15# kau wujud ke? #15

30 3 0
                                    

𖤐₊˚ ⚝ ʚ ♡ ₊˚

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

𖤐₊˚ ⚝ ʚ ♡ ₊˚

Iqbal panik. 

Dia tak tahu apa yang perlu dilakukan. Biasanya dia yang kena seizure, jadi otaknya kosong tak tahu nak buat apa. Tambah pulak, kenapa Zaid kena seizure? Seizure pun boleh contagious ke cane? Dia tarik kerusi berdekatan, lalu cuba dudukkan Zaid, namun ianya sia-sia. Zaid kaku dalam posisi berdiri, tak bergerak-gerak. 

"Ya allah.. Apa aku nak buat ni? Siapa yang aku nak cari?" gumam Iqbal sendiri. Sebaris nama terlintas di kepalanya. Narwa. 

Hati Iqbal jadi berbolak, matanya diselisih ke pintu dan Zaid berkali-kali. Takkan dia nak pergi sana lagi lepas apa yang jadi? Dia baru maki Narwa kot sebiji-sebiji. Tapi Zaid.. 

"Argh!! Lantaklah!!" 

Iqbal terus bengkokkan kedua lutut, dukung Zaid di belakang badannya, dan bergegas keluar dari kelas. Dia jatuhkan ego dia semata memikirkan kondisi kawannya. Angin hujan menderu menempa wajahnya seraya dia memecut di koridor Blok B-2.

Halatuju, ke dewan tertutup semula. Di mana Narwa berada. 

Baru saja dia mahu mendaki tangga Blok Sains & Kemanusiaan, langkahnya terhenti apabila ternyata tangga itu sudah ada penghuni. Kaki Iqbal terhenti apabila dia ternampak Ganja elok duduk di tangga itu, menelaah phone-nya sendiri dengan rokok tersisip di bibir.

Senyuman Ganja terus meleret. 

"Ada lagi kau? Berani siak datang balik, fikir kau dah takder telor." cemuh Ganja, putung rokoknya yang dikemam di bibir beralih tempat ke jarinya.

"Ganja, sumpah sorry. Aku- Aku urgent. Tolong lah bagi aku jumpa Narwa."

"Urgent? Bagitahu dulu apa yang urgent." sengaja kangkangnya dilebarkan bila Iqbal mahu naik ke tangga, cuba menghalang urusan Iqbal hanya untuk suka-suka. Iqbal bengang.

"Kau tak nampak ke, sial? Kawan aku ni tengah pitam kat belakang ni, Narwa je yang tahu nak buat apa!!" tempik Iqbal penuh amarah. Ganja kerling ke belakang Iqbal dan terus kerutannya turut zahir.

"Belakang.. as in 10km jauh belakang lagi ke cane? Sebab aku memang tak nampak mana-mana kawan yang kau cakap ni." 

Hah? Iqbal lantas menoleh.

Kosong. Belakangnya kosong. Beban di belakangnya terus hilang. Dan tubuh Zaid terus lesap begitu saja. Wajah Iqbal terus bertukar pucat lesi. Jantungnya yang berdegup kencang dek kerana berlari tadi, kini terhenti. Suasana sekitarnya terus bertukar hening. Sial, benda ni jadi lagi.

"Aku.. aku nak jumpa Narwa." dalih Iqbal, dia tak pandang langsung Ganja. 

Dengan selamba, dia jalan melepasi Ganja yang masih tak berganjak dari kaki tangga. Berlagak seperti tak ada apa yang berlaku. Buat sementara Ganja tak berkata apa-apa, sampailah Iqbal capai dua tiga kaki tangga jauh darinya, dia membuka mulut. 

"Bye-bye, budak gila." 

Iqbal terus terhenti. 

'Iqbal gila~ Iqbal gila~' 

Satu melodi lama yang sudah lama ditenggelam dalam kotak memori kini kembali timbul. Ejekan kanak-kanak bergema di dalam kepalanya. Lehernya dipanjat bahang. Penumbuknya dikepal. Tubuhnya ingat segalanya. 

