BAB 21

5.1K 336 27
                                    

" Hah Nazeem, kamu masak apa tu? Nenek kan dah masak lauk untuk tengah hari dekat atas meja tu " tegur Hajjah Asiah ketika masuk ke ruang dapur.

Dari dalam bilik, dia sudah mendengar bunyi bising di dapur. Jarang Nazeem hendak memasak lauk lain lagi kalau sudah sediakan makanan.

Nazeem menoleh seketika sebelum sambung menggaul sesuatu di dalam kuali.

" Masakkan untuk isteri Naz. Isteri Naz tu tak makan makanan melayu nek, tu yang Naz buatkan spageti untuk dia " beritahu Naz.

Api dapur dimatikan. Spageti yang sudah siap dimasak diletakkan ke dalam pinggan.

Hajjah Asiah bercekak pinggang mendengar apa yang diberitahu Nazeem.

" Amboi! Bini kamu tu, tak padan dengan muka melayu tekak bukan main nak ala-ala omputeh! " memetir suara Hajjah Asiah di dapur itu.

" Dah lah tu, kamu pula yang masak, bukan dia! Mana bini kamu tu? Pemalas betul eh, siap dia. Sekejap lagi memang nenek sembur bini kamu tu " Hajjah Asiah singsing lengan siap-siap untuk memarahi Tengku Adelia.

Ni mesti melanguk dekat bilik lagi ni, siap budak tu.

Hajjah Asiah putar tubuh mahu mengetuk pintu bilik cucunya.

" Nenek nak pergi mana tu? " tegur Nazeem usai meletakkan pinggan berisi spageti di atas meja.

" Nak pergi panggil bini kamu tu, biar rajin-rajin sikit buat kerja dekat dapur. Hah elok lah tu kamu lama sikit dekat sini. Dia tengah cuti sem kan tu, biar aku sental dia jadi perempuan sejati " bebel Hajjah Asiah panjang.

Nazeem melepaskan keluhan kecil mendengar bebelan Hajjah Asiah. Jangan lah dibagi peluang buka mulut, boleh pekak telinga orang dibuatnya kalau dia sudah berleter.

" Tak apa lah nek. Bukan susah sangat pun buat kerja dekat dapur ni. Lagipun bukan tanggungjawab dia nak buat semua kerja dekat rumah. Nenek nak ketuk bilik Naz pun isteri Naz tak ada dekat bilik. Dia ikut atuk pergi tengok kebun sekejap " tutur Naz dengan sopan.

Membuntang mata Hajjah Asiah mendengar. Bila masa pula budak bandar tu ikut suaminya ke kebun?

" Kebun??! Dia buat apa menyibukkan diri pergi kebun? Baik dia duduk rumah belajar masak ni hah bagi kamu makan Nazeem oi Nazeem "

Hajjah Asiah mengurut pelipisnya. Tak pernah lagi dia jumpa anak muda,perempuan pula tu yang sibuk nak sedekah darah dekat nyamuk.

" Rindu vibe kampung katanya. Nazeem bagi aje lah dia pergi ikut atuk " jawab Nazeem dengan nada bersahaja. Dia kembali ke sinki untuk membasuh kuali yang digunakan tadi.

Hajjah Asiah kembali ke ruangan dapur dan duduk di meja makan.

" Kamu, sini sekejap. Nenek nak interview sikit kamu ni " ujar Hajjah Asiah lalu menggamit cucu lelakinya itu mendekati dia.

Nazeem mengatur langkah mendekati Hajjah Asiah dengan wajah tertanya-tanya. Ni mesti neneknya ada nak korek sesuatu daripadanya. Dia melabuhkan duduk di sebelah Hajjah Asiah.

" Walaupun nenek macam membantah juga kalau si Rina dengan maknya tu kutuk isteri kamu, tapi nenek nak tahu juga apa yang kamu berkenan sangat dengan dia? Bukan tak ada perempuan lain lebih elok, bertutup. Tu hah cucu Si Zaitun tu punya lah berkenan dengan kamu " ujar Hajjah Asiah sambil menatap wajah cucunya.

Nazeem itu selalu menjadi bualan orang kampung kerana rupa paras cucunya yang tampan. Bab adab, memang nombor satu. Pula tu selalu melibatkan diri dengn aktiviti di surau setiap kali cucunya pulang ke kampung.

" Memang ramai perempuan lain yang lebih elok dekat dunia ni nenek tapi isteri Naz, Adelia Hannani ada seorang sahaja dalam dunia" jawab Nazeem dengan tenang.

THE ONE [C]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora