BAB 46

5.4K 343 98
                                    

"Assalamualaikum nenek! Assalamualaikum!" laung Tengku Adelia kuat.

Tengku Arifin menggeleng laju kepalanya melihat tingkah anak perempuannya itu.

Perangai tak ubah macam Balqis.

Hari ini, mereka sekeluarga singgah ke kampung sebelah Tengku Arifin kerana mahu melawat Puan Zulaikha yang sudah menetap di situ semenjak pemergian Tengku Ayra yang meninggal kerana demam panas.

Tengku Azzam pula meninggal kerana sakit jantung manakala nenek dan atuk Tengku Arifin pula sudah lama pergi kerana sakit tua.

"Waalaikumsalam cucu bertuah."

Puan Zulaikha membuka pintu dari dalam seraya menyambut kedatangan anak dan cucu-cucunya.

"Hehe nenek! Adik rindu you so much." ujar Tengku Adelia lalu memeluk tubuh Puan Zulaikha.

"Nenek pun rindu budak mulut murai ini. Kamu balik sekejap saja ke?" soal Puan Zulaikha ketika Tengku Arifin dan Balqis bersalaman dengannya.

"Ya mama. Sekejap saja. Kebetulan ada public holiday ini, alang-alang tu bawa semua anak-anak jenguk kampung sekejap saja. Mama sihat?" tanya Tengku Arifin.

"Alhamdulillah sihat. Jom masuk. Mama dah masakkan lunch untuk semua. Nazeem hah masuk, jangan malu-malu." ujar Puan Zulaikha sambil mengukir senyuman nipis buat suami cucunya itu.

Nazeem mengangguk kecil seraya melangkah masuk ke dalam rumah nenek isterinya itu.
Kebetulan dia juga tiada aktiviti di luar, jadi dia memutuskan untuk mengikut keluarga isterinya pulang ke kampung.

"Nenek oh nenek, nenek masak apa nek?" soal Tengku Adelia sambil berpaut pada lengan Puan Zulaikha.

"Jangan risau. Makanan western kamu itu pun ada hah."

Tengku Adelia tersenyum lebar. Pipi Puan Zulaikha dikucup laju.

"Nenek memang the best! Thank you tau nenek. Sayang nenek hehe tapi kan nenek, sambal belacan ada tak?"

Semua yang ada di situ berkerut mendengar pertanyaan Tengku Adelia.

"What? Ada yang pelik ke dekat adik?" Tengku Adelia menilik dirinya sendiri apabila semua mata memandangnya.

"Pelik. Kau okay tak dik? Kau dah mengucap siap-siap ke?" tanya Tengku Anaqi dengan wajah berkerut.

Buk!

Tengku Ahnaf menumbuk kuat bahu adik lelakinya itu.

"Kau ni kan suka tau cari pasal dengan adik." tegur Tengku Ahnaf.

"Lu, jangan bikin wa panas. Lu kena nanti. Tak serik lagi nampak." ujar Tengku Adelia kepada Tengku Anaqi dengan pandangan membunuh.

Tengku Anaqi mengangkat tangan tanda menyerah. Bukan boleh buat main adiknya itu. Cukuplah sampai longlai kakinya berlari gara-gara si panjang tak guna itu.

"Kenapa adik tanya sambal belacan? Untuk Nazeem ke?" tanya Tengku Arifin prihatin. Dia tahu menantunya itu hantu sambal belacan.

Gelengan Tengku Adelia itu membuatkan semua orang di situ semakin kehairanan.

"Habis itu untuk siapa wifey?" tanya Nazeem.

Tengku Adelia mengangkat jari telunjuknya lalu ditunjukkan pada dirinya sendiri.

"Me.. adinda nak sambal belacan so bad." tutur Tengku Adelia seraya menelan laju air liurnya saat terbayang sambal belacan.

"Sah sah sah tak lama lagi!"

Tengku Anaqi terus menerpa tubuh Tengku Adelia lalu memeluk kuat tubuh adiknya.

"Ya Allah, Engkau ampunilah dosa adikku. Dia memang kurang sikit otaknya tetapi dia baik ya Allah." ucap Tengku Anaqi kuat seraya mengelus rambut adiknya.

THE ONE [C]Where stories live. Discover now