BAB 34

4.7K 285 22
                                    

Tengku Ahnaf duduk tenang di sebuah taman berdekatan sebuah rumah yang diterangi dengan cahaya lampu sesuai dengan nama rumah tersebut.

Matanya tidak lepas dari memandang rumah yang tersergam indah itu. Dia sendiri tidak tahu apa yang membawa kakinya melangkah sehingga sampai ke sini.

Tubuh disandarkan pada kerusi. Tangan naik berpeluk tubuh sambil memejam mata.

" Aku tak nak tahu. Kau kena buat juga kerja tu! Aku tak kira! "

Terbuka mata Tengku Ahnaf saat mendengar suara pekikan tersebut yang jelas menarik perhatian dia.

Kepalanya dijengah sedikit ke arah rumah tersebut.

" Kau bayar balik semua jasa aku tu saja. Bukan susah sangat pun! Tudung yang kau pakai selalu pun bukan ada makna pada kau. Mengaji pun tak pandai. Tak payah nak berlakon. Kau ikut saja cakap aku "

Serentak, Tengku Ahnaf mendengar suara tangisan yang kuat.

Tengku Ahnaf membetulkan topinya sebelum dia bergerak dari situ mahu mendengar dengan jarak yang lebih dekat.

Baru setapak melangkah, dia ternampak ada sebuah kereta hitam besar tiba di hadapan rumah itu.

Dia bersembunyi di bawah pokok yang besar.

" Jangan. Tolong umi! Saya tak nak! Cukup lah! Umi! "

Berkerut dahi Tengku Ahnaf ketika mendengar suara rintihan tersebut.

Matanya memincing melihat ada dua orang lelaki berbaju sut hitam mengheret seorang wanita yang berpakaian seksi masuk ke dalam kereta.

" Umi! Tolong jangan buat saya macam ini! Saya tak nak! "

Fasihah!

Ada seorang wanita bertudung labuh keluar dari pagar menemui seorang lelaki.

" Nah duit untuk kau. Thank you. Make sure perempuan ni suci eh. Kalau aku dapat tahu dia tak suci, kau bayar balik duit yang aku bagi dekat dia "

" Jangan risau. Confirm suci punya. Terjaga " jawab wanita bertudung labuh itu seraya mencium sampul berisi duit yang diterima itu.

Tengku Ahnaf tidak nampak siapa lelaki tersebut kerana lelaki itu membelakanginya. Kereta hitam itu terus bergerak laju meninggalkan kawasan rumah tersebut.

Tengku Ahnaf terus berlari ke motorbikenya lalu memecut mengekori kereta hitam tersebut.

Motorbike Suzuki GSX-R100oR milik Tengku Ahnaf berhenti di hujung jalan. Tengku Ahnaf melihat sekelilingnya.

Kelab Malam!

Kawasan di situ penuh dengan manusia yang mabuk dan berpakaian seksi.

" Ya Allah, kali ini saja aku menjejakkan kaki ke sini " bisiknya perlahan.

Mask dan topi yang dipakai dibetulkan. Dia berjalan laju ke arah kereta hitam yang berhenti di belakang lorong gelap.

Sempat tangannya mencapai kayu yang ada di lorong itu.

" No! Jangan! Aku tak nak!! Lepaskan aku!! Tolong!! " kedengaran suara Fasihah menjerit kuat meminta pertolongan.

Tengku Ahnaf berlari laju ke arah Fasihah. Lelaki yang menghulurkan duit kepada wanita bertudung labuh di rumah Cahaya tadi sudah masuk ke dalam terlebih dahulu meninggalkan orang suruhannya bersama Fasihah.

Lelaki-lelaki yang memakai sut hitam itu tidak perasan dengan kehadiran Tengku Ahnaf yang semakin mendekat itu kerana sibuk bergelut dengan Fasihah yang menolak dan meronta untuk masuk ke dalam kelab malam melalui pintu belakang.

THE ONE [C]Where stories live. Discover now