5# "makwe ke?", love at first 'sike'

36 7 9
                                    

𖤐₊˚ ⚝ ʚ ♡ ₊˚

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

𖤐₊˚ ⚝ ʚ ♡ ₊˚

Seminggu berlalu, dan akhirnya Narwa pulang ke sekolah.

Sesampai je minah itu ke tapak perhimpunan, benda pertama yang ditanyakan " Mana Zaid? " kepada Iqbal. Takder lah nak ditanya samada besprend dia nak sihat ke tak, ada patah kaki ke, sakit jiwa ke — nehi. Sikit pun dia tak kisah.

" Betul-betul lah mamat tu Zaid? Tak nampak cam dak seni pun, cam fuckboy je lebih. " selamba Narwa mengata. Tengkuknya dah panjang macam tengkuk zirafah.

" Just because mamat tu hensem dan reti bersosial, kau takleh terus cop dia 'fuckboy'. Dia yang banyak tolong aku time kau takder, so remember to be nice. "

Kening gadis tudung biru itu terangkat.

" Uyo, tak sangka kau akhirnya jumpa balik 'hati perut' kau. Iqbal Hafiey, mamat yang habiskan hidup dia dengan jadi remaja bitter with an 'i-don't-give-a-fuck' attitude, dah pandai suruh orang 'be nice'. " usik Narwa.

" Sejak bila aku bitter? Tak, citernya skang kalau kau nak cari orang buat jadi punchbag, Ganja ada. Tak payah lah nak kacau dia. "

" Yelah, yelah. Aku cuma nak tengok je samada wujud ke tak si Zaid ni, mana tahu kau tipu sebab tanak buat aku risau. Aku tahu sangat perangai tipu sunat kau ni. "

" Takdernya, " dari jauh pandangan Iqbal jatuh ke susuk belakang Zaid yang bergurau senda dengan rakan sekelasnya dalam barisan.

" Budak baik macam Zaid still wujud, wether you believe it or not. "

Narwa pandang Iqbal. Jujur, dia rasa lega. Dia habiskan masanya di kem dengan dibelengu rasa was-was sebab fikirkan Iqbal. Dia siap sanggup lagi langgar peraturan dan seludup masuk phone semata nak tanya khabar Iqbal tiap hari.

Tetapi tiap kali call dibuat, dia perasan tona riang dalam suara kawannya itu yang tak pernah didengar. Tona suara Iqbal yang mungkin wujud suatu ketika dulu, dan kini kembali ke permukaan. Iqbal yang Narwa tak pernah kenal.

" Okay lah Bal. Gerak dulu. Nak gi jaga tangga. " Narwa tepuk bahu Iqbal, tanda nak belah. Iqbal menangguk sebagai balasan.

" Hmm, leklok. "

Perhimpunan pun dimulakan.

***

Zaid duduk termenung di depan kanvas, seorang diri di tengah-tengah kelas. Tumitnya dihentak-hentak ke lantai, menunggu kehadiran Iqbal yang tak kunjung tiba. Dia sudah jenguk ke kelas Iqbal tadi, tetapi Iqbal sendiri suruh dia pergi dulu ke Blok B-3.

Jam dibelek. Hampir 35 minit sudah berlalu selepas masa mereka selalu berkumpul di kelas.

Otaknya kosong, kanvasnya kosong.

Tak ada Iqbal, lukisannya pun tak jalan. Entah kenapa, berus ini terasa berat untuk diangkat tanpa lawak bodoh lelaki itu sebagai peneman.

Jangan kata Ganja bantai dia? Mampos, patutnya aku tak tinggalkan dia sorang-sorang tadi.

sunshower. [ C ]Where stories live. Discover now