1# pelangi, protanopia

101 7 6
                                    

𖤐₊˚ ⚝ ʚ ♡ ₊˚

К сожалению, это изображение не соответствует нашим правилам. Чтобы продолжить публикацию, пожалуйста, удалите изображение или загрузите другое.

𖤐₊˚ ⚝ ʚ ♡ ₊˚


Pelangi ada 7 warna, tetapi untuk Iqbal tidak.

Sebaliknya pelangi Iqbal cuma ada 2 warna; kuning dan biru dalam tona-tona berbeza. Selama ini Iqbal fikir cikgu-cikgunya sengaja buat begitu hanya untuk cukupkan 7 baris pelangi atas sebab-sebab dia tak tahu — teori konspirasi paling accurate dia pernah fikir adalah sebab alam sukakan nombor 7; 7 lapisan langit, 7 lapisan syurga, 7 lapisan neraka, etc.

Tetapi semua teori yang penat-penat Iqbal kemukakan terus disangkal begitu saja bila Cikgu Sakinah; cikgu BM-nya ketika Darjah 2 mula perasan Iqbal banyak terciduk dalam bab warna walaupun dia selalu dapat markah penuh dalam bab lain.

Mak Iqbal dipanggil, Iqbal dibawa jumpa doctor, dan—

Iqbal disahkan buta warna pada umur 8 tahun.

Sejujurnya kehidupan Iqbal tak ada banyak masalah. Semua cikgu-cikgu di sekolah Iqbal peka dalam hal itu, dan setiap kali exam dia dapat kertas exam yang berasingan. Kawan-kawannya pun tak pulaukan dia, dan in fact, ada classmate Iqbal yang sama kelas dengannya dari Darjah 1 sampai Darjah 5 pun tak tahu kenyataan yang dia buta warna.

Tetapi mak Iqbal..

Ya, Mama.

Mama agak dramatik atas soal itu. Mungkin dek kerana berbanding dengan semua orang di muka bumi ini, Mama yang paling banyak habiskan masa dengan Iqbal jadi mungkin atas sebab itu.. 'kekurangan' Iqbal ini nampak lebih nyata di mata Mama.

Contohnya bila haritu Mama ajak Iqbal pergi Pantai Purnama untuk tengok sunset. Baru je 2 saat Mama bawak keluar phone nak tangkap gambar sunset, air matanya gugur tiba-tiba sambil pamit,

" Kesiannya Iqbal. Iqbal tak boleh nampak lawanya sunset. "

Kalau tak disebabkan Iqbal taknak kena cop 'derhaka', waktu itu juga dia pusing bola mata arah clockwise namun sebaliknya, dia cuma bagi senyuman separuh ikhlas untuk Mama.

Iqbal mungkin tak boleh nikmati permandangan senja, namun Iqbal boleh hayati tenangnya bunyi hempasan ombak. Iqbal mungkin tak mampu hargai cantiknya tanaman-tanaman bunga di rumah jiran tetangga, namun Iqbal masih suka haruman manis menjengah hidungnya tiap kali dia pulang dari sekolah. 

Alam ini tetap sempurna meskipun Iqbal tidak. 

" Bal, kau dengar tak aku cakap ni?" Iqbal tersentak. Matanya elok melekat ke langit malam sedari tadi, kini dipaling semula ke wajah Narwa yang terpapar di phone screen. Boleh nampak gadis itu terhenti melipat baju bila dia sedar Iqbal mengelamun masa dia berhujah sorang-sorang. 

" Ye, aku dengar. Aku dengar. "

" Apa yang kau dengar? "

Iqbal terdiam. Fikir jawapan yang munasabah. 

sunshower. [ C ]Место, где живут истории. Откройте их для себя