6# mat jenin, besar telor

31 6 4
                                    

𖤐₊˚ ⚝ ʚ ♡ ₊˚

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

𖤐₊˚ ⚝ ʚ ♡ ₊˚

" Masuk minggu ni saja, 4 orang pelajar dah berhenti sekolah. Kamu semua kena fikir elok-elok masa depan kamu blabla.. "

Iqbal dah rupa macam mayat hidup. Dia dah naik mual dengar kata-kata Pengetua. Entah berapa banyak kali orang tua itu mahu sebut bilangan budak berhenti sekolah tiap minggu, entah. Macam lah benda tu boleh mengelokkan keadaan.

Lepas saja pandemik berlaku, banyak budak sekolah terciduk dan terus berhenti atau dibuang sekolah secara rasmi.

Iqbal biasanya seseorang yang penuh prejudis, tapi dalam hal ni dia boleh empathize dengan budak-budak tu. Of course, tindakan budak-budak itu dianggap bodoh di mata Iqbal, tapi Iqbal sendiri nampak dunia ketika pandemik berlaku.

Tekanan dalam pandemik bukannya macam letusan api; zahir, bahang, pedih — kerosakan yang semuanya nyata. Itu realiti rupa virus COVID-19 itu merebak.

Tetapi tekanan jiwa dalam pandemik tak ubah macam kepala air yang tak diundang.

Kau sedang nyaman, dibuai arus sungai yang tenang, dan tiba-tiba kau ditarik deras air yang kuat, dan maut pun mendatang. Sikit-sikit kesihatan minda kau dihakis, tanpa kau sedar. Dan lagipula kau seorang, di tengah-tengah hutan liar. Jeritan kau harus kuat, untuk diberi dengar.

Hakikatnya mungkin senang.

Tak semua orang mampu keluar dari pandemik, seperti yang disangka mereka di kayangan.

" Kau tahu, aku dengar budak-budak yang berhenti sekolah itu sebenarnya hilang tanpa sebab. "

Sama lah juga tentang bagaimana beberapa orang masih tak lepas dari dunia kayangan.

Iqbal tak mampu sorok sifat membencinya di muka. Diapit dengan leteran Pengetua di atas pentas dan teori konspirasi dunia budak-budak cetek akal buatkan Iqbal hilang ketahanan diri. Apa nak jadi jadilah.

" Kau tak pelik ke? Nadim ada tournament kot 2 minggu lagi. Takkan dia berhenti macam tu je? "

" Kamu semua kena sedar, ada banyak lagi halangan dan ujian yang menanti kamu lepas dunia sekolah menengah ini. "

Iqbal longlai.

Haih, bila nak habis ni?

***

Meskipun lepas tahu 'fitrah dua alam' Narwa, Zaid; as a goody two shoes he is; tetap biarkan gadis itu lepak dengan diorang di kelas terbiar Block B-3. Ternyata mamat tu boleh tahan senang untuk move on; at least dari apa yang Iqbal nampak, tak tahu lah balik rumah Zaid nangis hujung bucu katil pulak.

Iqbal menunggu seorang diri, di koridor kosong menuju ke Blok B-3.

Dah menjadi kewajipan untuk dia jadi Pak Jaga tunggu lagi dua ekor makhluk itu memandangkan dia seorang je yang takde banyak commitment dan strict parents.

Matanya meliar ke papan kenyataan.

Banyak poster-poster yang ditampal dah merekah dan mengelupas dek kerana usianya yang dah cecah berzaman. Takde siapa kisah untuk bersihkan disebabkan jalan ini memang jarang digunakan.

Matanya jatuh pada satu poster yang tak pudar warnanya meski fizikalnya sudah tak sempurna.

" Persembahan Kelab Theatre 2013
Lakonan Dongeng Bawang Putih Bawang Merah "

Mata Iqbal tak lepas dari perkataan 'theatre'.

Iqbal dulu pernah masuk theatre. Dia suka bertapak ke tengah pentas, buatkan orang ketawa dan terasa seronok. Tapi itu sebelum dia jadi remaja, sebelum dia sedar dia tak sepatutnya letakkan diri dalam mimpi yang tak pasti.

Dia takut yang dia akan mula bergantung harap, pada mimpi yang tak ada stabiliti.

Gerimis mulai turun renyai-renyai.

Iqbal pulak angkat muka.

Zaid?

" Kita ada Kelab Theatre dulu? " Kepala Zaid terpacak di bahu Iqbal dari belakang. Dia turut memandang poster lama itu.

" Nampak macam ya. "

" Hmmm.. " Zaid diri pula di sebelah Iqbal, kedua tangan diseluk dalam kocek, " kau taknak try, Bal? "

Iqbal terus toleh.

" Mind you that dia tulis terang-terang kat situ tahun 2013. "

" So? Kelab Seni stop existing for like 2 months ago kot. And yet here I am. " selamba Zaid berkata. Iqbal lepas keluhan lemah sambil geleng kepala.

" Kau ada potential, aku tak. "

" Tunjuk lah dekat aku, yang kau tu betul-betul takder potential. " Zaid bongkok badannya sikit ke tepi, biar mata selari dengan Iqbal. Senyumannya ikhlas diberi.

" Aku kan budak seni. Visual learner. Aku kena tengok sendiri dengan mata, bukan dengar je. "

Iqbal tarik muka.

" Acik kau lah visual learner. " tapak tangan Iqbal terus mendarat ke muka seposen Zaid, menolak mamat tu jauh daripada dia. Zaid tergelak sambil terundur beberapa tapak.

" Kau nak tahu tak Bal, apa mesej dalam movie Upin Ipin Keris Siamang Tunggal? " Zaid tiba-tiba beralih topik. Iqbal pandangnya pelik. Macam tu je melencong?

" Taknak. " Mentah-mentah Iqbal tolak.

" Mat Jenin pun boleh jadi raja kalau cukup air mata. " Iqbal pandang Zaid atas bawah. Buat muka selenge, tanda tak faham.

" Nak jadi anak jantan, kena besar telor. Orang besar telor ni, dalam badan ada banyak air. Air mata. Kena berani menangis, kena berani buat silap. Mat Jenin tak takut jadi anak raja. Tak salah pun berangan. " Zaid memujuk.

Iqbal diam sejenak. Dia pandang Zaid dalam-dalam.

" Aku dah banyak kali cakap benda ni, tapi kau memang bunyi macam orang tua miang doh, Zaid. "

Ketawa Zaid meledak terus.

" Kau pun suka apa. Ayat-ayat gini baru masuk otak kau. Density kuningnya sama."

" Takde. Kau je yang miang. "

" Siapa miang? "

Entah muncul dari mana, Narwa tiba-tiba terpacak di antara Iqbal dan Zaid. Kelihatan gadis itu sudah menukar pakaiannya jadi lebih casual, ke identitinya yang lagi satu.

Matanya jatuh pada poster Kelab Theatre itu.

" Uyo, sekolah kita ada Kelab Theatre dulu? Macam best je. Bal kau pernah masuk theatre en dulu? Jom buat. "

Iqbal dan Zaid dua-dua hilang kata.

" Aku direct, Bal berlakon, Zaid buat props. Okay setel, les gaur. "

Narwa tarik kedua Iqbal dan Zaid masuk ke Blok B-3. Kedua remaja lelaki itu terpempan. Sedangkan ribut taufan pun tak mengejut begini.

-TBC

sunshower. [ C ]Where stories live. Discover now