella pula.

Bukan apa, dia sudah terlajak suka kepada Qisya yang dikenalkan oleh Firdaus beberapa hari lepas.

"Auntie, listen to me... Kahwin ni benda baik, haa cinta tu boleh berputik selepas kahwin. Ayana tu manusia paling jujur saya pernah jumpa, kahwinkan jelah diorang auntie," bersungguh-sungguh Arya meyakinkan Puan Ella untuk mengahwinkan Ayana dan Firdaus.

"Betoi! Cerita ni kalau viral kat kampung di Kedah nu... Habislah auntie, haa baik nikahkan ja depa ni," ujar Hariz pula.

Mereka semua mengangguk. Puan Ella pula mengeluh.

"Baiklah... Firdaus, Firdaus kahwin dengan... Ayana ya, sayang?" ujar Puan Ella dengan nada sayu.

Firdaus menggelengkan kepalanya.

"Ma... I tak cintakan dia, ma! I tak salahhh!" Firdaus melutut dihadapan ibunya.

"Please sayang... Demi mama? Kahwin je dulu, lepasni cerai la," ayat terakhir itu dibisik ketelinga Firdaus.

Hanya mereka dua beranak yang mendengar ucapan itu. Firdaus terdiam. Gila apa mak aku ni?

Firdaus melihat Ayana yang masih memeluk lututnya. Air mata gadis itu sudah kering, pandangannya juga kosong.

"Takpalah. Tak payah kahwin, aku sedar aku siapa. Perempuan yang takde mak bapak. Maruah aku bukannya penting, maklumlah, takde siapa yang akan malu. Saya minta maaf sebab buat kekacauan dekat sini, pakcik... Nanti saya bayar denda," ujar Ayana dingin sebelum bangun ingin beredar.

Firdaus melihat gadis itu dengan perasaan yang bercampur baur. Puan Ella pula menghela nafas lega. Syukur anaknya tidak perlu kahwin dengan perempuan yang entah siapa-siapa tu!

"Ayana, kita kahwin!"





Puan Ella in her villain era🌹
🌸-natarysss-🌸

1|| Firyana's Toxic Love {EBOOK} Where stories live. Discover now