EC:AA7

2.3K 136 1
                                    

"TIK tok tik tok! The clock is ticking, Firdaus. Baik kau buat keputusan cepat," Khaizul menasihati sahabatnya itu.

"Ish cepatlah. Korang kena tolong aku cari Adib tu dekat mana sekarang!" Pinta Firdaus.

"Hehe that's more like it. Memang patut pun kau biar Ayana dengan Adib. Atleast dia tak kacau kau dahh~" balas Naufal sambil membuka komputer riba miliknya.

Firdaus mengangguk. Tetapi jauh disudut hatinya, dia rasa menyampah sekiranya Ayana dan Adib menjalinkan hubungan.

"Amboi laju gila kau dapat maklumat," puji Hariz kepada Naufal.

"I'm a cop, remember?" Balas Naufal bangga.

"Dia kat mana wey?" Soal Firdaus.

"Dia ada je dekat-dekat sini... Still alive. Unfortunately, he's engaged," balas Naufal.

Firdaus meraup mukanya.

"HUWARGHHHH TUNANG PULAKDAHH!" Raung Firdaus disitu.

Didalam otaknya, lelaki itu sedang memikirkan nasibnya nanti. Adakah Ayana masih mengacaunya? Bagaimana kalau Ayana bertindak diluar kawalan?

"Aku kena jumpa perempuan gila tu," ujar Firdaus lalu keluar daripada rumah tersebut. Dia menaiki motor kesayangannya.

Tangan lincah menekan nombor telefon milik Ayana Nayla.

"Aku ada benda nak cakap. Jumpa dekat litar," dengan itu, Firdaus memutuskan talian dan menyarungkan helmet dikepalanya.

Doa menaiki kenderaan dibaca sebelum motornya membelah jalan.

××××

AYANA menunggu kehadiran Firdaus dengan sabar. Dia memeluk erat helmet miliknya.

"Ayana!"

Ayana menoleh kearah suara yang memanggil dirinya. Firdaus mendekati gadis itu.

"Sorry I'm late," ujar jejaka itu.

"Takpa, aku pun baru sampai. Haa apa yang kau nak cakap?" Soal Ayana penasaran.

"About Adib."

Terus berubah ceria riak wajah Ayana.

"Kau dah berjaya jejak dia ke? Dah kenalkan aku? Dia nak dengan aku tak wey?" Soal Ayana bertubi-tubi.

"Sabar... He's engaged, Ayana," keluh Firdaus.

"Jadi?"

Firdaus tayang wajah hairan.

"What do you mean 'jadi'?" Soal Firdaus. Kini, giliran Ayana yang mengeluh.

"Apa masalahnya kalau dia bertunang sekalipun?" Soal gadis itu jengkel.

"Wey dia dah bertunang tau! Dah jadi hak milik orang! Takkan kau nak jadi penghancur rumah tangga kot?" Marah Firdaus.

"Yang berkahwin pun boleh cerai apatah lagi yang bertunang. Kau ingat aku tak tahu ke dia dah bertunang? Kalau kau nak aku jauhkan diri daripada kau... Dapatkan Adib untuk aku," ujar Ayana dingin.

"You're insane!" Jerit Firdaus. Dia mengundurkan diri beberapa tapak supaya dirinya jauh daripada Ayana.

"Cakaplah apa kau nak... Kalau kau taknak aku kacau kau, kau bagi Adib dekat aku. Aku tak heran lah kau nak buat macam mana pun... Aku. Nak. Adib!" Ujar gadis itu lagi dengan begitu sinis.

Firdaus diam. Takkan lah dia akan menghancurkan rumah tangga orang lain demi kepentingan dirinya sendiri? Seketul Firdaus bukan begitu!

"Kenapa diam? Kau nak aku terus kacau kau ke? I'm fine with that," ujar Ayana lalu ketawa.

Ayana menghidupkan enjin motornya.

"Wait. Erghhhh FINE! Janji dengan aku... Kau takkan kacau aku lagi!" Firdaus memandang tepat kedalam mata Ayana.

Ayana hanya tersenyum. Kepala dijatuhkan sekali.

"I hate you," ujar Firdaus geram.

Ayana ketawa.

"You know you love me," balas Ayana sinis. Tiba-tiba, mata gadis itu tertancap kearah sebuah lorong gelap.

Ada sesuatu yang menyuruhnya memeriksa lorong itu. Perlahan-lahan... Ayana turun daripada motornya dan bergerak kearah lorong itu secara perlahan.

Firdaus memerhati tingkah laku gadis itu. Takkan kena sampuk kot?

Dia mencapai ranting kayu disampingnya dan menyucuk bahu Ayana.

"Hui- ko nak gi mana tu?" Bisik Firdaus. Entah mengapa, dia turut berjengket perlahan-lahan mengikuti rentak Ayana.

Nada suara juga diperlahankan.

"Shut diamlah. Kau balik la... Aku ada benda nak usha kat lorong tu," balas Ayana.

Firdaus melihat lorong yang dimaksudkan oleh Ayana itu.

"Heh kau ni gila ke apa?! Takyah la Ayana... Gelap tu, bahaya!" Pujuk Firdaus.

"Eee kan aku dah suruh kau balik. Aku okey jelah sorang-sorang. Kau jangan risau, aku dah biasa!" Halau Ayana lagi.

"Tapi... Tapi... Disaat begini, kau tanggungjawab aku! Apa aku nak jawab dekat budak-budak ketot tu kalau jadi apa-apa dekat kau?" Ujar Firdaus lagi.

Ayana menjeling jejaka itu.

"Astu kau nak buat apa?"

"Aku ikut kau lah. Ni aku bawak helmet, kalau ada yang cuba buat lima puluhhh dekat kita, aku hentak terus!" Balas Firdaus mengikut Ayana dengan rapat.

Dalam diam, Ayana tersenyum.

Dilorong tersebut, kedengaran bunyi manusia membuat aktiviti maksiat.

"Astaghfirullah cover your eyes Ayana!" Firdaus menutup mata gadis itu daripada menonton aksi yang tidak sepatutnya ditonton.

"Ish tepilah. Aku macam kenal jantan tu," Ayana menolak tangan lelaki itu menggunakan beg tangannya. Ayana kian mendekati pasangan tersebut.

"ABANG?!"






Ha todiaaa abang sapa pulak dah ni ?
🌸-nataryssss-

1|| Firyana's Toxic Love {EBOOK} Where stories live. Discover now