BAB 51

4.8K 303 17
                                    

Tengku Adelia mengelus lembut perutnya yang membukit sedikit.

Serasa tidak percaya di usia 22 tahun, dia bakal bergelar seorang ibu tidak lama. Meskipun agak sulit untuk menanggung segala morning sickness yang dialami, dia sanggup demi membawa zuriat Nazeem.

Kepala mendongak memandang langit malam yang cerah diterangi bulan itu. Sedang asyik melayan keindahan bulan malam ini, otaknya melayang teringat kejadian petang tadi di mana dia bertemu empat mata dengan Mikhael .

FLASHBACK

"Wifey ada nak makan apa-apa lagi tak?" tanya Nazeem kepada Tengku Adelia.

Tengku Adelia menggeleng kepala seraya mengusap perutnya yang sudah kenyang itu.

"Dah kenyang. Banyak sangat hari ini makan. Thank you tau kekanda." ucap Tengku Adelia sambil tersenyum senang.

Semenjak mengandung, selera makannya bukan main bertambah sehingga kadang-kadang dia yang naik risau dengan seleranya sendiri. Nasib baik dia mendapat suami yang rajin melayan kerenahnya itu.

"Sama-sama. Jom balik." Mereka berdua bangun mahu beredar dari restoran yang kini menjadi kegemaran Tengku Adelia semenjak mengandung iaitu restoran masakan kampung.

Baru saja tangan Nazeem mahu menolak pintu buat isterinya, langkah kaki dia terhenti apabila melihat seseorang yang dikenali berdiri di hadapan mereka. Orang itu juga kelihatan tergamam melihat dia.

Tengku Adelia yang berdiri di sisi Nazeem mengerling sekilas ke arah suaminya, mahu melihat reaksi lelaki itu namun hanya riak tenang saja ditayangkan.

"Er Naz, makan sini juga ke?" tegur Mikhael dengan nada kekok.

Nazeem mengangguk.

"Ya, bawa isteri aku. Dia nak makan kat sini tapi kitaorang dah nak balik dah." beritahu Nazeem dengan bersahaja.

Mikhael mengangguk perlahan mendengar kata-kata Nazeem itu. Matanya melilau cuba menghilangkan rasa kekok. Semenjak kejadian Nazeem tahu perkara sebenar, sehabis mungkin dia cuba menjauhkan diri dari lelaki itu.

"Okay lah, aku masuk dulu." ujar Mikhael.

"Tunggu."

Terhenti langkah Mikhael yang mahu masuk ke dalam restorang tersebut.

Nazeem mengangkat keningnya melihat si isteri. Tengku Adelia menarik tubuh Nazeem nendekatinya lalu membisikkan sesuatu pada suaminya.

Habis berbisik, Tengku Adelia memandang suaminya bersama kerdipan mata yang berkali-kali.

Nazeem mengangguk setuju dengan kehendak suaminya.

"Sir, saya nak jumpa sir sekejap boleh? Kita duduk dekat tepi cermin tu, senang sikit suami saya nampak kita berdua. Boleh ke?" tanya Tengku Adelia sambil memandang Mikhael yang kelihatan serba salah itu.

"Kau ikut saja kehendak mak buyung ni." ujar Nazeem dengan nada tenang.

Mikhael mengangguk setuju lalu menuju ke meja yang diberitahu Nazeem tadi.

"Tunggu tau kekanda. Sekejap saja." Tengku Adelia mengucup sekilas belakang tapak tangan suaminya lalu melepaskan genggaman tangan mereka.

Dia mengikuti langkah Mikhael dari belakang.
Nazeem pula sudah keluar dari restoran. Kebetulan, keretanya parking di hadapan restoran. Jadi, dia memang boleh melihat Tengku Adelia dan Mikhael dari luar.

Dia tidak tahu apa motif isterinya itu tiba-tiba membuat permintaan mahu bertemu dengan Mikhael.

Sementara di dalam restoran, Mikhael merasa kekok duduk berduaan dengan Tengku Adelia yang tetap tampak tenang itu.

THE ONE [C]Where stories live. Discover now