21# favourite shape of the moon, siapa?

25 2 15
                                    

Iqbal dan Zaid terbaring di tengah padang lapang, hanya berbekal cahaya lampu jalan dan bulan penuh memacak di atas kepala

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Iqbal dan Zaid terbaring di tengah padang lapang, hanya berbekal cahaya lampu jalan dan bulan penuh memacak di atas kepala. Kedua remaja itu merenung ciptaan indah Yang Esa, berbantal beg-beg sekolah masing-masing. Tanpa sebarang kata pun diucap. 

Mereka berdua terus bawa haluan ke sini lepas apa yang jadi di Blok B-2. Narwa pula terus pulang ke rumah selepas jatuhkan 'bom' tadi, nak tak nak dia tak boleh langgar curfew dia. 

"Apa bentuk bulan kegemaran kau?" tiba-tiba Iqbal bertanya, memecah sunyi antara mereka. Zaid terus toleh ke Iqbal. 

"Kau tengah confess dekat aku ke ni?" soal Zaid balik. 

"What? No, the fuck. Aku tanya favorite shape of the moon je, bukan kau punya ideal type." Iqbal laju membantah. 

"Taklah, takkan kau tahu? Kan dulu ada trend yang orang Jepun suka confess dengan cakap 'the moon is pretty isn't it' ?" 

"Itu lain, ni lain." 

Senyap. Masing-masing kembali tenung ke bulan. 

"..kau ada ke favorite shape of the moon ke? Aku tak pernah fikir lak pasal benda-benda ni." soal Zaid pula. Iqbal tarik sengih. 

"Ada, aku minat crescent. Lambang Jalur Gemilang, merahmu bara semangat waja." bangga Iqbal berkata. Zaid senyum segaris.

"So it's simple then. Aku punya gibbous," kerutan di dahi Iqbal pun zahir. 

"Asal kau pilih a total opposite of aku punya?" 

"Bukan ke itu apa yang sepatutnya?" Zaid mula baring mengereng, menghadap Iqbal yang terbaring di sebelahnya, "we're supposed to complete each other." 

"Tapi takderlah macam tu-"

"Tak, Bal. Dia memang akan, tetap, sentiasa, macam tu." Mata mereka selari, bertembung sesama sendiri dan pada waktu itu Iqbal sendiri dapat rasa. Mereka berkongsi rasa.

"Nut allergy aku, dan colourblind kau. It never was a  coincidence. Kau dan aku, wujud untuk penuhkan nafsu dan keinginan masing-masing. Aku perlukan mata kau, kau nakkan coklat aku. Semuanya masuk akal."

Iqbal tak tahu apa yang mahu dibalas. Tipu andai kata dia kata dia tak perasan semua tu. Hakikatnya bila Narwa terangkan perkara sebenar, segala memorinya terus berlayar di kepalanya. Buatkan dia mempersoalkan samada tiap tawa yang dikongsi itu benar-benar ada, atau hanya ilusi semata.

Iqbal tahu. Dari awal lagi dia tahu ada yang tak kena.

"Bal, aku nak lukis kau."

"Hah?" Iqbal berpaling ke Zaid semula

"For the last piece of Protanopia, I want it to be you." ujar Zaid lagi bersungguh-sungguh.

Mata Iqbal membulat. Dia bangun dari baringnya, sambil menggeleng laju kepalanya. Menidakkan dengan setiap sendi badannya.

sunshower. [ C ]Where stories live. Discover now