DISCLAIMER

14.4K 353 29
                                    

Hanya seorang manusia biasa yang menulis berdasarkan rekaan semata dan imaginasi biasa-biasa yang terlalu terhad dari penulis.

Penulisan dalam karya ini tiada kena mengena dengan yang hidup mahu pun yang telah tiada. Sekiranya terdapat nama, gambaran, kejadian dalam cerita ini, ia hanyalah kebetulan.

Tidak dibenarkan mana-mana bahagian dari karya ini diterbitkan semula,disimpan atau ditukar untuk pengeluaran atau dalam apa-apa bentuk sekalipun tanpa kebenaran kecuali penggunaan ayat yang ringkas dari buku ini untuk tujuan mengulas karya ini.

Mohon maaf kerana cerita ini hanya biasa-biasa saja. Maafkan segala kesilapan untuk penggunaan ayat yang kurang tepat digunakan dalam penceritaan ini.

Semoga anda terhibur dengan penulisan santai ini. Selamat membaca.

SEDIKIT TEASER UNTUK PEMBACA.

Dari cinta monyet bertukar jadi cinta pertama.

Dia percaya kalau cinta monyetnya itu akan menjadi yang pertama dan terakhir untuknya.

Siapa sangka mereka akan bertemu kembali. Adelia mula menunaikan janjinya.

" Hai Kekanda, miss me? " - Tengku Adelia Hannani

Adelia mula merangka rancangan untuk mengikat kekanda yang dia tunggu selama ini.

"Wa lā taqrabuz-zinā innahụ kāna fāḥisyah, wa sā'a sabīlā " - Nazeem Zulfaqar

Tersentap?

Tidak! Adelia, semakin dilarang semakin mendekat.

Baginya, sekeras-keras kerak nasi, direndam akan lembut juga. Begitu juga dengan hati kekandanya itu.

" Jangan tolak sangat kekanda, takut tersungkur ke hati adinda " - Tengku Adelia Hannani

" Ni baju umur 5 tahun ke? Sendat macam nangka busuk. Sakit mata aku tengok. Badan tu kalau cantik nak tayang, tak apa juga " - Nazeem Zulfaqar

Sakit mata? Tak ada masalah. Adelia boleh mengubah penampilan demi kekandanya.

" Cantik tak adinda? Elok tertutup dengan telekung ni. Memang confirm tak nampak apa dah. Semua dah tertutup demi kekanda " - Tengku Adelia Hannani

Wanita itu, ada saja cara untuk counter balik sehingga Nazeem mati akal.

Mampukah  Nazeem pertahankan tembok yang dibina untuk menolak Adelia yang agresif mengejarnya itu?

THE ONE [C]Where stories live. Discover now