narwa, gamble of life #19

35 5 2
                                    

𖤐₊˚ ⚝ ʚ ♡ ₊˚

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

𖤐₊˚ ⚝ ʚ ♡ ₊˚

"Wa, yang pasal kau ajak aku keluar haritu.." Zaid tiba-tiba membuka mulut. Dia pandang Narwa yang sedang sibuk memilih jajan untuk dibawa jumpa Iqbal nanti. Narwa sendiri yang ajak Zaid untuk sama-sama ziarah Iqbal lepas habis sekolah nanti. 

"Hm? Oh yang tu. Takder pape pun senanya. Lupakan je." selamba Narwa kata. Zaid tercengang. Punyalah dia berkobar-kobar bertanya, dia boleh kata takder apa-apa?

"I mean.. Kalau takde pape, kita still boleh lepak berdua apa." Zaid cuba cucuk jarum. Narwa terus berikan dia pandangan pelik. 

"Yakin lah kau? Bukan banyak benda kau nak kena buat? Dengan series Protanopia lagi, props lagi." 

Dang it. Narwa ingatkan pulak.

Zaid kemam bibir bila cubaannya untuk pergi dating dengan Narwa tak menjadi. Dia hanya pandang Narwa yang ralit memilih air pula untuk dibawa ke rumah Iqbal. Takkan Narwa tak nampak hint yang dia bagi? Up to this point, Zaid mula rasa yang Narwa tahu tentang perasaanya tetapi sengaja untuk berpura-pura tak tahu. Ianya samada Narwa hanya nak kekal sebagai kawan, atau Narwa sukakan Iqbal,

-atau Narwa memang takde nafsu dekat jantan. 

Moga-moga lah yang last tu bukan. 

"Dah ke, Wa?" tanya Zaid pula. Troli mereka dah mula penuh dengan jajan sahaja. 

"Oh kejap, lupa pulak yang ini. Ini yang Bal paling suka." Narwa campakkan lagi satu item ke dalam troli. Air kundur. Dan bukannya satu, ianya satu set yang berisi enam kotak. 

"Serious lah, Wa?" 

Narwa hanya kulum senyuman sambil kenyit mata. 

Okay, fine. Zaid mengalah.

***

"Ni kitorang ada bawak jajan." Zaid campakkan beg-beg plastik jajan terus ke katil Iqbal, di mana budak itu sedang berehat. Tak ubah macam budak-budak, Iqbal pun terus memunggah jajan itu, mencari mana yang mahu dirasa dulu. 

"Narwa ada belikan air untuk kau, tapi aku tak tahulah kau suka ke-" 

"-air kundur!" Iqbal julang air kotak berlogo timun itu seumpama piala Fifa. Zaid terlopong, manakala Narwa pulak tersenyum bangga. Siot, makhluk ni suka air kundur? Alien ke apa? 

"Dah kata, jijik-jijik air ni, mamat ni suka." herdik Narwa. 

"Apa yang jijik? Tekak korang yang rosak." Iqbal hirup air kundur itu seumpama macam tak ada hari esok. Zaid menggelecit sendiri, boleh dibayang rasa kelat air itu bila sampai ke tekaknya. Mati hidup balik pun dia takkan minum air itu. 

Mata Zaid melilau melihat keadaan bilik Iqbal. Ini pertama kali dia masuk dalam bilik ni, jadi dia teringin juga nak tahu macam mana rupa bilik Iqbal ni, tapi macam yang dia sangka, ianya tersangatlah basic. Sampailah bila dia duduk bersila di tepi katil Iqbal, dan dia nampak sesuatu di bawah katil Iqbal.

Tangannya terus mencapai objek itu.

Topi Boboiboy.

"Ini kau punya ke, Bal?" tanya Zaid. Dia membelek topi kanak-kanak yang bersaiz tapak tangannya itu. Iqbal yang tengah syok minum air kundur pun angkat muka.

"Uyo, mana kau jumpa tu? Sumpah dah lama siot aku tak nampak."

Iqbal ambil topi jingga itu dari tangan Zaid.

"So kau punya lah?"

"Yup. Comel doh aku dulu." 

Zaid terdiam. Baru haritu dia jumpa balik lukisan dia waktu kecil dengan adanya budak bertopi jingga, dan sekarang tiba-tiba Iqbal pulak ternyata ada topi yang sama? Jangan buat lawaklah. Sekali tengok, Zaid dah tahu ini apa maksudnya. 