Bam!!

"ARGH!!" Ganja jatuh terlentang di atas lantai bila belakangnya ditendang oleh Iqbal. Tubuhnya berbirat dek kerana hentakan tangga. Iqbal duduk berdiri di tempatnya, hanya memandang Ganja mengerang sakit tanpa rasa serbasalah. Matanya dipenuhi dendam kesumat. 

"Bodoh, kau dah gila ke Iqbal?!' 

'Gila.'

Iqbal bergegas menuruni tangga, dan terus menghenyak tubuh Ganja. Jeritan Ganja makin kuat. Mahu saja Ganja melawan namun tak mampu, Iqbal terlebih dahulu sudah menumbuk terus ke mukanya. Rahangnya terasa berdengung.

"Babi sakitlah bodo-"

BUK! BUK! BUK!

Iqbal berikan serangan bertubi-tubi, tak hiraukan makian dihambur Ganja. Matanya tak berkelip bagi tiap tumbukan yang diberi, seumpama dia dirasuk jembalang. Buku limanya sudah mula dibanjiri darah; tak tahu samada ia darahnya atau darah Ganja.

"Janganlah buat macam tu, sian dia."  suatu suara kecil bergema di dalam kepalanya.

"Bukannya dia mati pun." balas Iqbal selamba, seolah-olah kehadiran suara itu suatu norma baginya. Masih berterusan mengerjakan Ganja.

"Nanti dia matilah!!"

Pap. Pipi Iqbal ditampar dengan tangan kecil yang entah muncul dari mana.  Langsung tak terasa pedihnya, namun ianya cukup untuk hentikan tumbukannya ke muka Ganja. Mata Iqbal akhirnya berkedip. Iqbal angkat muka, cuba melihat gerangan yang berjaya hentikan amukannya.

Spiderman ketot. 

Terpacak di depannya ialah seorang kanak-kanak bertopeng Spider-Man hijau. Kawan ketika zaman kanak-kanaknya yang selama ini dicari. 

"Bal.." suara yang garau tiba-tiba datangnya daripada kanak-kanak tersebut; suara yang sudah sebati rimanya di telinga Iqbal.  

Iqbal kelip mata sekali. Kelibat spiderman ketot itu terus hilang dan terus diganti dengan susuk berbahu bidang sedang duduk melutut di depannya dengan riak penuh kerisauan. Matanya redup memandang Iqbal dengan lembut.

Zaid. 

Zaid. 

Air mata Iqbal terus jatuh mengalir.

 Kejadahnya semua ni?

Dadanya terasa sesak, mindanya terasa kacau. Dia menggeleng kepalanya berkali-kali, tak faham apa yang berlaku sekarang ni. Tadi Zaid hilang, dan sekarang lelaki ini muncul di depannya tiba-tiba. Jadi apa maksudnya? Siapa yang dia beria papah tadi? Dan siapa pula di depannya ini? Apa yang betul, apa yang salah..?

Iqbal angkat muka memandang Zaid semula, mulutnya dibuka dan,

"Kau wujud ke?"

Zaid bertanya.

Zaid bertanya. 

Tangan diseluk ke dalam kocek lalu dia mengeluarkan sesuatu daripada kocek seluarnya. Ianya lipatan kertas kekuningan yang sudah uzur kejadiannya. Zaid buka lipatan kertas itu, dan hulurkan kepada Iqbal. Lidah Iqbal kelu sekelunya. Dia tak percaya apa yang dilihatnya.

Ianya lukisan contengan amatur menggunakan pensel warna semata. Dua orang kanak-kanak berpegang tangan. 

Dan salah seorang daripadanya memakai topi jingga. 

Topi Boboiboy.




-TBC

sunshower. [ C ]Where stories live. Discover now