EC:AA9

2.2K 139 5
                                    

                           "KAU boleh ke balik sorang-sorang ni? Nak aku tolong hantar?" Soal Firdaus dengan nada risau.

Ayana ketawa kecil.

"KALAU jadi sesuatu dekat aku pun, apa kau boleh buat? You couldn't even protect yourself just now," ejek Ayana sambil menyarungkan helmetnya dikepala.

"Hey, tadi tu I wasn't ready!" Marah Firdaus kembali.

"Yeah, right. You should be ready anytime. Mana ada accident call dulu inform suruh ready pastu baru dia jadi kan?" Sekali lagi Ayana mengejek jejaka itu dengan sinis sekali.

Firdaus menjeling gadis itu.

"Tak baik tau ejek aku macam tu... Aku ni ikhlas tau nak tolong kau!" Ujar Firdaus dengan nada mengendur.

Sebek dia tu!

"Kau dengan Khaizul, dua kali lima, sepuluh. Dua-dua cengeng! Korang satu kroni memang cengeng eh?" Kutuk Ayana selamba.

"Wey mulut cantik sikit nah, hampa ja terlebih keraih! Bukan kami yang cengeng!" Marah Firdaus geram.

"Whatever! Oh right... Lupa pulak. Esok before lunch, aku nak Adib dah ada depan mata aku and nak jadi boyfriend aku. Understood? Let's have a double date. Bring Qisya with you. I'll text you the location," ujar Ayana.

"And, if you can't fulfill this, there will be consequences," tambah Ayana dengan penuh sinis. Kemudian, tanpa menunggu balasan daripada Firdaus... Gadis itu meluncur laju membelah jalan raya.

Meninggalkan seketul Firdaus dalam dilema.

"Kalau aku lari takpa kot noh?" Bisik Firdaus sendiri.


××××

                          AYANA menunggu Firdaus seperti yang dijanjikan mereka malam tadi.

Sudah lebih daripada setengah jam sejak Ayana tiba di restaurant tersebut. Jam ditangannya ditilik berulang kali.

"Jantan ni betul-betul cari pasal dengan aku, ya?" Ujar Ayana sendiri. Dia mendengus kesal.

"Dia ingat aku buat lawak eh? Kau memang sial la, Firdaus," terus Ayana menekan nombor telefon Firdaus.

Malangnya, telefon Firdaus dimatikan. Tak cukup dengan itu, Ayana menghantarkan mesej kesemua platform yang dimiliki oleh lelaki itu.

Sebutkan sahaja, Instagram? WhatsApp? Telegram? Twitter? Facebook? Semuanya Ayana telah menghantarkan pesanan.

"No reply? Jantan ni block aku ke apa? Baiklah... Kau main gila dengan aku," Ayana ketawa sinis. Rasa macam tak percaya dirinya ditipu sebegitu rupa!

Gadis itu menghentak meja makan itu kuat.

Hal itu mengejutkan semua pelanggan yang berada disekitarnya. Gadis itu bangun dari kerusi dan menendang kerusi itu dengan kadar kekuatan sederhana sebelum keluar dari restaurant tersebut.

Nombor seseorang ditekan.

"Ya abe nak gapo abe?"

"Eh Naufal. Kau bagitahu dekat kawan bangsat kau tu, dia dah main gila dengan aku," ujar Ayana dengan nada bengang sebelum mematikan telefonnya.

Kemudian, nombor Felisha pula ditekan.

"Sha, jumpa aku. Aku nak kau cari maklumat seseorang. I'll text you the location," dengan itu, Ayana menaiki superbike miliknya dengan hati yang membara.

Rasa macam nak langgar semua orang!

××××

           NAUFAL yang masih memegang ganggang telefon itu terkedu. Terkebil-kebil matanya ingin menghadam ayat yang dituturkan oleh seketul Ayana Nayla sebentar tadi.

"Sapadia telefon hang wey?" Soal Firdaus. Dia baru sahaja selesai mandi. Anak teruna apa ni mandi pukul 1 tengah hari!

"Kau... Ada janji sesuatu ke dengan Ayana?" Soal Naufal. Tangannya terketar-ketar ketika menyoalkan soalan tersebut.

"I don't think so," balas Firdaus bersahaja.

"Then why did she called me?" Soal Naufal.

"What did she said?"

"Kau bagitahu kawan bangsat kau tu, dia dah main gila dengan aku! What have you done, my daughter?" Soal Naufal sekali lagi.

"Oh aku dah ingat. Dia ajak aku double date dengan Adib and Qisya harini, tapi aku lari sebab aku taknak jumpa dia... Plus, aku tak kenalkan dia dekat Adib pun!" Balas Firdaus lalu ketawa.

"Have you LOST YOUR MIND?!" Jerit Naufal sambil meraup mukanya. Riak wajah lelaki itu menunjukkan dia gelisah, resah dan sebagainya.

"Lek aaa apa yang kau gelabah-"

"FIRDAUS AZIEQ! Arya called me and said that you lied to Ayana? Kau ni gila eh!" Jerit Hariz pula.

"HAH?! FIRDAUS TIPU AYANA?! MAMPOS!" Jerit Khaizul dari bawah sofa.

Ketiga-tiga jejaka itu mula kelam kabut.

"Paku tingkap tu sia!" Arah Hariz seraya memaku pintu rumah dengan papan.

"Tutup semua benda rapat-rapat wey! Jangan bagi ada ruang sikit pun!" Ujar Naufal pula.

"Tutup langsir, Firdaus!" Arah Khaizul pula. Dia menutup semua lampu didalam rumah itu.

Mereka semua panik!

"Ish, bagitahu la aku! Apahal yang korang takut sangat dengan Ayana tu? Dia tu perempuan bia-"

Khaizul menutup mulut Firdaus. Mata mereka bertiga meliar keseluruh penjuru rumah tersebut. Peluh membasahi dahi mereka semua.

Perlahan-lahan, mereka membawa Firdaus ketingkat atas. Bilik menjadi tujuan!



Ayana gila ya anak-anak, don't be like Ayana Nayla! Semua jadi Firdaus, jangan jadi Ayana.

🌸-natarysss-🌸

1|| Firyana's Toxic Love {EBOOK} Where stories live. Discover now