Andai kata Iqbal turns out to be budak bertopi jingga itu, dia tahu akan ada benda buruk akan berlaku walaupun dia masih lagi tak tahu apa ia. Jadi atas sebab itulah, dia akan lalui hari-hari dia dengan pura-pura tak tahu tentang kenyataan itu.

***

"Narwa.. Apa ni..? Kenapa tiba-tiba role Sang Kelembai bagi dekat Ganja?" tanya Zaid dengan penuh tak sangka. Dia pandang senarai nama pelakon itu berkali-kali, mengharapkan bahawa apa yang dibacanya itu tak benar.

"Budak yang sepatutnya dapat role tu tarik diri. Aku suruh dia cari fill-in and dia bagi Ganja. Hadap jelah apa yang ada." selamba Narwa berkata, dia sibuk menyusun atur barangan di atas pentas. Langsung tak memandang Zaid.

"Habistu Bal macam mana?" soal Zaid lagi. Takkan Narwa biarkan je Bal? Narwa adore Bal. 

"He could deal with it. It's either aku ambil makhluk tu jadi antagonis, ataupun there's no theatre at all. Ini je satu-satunya pentas untuk Bal, I can't risk it away for a minor hole I can't fill with. From the start, I build this stage only for him. Bila lagi aku nak nampak budak tu perform, kalau bukan sekarang?" tegas Narwa lagi. 

Zaid hanya terdiam mendengar kata-kata Narwa. Dari suaranya saja, Zaid sendiri tahu Narwa pun berat hati mahu menerima kenyataan itu. 

"He might hate you for it." ujar Zaid lagi. Narwa terus berpaling ke Zaid, mata mereka bertemu. Terus Narwa hadiahkan Zaid senyuman kelat. 

"That's the gamble of life."

***

"Jap, Zaid. Ambilkan pencil box aku dalam beg. Biar aku tolong kau sekali siapkan ni." pinta Iqbal. Zaid terus tarik senyuman nipis walaupun dalam hati dia dah mengeluh berat. Jadi satu keje lah pulak nanti dia nak kena touch up balik. 

Dengan hati yang berat, Zaid buka beg Iqbal. Dalam diam, dia berdoa dalam hati pencil box tu kena telan dengan kucing ke apa supaya Iqbal tak tolong dia. Zaid bukannya tak suka Iqbal, tetapi kalau nak dilihat daripada level melukis Iqbal sekarang, dia cuma bakal lambakkan kerja Zaid nanti daripada mengurangkan. 

Tangan Zaid diselam masuk ke celah-celah buku Iqbal, dan ketika itulah tangannya merangsang sesuatu objek yang lembut. Ditarik ianya keluar, dan ternyata ianya topi Boboiboy itu lagi. Zaid terhenti. No, not this topi again.  

"Kau bawak topi ni, Bal?" bergetar suara Zaid kedengaran. Dia mengelip matanya berkali-kali, mengharapkan topi itu mungkin secara ajaibnya hilang, dan apa yang dia sedap hadap ini bukan realiti. 

"Topi apa?" Iqbal berpaling ke Iqbal. 

"Oh, ha'ah. Kau nampak macam interested dengan topi tu haritu last time kau jumpa benda tu, sebab tulah aku bawak." 

Sebab tu dia bawak? Sebab tu?

Pandangan Zaid mula hilang fokus. Matanya berpinar-pinar, topi Boboiboy di tangannya mula terlihat kabur. Haba memenuhi badannya, boleh terlihat titik peluh memenuhi dahinya. Nafas Zaid berombak, dadanya sesak. Dia geleng kepalanya, cuba untuk keluarkan diri daripada kondisi tak stabil itu. Namun ianya tak berhasil. 

"Bal, aku ada benda nak cakap dengan kau-" 

Zaid baru saja mahu mendapatkan Iqbal namun pada waktu dia berpaling, Zaid terus hilang kata. 

Kosong.

Iqbal tak lagi terbaring di tengah-tengah kelas. Hanya props theatre yang diusahakannya tadi bertebaran di atas lantai. Kelas itu kosong sekosongnya. Zaid perlahan-lahan melirik ke belakangnya, di mana beg Iqbal sepatutnya berada. Tak ada. 

Zaid belek tangannya sendiri. 

Topi Boboiboy itupun tiada. 

Lesap begitu saja. 

-TBC

sunshower. [ C ]Where stories live. Discover now